KABUL: Sekurang-kurangnya 24 orang mati kesejukan termasuk empat kanak-kanak di pelbagai wilayah di Afghanistan, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan Tolo news pada Isnin.

Menurut saluran media itu, empat kanak-kanak maut di wilayah barat laut Badgis, manakala empat gelandangan di barat Herat, lima orang di wilayah tenggara Khost dan 10 di wilayah utara meninggal dunia.

Sementara itu, beratus-ratus orang dimasukkan ke hospital akibat menghidap hipotermia.

Beribu-ribu haiwan mati akibat cuaca sejuk yang melanda negara itu.

Sebilangan besar rakyat Afghanistan yang berpendapatan rendah tidak mampu membeli kayu dan arang batu pada musim sejuk.

Masalah pengangkutan disebabkan cuaca buruk menyukarkan agensi kemanusiaan untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

-- BERNAMA