Jam akan dilambatkan dari 3 pagi kepada 2 pagi, dengan waktu biasa atau dikenali sebagai waktu musim sejuk akan berkuat kuasa semula sehingga 30 Mac 2025, lapor agensi berita Jerman dpa.
Tujuan perubahan adalah untuk memanfaatkan cahaya siang dengan lebih baik pada hari-hari yang lebih pendek sepanjang musim sejuk di hemisfera utara.
Isyarat penukaran automatik jam di Jerman dihantar oleh Institut Fizik dan Metrologi Persekutuan (PTB) di bandar Braunschweig, utara Jerman.
Pakar di institut itu memastikan jam kawalan radio, jam stesen, dan banyak jam industri menerima isyarat melalui pemancar gelombang panjang yang dikenali sebagai DCF77 di Mainflingen berhampiran Frankfurt.
"Semua sepatutnya berjalan seperti biasa, kami sudah bersedia sepenuhnya," kata Dirk Piester, ketua kumpulan pelaksana pihak berkuasa Lower Saxony, kepada dpa.
-- BERNAMA