PERDANA Menteri Britain Boris Johnson pada Isnin terselamat daripada undi tidak percaya.
Dalam pengundian di Parlimen, sejumlah 211 daripada 359 wakil rakyat menyokong untuk beliau terus mengemudi kerajaan, sementara 148 Ahli Parlimen membantah.
Perincian undi tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa 1922, Sir Graham Brady.
"Saya boleh laporkan bahawa 359 undian dikira. Tiada undi rosak.
"Sejumlah 211 undi menyokong dan memberi kepercayaan kepada Boris Johnson sebagai pemimpin sementara 148 undian menentang.
"Saya dengan ini mengumumkan parti yang menguasai Parlimen masih mempunyai keyakinan terhadap beliau," katanya.
59 peratus undian diperoleh Johnson adalah kurang berbanding 63 yang diterima Perdana Menteri terdahulu, Theresa May pada pusingan undian tidak percaya yang diadakan pada Disember 2018.
May kemudian digantikan tujuh bulan kemudian.
Johnson berdepan isu integriti, susulan penglibatannya dalam skandal.
Ini berkaitan pendedahan beliau dan kakitangannya mengadakan parti ketika perintah sekatan COVID-19 dikuatkuasakan.
Ia turut menyebabkan sokongan daripada kalangan pemimpin Konservatif semakin berkurangan.
Dengan ketiadaan calon berpotensi untuk menggantikannya, pemerhati politik meramalkan Johnson selamat daripada undian tidak percaya kali ini.
Namun, pemberontakan terhadap Johnson memberi bayangan perpecahan berlaku dalam kalangan pemimpin Konservatif.
Johnson sebelum ini berjaya mengetuai parti itu untuk catat kemenangan terbesar pilihan raya dalam beberapa dekad.
Dalam pada itu Boris johnson dalam reaksinya, sifatkan keputusan undi tidak percaya yang memihak kepada beliau sebagai satu keputusan baik untuk negara.
"Saya memperoleh mandat yang lebih besar daripada rakan, sebagai contoh sama seperti yang diperoleh pada 2019.
"Saya berterima kasih kepada sokongan yang diberikan mereka. Dan sudah tentu, saya faham kita perlu bersatu sebagai kerajaan dan parti. Inilah yang boleh dilakukan ketika ini.
"Ia juga memberi peluang kepada kita meletakkan segala perkara dibelakang kita dan laksanakan tugas kita, untuk fokus kepada perkara yang rakyat mahukan.
"Ini termasuk membantu rakyat dan negara ini dan membawa negara ini semula ke hadapan," katanya.
Astro Awani
Mon Jun 06 2022

Sir Graham Brady (tengah) ketika mengumumkan keputusan pengundian di Parlimen. - Foto AP

Perbelanjaan baiki tandas sekolah seluruh negara cecah RM1 billion - PM
Perdana Menteri menyedari banyak masalah yang dihadapi termasuk pembangunan, kantin dan tandas sekolah yang memerlukan perhatian segera.

Tema raya ‘Meriah lain macam’, Astro bakal himpun 160 rancangan
Bertemakan Meriah lain macam pada raya tahun ini, Astro bakal menghimpunkan lebih daripada 160 kandungan raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga.

ICJ adakan pendengaran awam berkaitan kewajipan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki
Mahkamah akan mengadakan pendengaran awam yang dijadualkan bermula Isnin, 28 April 2025, di Peace Palace, The Hague, ibu pejabat ICJ.

LPP sasar lahirkan 5,000 usahawan tahun ini
Lembaga Pertubuhan Peladang menyasarkan untuk melahirkan 5,000 usahawan dalam kalangan peladang dan anak peladang yang berpendapatan bersih tidak kurang RM5,000 tahun ini.

Suntikan modal tidak manfaatkan pemegang saham, pengurusan Sapura Energy - PM Anwar
Dalam usaha penstrukturan semula SEB, pemegang saham utama sebelum ini tidak lagi terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut.

Utusan Khas Trump akan ke Moscow bincang gencatan senjata - White House
Utusan khas Presiden Trump bagi Timur Tengah dijadual berkunjung ke Moscow hujung minggu ini untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Rusia.

Muat naik kandungan palsu sentuh sensitiviti agama, lelaki disiasat MCMC
Kandungan tersebut dipercayai dimuat naik pada 9 Mac, yang mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Ayer Kuning tidak lagi dibenarkan.

Siti Nurhaliza terharu Anta Permana jadi pilihan Raja Charles III
Pada awalnya, Siti Nurhaliza berasa seperti menjadi mangsa 'scam' bila menerima khabar lagu Anta Permana jadi pilihan Raja Charles III.

Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya.

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.

Tak sedar aksi dirakam, penyampai BBC mohon maaf kepada penonton
Seorang penyampai berita saluran BBC memohon maaf atas selepas tidak sengaja menunjukkan jari tengah ketika mula bersiaran di televisyen.

Parlimen Britain sahkan laporan Boris Johnson berbohong
Ini sekaligus memberikan satu lagi tamparan kepada kerjaya politik bekas Perdana Menteri itu.

Boris Johnson didapati bersalah kerana 'penghinaan berulang' terhadap Parlimen
Siasatan mendapati bekas perdana menteri Britain Boris Johnson "berulang kali menghina" Parlimen berikutan penafiannya mengenai skandal "partygate".

Boris Johnson letak jawatan sebagai ahli parlimen
Bekas Perdana Menteri itu akui sedih apabila mengambil keputusan letak jawatan.

Kerajaan Britain diberi lebih masa serah mesej WhatsApp Boris Johnson
Hakim memberi tempoh sehingga Khamis, menyerahkan mesej dari aplikasi WhatsApp dan diari Johnson sebagai sebahagian daripada siasatannya.

Pengerusi BBC letak jawatan selepas laporan beliau terlibat dalam pinjaman untuk Boris Johnson
Pengerusi BBC Britain meletak jawatan pada Jumaat berikutan laporan yang mendapati beliau melanggar kod kerajaan.

'Tiada bukti saya mengelirukan Parlimen' - Boris Johnson
Boris Johnson menafikan beliau sengaja mengelirukan Dewan Rakyat dalam skandal parti di pejabat Downing Street.

Boris Johnson dipilih bertanding di Uxbridge, bagi pilihan raya umum akan datang
Pilihan raya umum akan datang di United Kingdom dijangka berlangsung selewat-lewatnya pada Januari 2025.

PM UK: Boris Johnson tarik diri, Rishi Sunak calon kegemaran
Percubaan kali pertama Sunak ialah pada musim panas lalu berikutan peletakan jawatan Johnson, tetapi kalah kepada Liz Truss, yang meletak jawatan Khamis lalu.

Boris Johnson tidak akan sertai perlumbaan jadi PM
Beliau memutuskan bahawa ia adalah satu keputusan yang tidak wajar untuk berbuat demikian pada masa ini.