UTTAR PRADESH: Sekurang-kurangnya 18 orang yang sedang tidur berhampiran sebuah bas rosak maut dalam satu kemalangan jalan raya di Uttar Pradesh, utara India.
Kejadian yang berlaku di Barabanki, 30 kilometer di timur laut Lucknow pada Rabu itu turut mengakibatkan 24 yang lain cedera.
Menurut pihak berkuasa, bas yang tersadai di tepi jalan raya itu rosak ketika dalam perjalanan ke negeri utara Bihar.
Majoriti mangsa kebanyakannya sedang dalam perjalanan pulang ke negeri asal, Bihar di timur selepas bekerja di Punjab atau Haryana.
Mereka mengosongkan bas terbabit selepas gandarnya patah dan sedang tidur di sebelahnya apabila sebuah trak merempuh mereka dari belakang.
Oleh kerana bas itu sesak, banyak penumpang tidur di jalan raya kerana mereka diberitahu bahawa bas hanya akan diperbaiki pada waktu pagi, kata seorang pegawai kanan polis.
Penumpang yang cedera telah dimasukkan ke hospital.
Operasi menyelamat masih berterusan, kata polis, sambil menambah bahawa pemandu trak melarikan diri dari tempat kejadian.
Sebagai rekod, lebih 110,000 orang terbunuh setiap tahun dalam kemalangan jalan raya di seluruh India.
Sebilangan besar kemalangan dipersalahkan kerana memandu secara merbahaya, faktor permukaan jalan yang tidak dijaga baik dan kenderaan yang sudah uzur.
Agensi
Wed Jul 28 2021
Menurut pihak berkuasa, bas yang tersadai di tepi jalan raya itu rosak ketika dalam perjalanan ke negeri utara Bihar. - Foto AP
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
India, Maldives ucap tahniah kepada Muhammad Yunus
Presiden Mohammed Shahabuddin memimpin upacara angkat sumpah Yunus, yang kini mengetuai Kabinet sementara terdiri daripada 16 anggota.
Pengerusi anak syarikat IHH Healthcare di India letak jawatan
Rajagopal memaklumkan kepada lembaga pengarah mengenai kesediaannya meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah berkuat kuasa 30 September.
India digesa hentikan eksport senjata ke Israel
Kumpulan masyarakat sivil mendakwa beberapa syarikat tempatan diberi permit untuk mengeksport senjata, dron dan bahan letupan ke Israel.
Penduduk terselamat gempa bumi Kerala berlindung di sekolah
Penduduk yang terselamat daripada kejadian gempa bumi di Kerala India mencari perlindungan di sebuah sekolah di daerah Wayanad.
Tanah runtuh Wayanad: Pasukan penyelamat teruskan operasi cari mangsa
Pasukan penyelamat memulakan operasi mencari mangsa terperangkap di bawah runtuhan sehari selepas gempa bumi di Wayanad, Kerala, India pada Rabu.
Tanah runtuh Wayanad: Angka korban meningkat lebih 70 orang
Kerajaan Kerala dalam kenyataan terbaharunya mengisytiharkan tempoh berkabung dua hari pada 30 dan 31 Julai bagi menghormati mangsa.
India raikan pingat pertama di Sukan Olimpik Paris
Berasal dari negeri Haryana di utara India, Bhaker menjadi penembak wanita pertama negara yang memenangi pingat Olimpik.
India dan Britain lancar inisiatif keselamatan teknologi
Ia merangkumi bidang seperti telekomunikasi, kecerdasan buatan, kuantum, kesihatan dan bioteknologi, bahan termaju dan semikonduktor.
India kekal negara paling ramai penduduk abad ini - PBB
India dijangka kekal sebagai negara paling ramai penduduk di dunia dan berdepan tekanan ekonomi dan alam sekitar.
Wanita paling ramai terkorban dalam tragedi rempuhan perhimpunan keagamaan di India
Kebanyakan mangsa rempuhan di sebuah perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Selasa adalah wanita, menurut senarai kematian.