ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan lebih 30 yang lain cedera selepas sebuah bas penumpang terbalik di daerah Sukkur, di wilayah Sindh selatan Pakistan pada pagi Khamis, lapor Agensi Berita Xinhua.
Bas itu dalam perjalanan dari bandar Multan di timur wilayah Punjab menuju ke bandar pelabuhan selatan Karachi, di wilayah Sindh, kata Penguasa Polis di Sukkur, Irfan Samo kepada media.
Siasatan mengenai punca nahas sedang dilakukan. Menurut laporan media tempatan nahas dipercayai berpunca pemandu bas itu hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam.
Penumpang yang cedera telah dipindahkan ke sebuah hospital di daerah Rohri di wilayah itu.
Pegawai perubatan hospital, Pervaiz Akhtar berkata enam mangsa maut di tempat kejadian sementara yang lain meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Katanya, enam mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
Menurut laporan penumpang yang terbunuh dan cedera berasal dari Multan dan dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Karachi selepas menghabiskan cuti Aidilfitri di kampung masing-masing.
Kerajaan membenarkan operasi pengangkutan awam antara wilayah mulai Ahad, serta menarik balik sekatan perjalanan antara wilayah ketika cuti Aidilfitri walaupun berdepan ancaman COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021
Menurut laporan media tempatan nahas dipercayai berpunca pemandu bas itu hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam. - Gambar/ Twitter @dileepkush
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Pakistan zahir hasrat hantar sumbangan banjir kepada Malaysia - PM
Menerusi perbualan telefon mereka petang Sabtu, Shehbaz turut menyatakan simpati kepada Malaysia susulan musibah tersebut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pakistan dan Belarus meterai 15 perjanjian, desak henti serangan di Gaza, Lubnan, Syria
Isu Ukraine dan Palestin turut menjadi tumpuan dalam perbincangan antara Pakistan dan Belarus.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin dalam kes rasuah, keluarkan perintah pembebasannya
Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin dan mengeluarkan perintah pembebasannya.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
GPM Malaysia kecam serangan bom di Pakistan, mahu tindakan segera diambil
Global Peace Mission (GPM) Malaysia kecam insiden pengeboman ngeri di Stesen Kereta Api Quetta di Balochistan, Pakistan.