DEIR AL-BALAH: Keganasan tentera Zionis tidak berkesudahan dengan serangan terbaharu meragut 12 nyawa rakyat Palestin.
Kesemua mangsa terbunuh selepas tentera Israel membedil sebuah stor milik Kementerian Kebajikan di timur bandar Deir Al-Balah di tengah Semenanjung Gaza pada Khamis.
Mayat dan mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir Al-Balah.
Menurut jurucakap hospital berkenaan, Dr Khalil Al Degran, sebahagian besar daripada 12 yang terbunuh merupakan kaum wanita dari Deir Al-Balah.
“Israel membedil menggunakan kereta kebal sebagai sebahagian daripada pembunuhan beramai-ramai oleh tentera pendudukan.
“Kebanyakan mayat hangus, lebih 30 yang cedera tiba di hospital ini. Hospital ini dalam beberapa jam lagi akan berhenti berfungsi kerana kekurangan bahan api sebagai penjana,” katanya.
Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir Al-Balah merupakan satu-satunya hospital yang tinggal di tengah Gaza.
Kereta kebal Israel ketika ini sedang maju di tenggara Rafah, mengepung daerah barat bandar Yibna dan terus beroperasi di tiga pinggir timur.
Serangan serentak Israel di pinggir utara dan selatan Gaza bulan ini telah menyebabkan penghijrahan baharu ratusan ribu rakyat Palestin.
Israel pada masa sama dengan kejam memutuskan laluan akses utama untuk mendapatkan bantuan sekaligus meningkatkan risiko kebuluran.
Serangan Israel di Gaza telah membunuh lebih 35,000 orang, dengan ribuan lagi dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan sejak tercetus perang pada 7 Oktober tahun lalu. - Agensi
Agensi
Fri May 24 2024
Seorang mangsa keganasan Israel diberi bantuan oleh orang awam selepas bom tentera Zionis membedil stor milik Kementerian Kebajikan di timur bandar Deir Al-Balah di tengah Semenanjung Gaza pada Khamis. - Gambar REUTERS
UTM terima 3,154 pelajar baharu bagi sesi akademik 2024/2025
Seramai 2,977 pelajar mendaftar pengajian di kampus UTM Johor Bahru dan 177 pelajar di kampus UTM Kuala Lumpur.
Malaysia alu-alukan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan organisasi media tempatan, bangun aplikasi AI - Fahmi
Fahmi memberi Huawei sebagai contoh syarikat dari China yang memiliki aplikasi AI serba canggih dan boleh digunakan dalam pelbagai bidang.
GPM sedang atur bantuan kecemasan AS$10,000 untuk masyarakat di Lubnan
Bantuan berbentuk keperluan asas bagi tempat tinggal sementara selain makanan panas serta keperluan bayi dan kanak-kanak sedang diatur.
UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menekankan komitmen Malaysia untuk mengemudi ASEAN ke arah kesediaan mendepani masa depan.
UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
UNGA 79: Kenyataan negara di pentas dunia
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyampaikan Kenyataan Negara sekitar jam 2.15 petang waktu New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79
Tiada kemungkinan perang besar, sokongan negara Arab hanya retorik
Malah, keupayaan perisikan Israel yang mampu menyusup masuk ke dalam organisasi sehebat Hizbollah dijangka memberi ketakutan kepada negara Arab lain untuk bertindak secara drastik.
Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hezbollah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dinaik taraf - PM
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri akan dinaik taraf bagi selari peningkatkan jumlah pengunjung selain menerima pesawat lebih besar.
Kebimbangan konflik Asia Barat bakal berlarutan
Jika benar tentera Israel berjaya membunuh Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, ia bukan saja satu kehilangan besar tetapi juga memberi ancaman dan kebimbangan bahawa konflik di Asia Barat akan terus berlarutan.
Hizbullah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hizbullah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Angka kematian di Gaza hampiri 41,600 orang dengan 52 lagi rakyat Palestin terkorban
Lima puluh dua lagi rakyat Palestin maut dalam serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban mencecah 41,586 orang sejak 7 Okt lepas.
[LAPOR LANGSUNG] Hizbullah sahkan kematian Hassan Nasrallah
Hizbullah mengesahkan kematian pemimpinnya Hassan Nasrallah, selepas Israel mendakwa beliau terbunuh dalam serangan udara pada Jumaat.
37 pusat penjagaan kesihatan di Lubnan henti operasi berikutan serangan Israel - WHO
Menurut WHO, penutupan ini telah meninggalkan jurang yang ketara dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan di seluruh negara.
Lubnan lapor 1,540 terbunuh akibat serangan Israel sejak Oktober
Lubnan melaporkan bahawa jumlah kematian akibat serangan Israel di seluruh negara meningkat kepada 1,540 sejak Oktober lalu.
Serbuan Israel di Jenin sebabkan kemusnahan dahsyat
Serbuan yang berlangsung hampir 15 jam itu turut memusnahkan infrastruktur yang telah diperbaiki penduduk.
Israel sedang masuk dalam perangkap sendiri - MyCARE
Israel ketika ini sedang bergerak masuk ke dalam perangkapnya sendiri selepas rejim itu membuka lebih banyak medan perang dengan negara-negara di Asia Barat.
UNIFIL beri amaran 'kesan dahsyat' sekiranya ketegangan berterusan di selatan Lubnan
Pada awal pagi Isnin, tentera Israel melancarkan serangan besar-besaran ke seluruh kawasan selatan dan timur Lubnan.
Angka korban serangan udara Israel di Lubnan meningkat hampir 500
Seramai 58 wanita dan 35 kanak-kanak antara yang terkorban, selain 1,645 orang cedera, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Lubnan.
Iran selar tindakan Israel di Lubnan
Nasser Kanaani pada Isnin turut memberi amaran kepada rejim itu mengenai akibat yang akan ditanggung susulan serangan dilakukan.