Sekurang-kurangnya 12 maut manakala enam lagi cedera dalam kejadian tembakan rambang di bangunan kerajaan Virginia, Amerika Syarikat.
Menurut polis, suspek dalam kejadian tersebut merupakan bekas pekerja di Pusat Perbandaran Virginia Beach, di mana insiden tersebut berlaku.
Ketua Jabatan Polis Virginia Beach James Cervera, mengesahkan 12 orang awam maut di tempat kejadian, manakala beberapa lagi mangsa cedera parah.
Jelasnya,enam daripada mangsa telah dihantar ke Hospital berhampiran untuk menerima rawatan lanjut.
"Enam daripada mangsa telah pun dihantar ke hospital, saya tidak dapat maklumat lanjut bagamimana keadaan mangsa ketika ini."
"Pihak kami (polis) mengetahui kejadian ini pada jam 4 petang tadi(waktu tempatan).Suspek yang juga bekas kakitangan perkhidmatan awam, saya tidak akan dedahkan nama beliau ketika ini. Dia dikatakan telah melepaskan tembakan rambang ke arah mangsa."
"Anggota polis telah sampai ke lokasi kejadian sejurus mendapat panggilan dari orang awam. Ketika masuk ke dalam bangunan, suspek telah melepaskan tembakan ke arah salah seorang pegawai polis. Bagaimanapun suspek berjaya ditembak mati selepas itu." katanya kepada akhbar tempatan.
Suspek yang identiti tidak didedahkan itu dilaporkan telah diberhentikan kerja tanpa sebab munasabah.
Seorang anggota polis turut cedera dalam insiden terbabit.
"Ini merupakan hari yang penuh tragedi buat komuniti Virginia Beach.
"Saya turut bersimpati terhadap mangsa dan keluarga mereka. Saya kini dalam perjalanan ke Virginia Beach," kata Gabenor Virginia, Ralph Northam.
Datuk Bandar Virginia Beach, Bobby Dyer pula menyifatkan kejadian tersebut sebagai 'peristiwa hitam' dalam sejarah bandar itu.
Media tempatan melaporkan pihak FBI turut berada di lokasi kejadian bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan.
Reuters
Fri May 31 2019
![12 maut kejadian tembakan rambang di Virginia 12 maut kejadian tembakan rambang di Virginia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71559345421_TBVirginiaShooting.jpg)
Suspek yang identiti tidak didedahkan itu dilaporkan telah diberhentikan kerja tanpa sebab munasabah. - Foto Kaitlin McKeown/The Virginian-Pilot via AP
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![13 orang maut di negeri Tamil Nadu, India selepas minum arak tiruan 13 orang maut di negeri Tamil Nadu, India selepas minum arak tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647436164_TBINDIARAPE.jpg)
13 orang maut di negeri Tamil Nadu, India selepas minum arak tiruan
Sekurang-kurangnya 13 orang maut pada Rabu selepas meminum arak tiruan di negeri Tamil Nadu, India.
![Empat maut, 120 cedera gempa bumi di timur Iran Empat maut, 120 cedera gempa bumi di timur Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714288545_GempaBumiGeneric.jpg)
Empat maut, 120 cedera gempa bumi di timur Iran
Gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter dengan kedalaman enam kilometer berlaku pada 1.24 tengah hari waktu tempatan.
![Pekerja ladang wanita maut dipukul rakan sekerja Pekerja ladang wanita maut dipukul rakan sekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718707936_HandcuffGari.jpg)
Pekerja ladang wanita maut dipukul rakan sekerja
Selepas tujuh hari bertarung nyawa, seorang pekerja ladang maut akibat dipukul rakan sekerja dalam satu pergaduhan di sebuah ladang di Paitan.
![Lapan maut dalam trak sejuk beku di China Lapan maut dalam trak sejuk beku di China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718614276_mayat.jpg)
Lapan maut dalam trak sejuk beku di China
Seramai lapan orang maut dipercayai sesak nafas ketika berada dalam sebuah trak sejuk beku di wilayah Henan, China.
![Lelaki maut dihempap jengkaut Lelaki maut dihempap jengkaut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717765825_jengkautmaut.jpg)
Lelaki maut dihempap jengkaut
Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 39 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
![Remaja 14 tahun maut akibat langgar lari di Nilai Remaja 14 tahun maut akibat langgar lari di Nilai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717416841_tbremajamautNilai.jpg)
Remaja 14 tahun maut akibat langgar lari di Nilai
Seorang remaja lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Batu 9 Jalan Labu, Nilai pada 6.45 pagi tadi.
![Malim gunung meninggal dunia di puncak Gunung Hitam Malim gunung meninggal dunia di puncak Gunung Hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717254300_Malimgunung.jpg)
Malim gunung meninggal dunia di puncak Gunung Hitam
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Norfazli Abd Aziz, 57, disahkan meninggal dunia pada jam 5.50 petang tadi oleh pegawai perubatan.
![Ramai jadi korban gelombang haba di negeri Bihar dan Rajasthan, timur laut India dilanda banjir Ramai jadi korban gelombang haba di negeri Bihar dan Rajasthan, timur laut India dilanda banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717167506_TBINDIAPANAS.jpg)
Ramai jadi korban gelombang haba di negeri Bihar dan Rajasthan, timur laut India dilanda banjir
Sekurang-kurangnya 18 kematian berkaitan suhu panas dilaporkan dari Bihar dalam tempoh 48 jam.
![Beberapa penumpang SIA cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang Beberapa penumpang SIA cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716300124_SingaporeAirline.jpg)
Beberapa penumpang SIA cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Beberapa penumpang penerbangan Singapore Airlines yang cedera parah selepas pesawat itu mengalami gelora udara memerlukan pembedahan tulang belakang.
![Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716276108_TBcrimescene.jpg)
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.