11 maut dalam nahas membabitkan sebuah pesawat yang membawa sekumpulan anggota payung terjun di Hawaii, Amerika Syarikat.

Pesawat berkenaan dikatakan terhempas dan terbakar sebaik sahaja ia berlepas dari lapangan terbang tepi laut di Pulau Oahu.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan sembilan mangsa meninggal dunia dalam nahas pada Jumaat malam itu melibatkan enam kakitangan syarikat terjun udara serta tiga lagi pelanggannya.


Namun, angka tersebut meningkat kepada 11 orang setelah pegawai Jabatan Pengangkutan Hawaii mendedahkan terdapat 11 mangsa dalam pesawat itu.

Pesawat Beechcraft King Air dengan enjin berkembar itu berlepas dari lapangan udara Dillingham di pantai utara pulau itu.

Menurut saksi kejadian, pesawat itu dilihat terbang dengan paras yang agak rendah kemudian mula terhempas selepas melanggar pokok di kawasan pergunungan itu dan terus terbakar.

Sehingga kini, kesemua indentiti mangsa masih belum dikenal pasti.