Pihak Berkuasa Am bagi Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada Isnin, hari ke-17 Ramadan, mengumumkan, sebanyak 10,822,999 hidangan iftar dan 10,290,000 paket kurma telah diedarkan setakat ini sepanjang bulan suci ini, di mana umat Islam beribadah dan berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Menurut laporan Saudi Press Agency (SPA), jumlah hidangan iftar yang disediakan kepada jemaah umrah dan pengunjung masjid pada tahun ini meningkat berikutan pertambahan bilangan jemaah.
Hidangan tersebut diedarkan di kawasan iftar yang ditetapkan di dalam masjid dengan mematuhi standard kesihatan yang ketat bagi memastikan keselamatan para jemaah.
Menjelang Ramadan, pihak berkuasa turut memperkenalkan perkhidmatan dalam talian yang membolehkan individu, organisasi kebajikan, dan wakaf mengemukakan permohonan untuk menyumbangkan hidangan iftar di Masjidil Haram, menurut SPA.
