MANILA: Sekurang-kurangnya 10 penumpang maut apabila feri yang membawa lebih 200 orang terbakar di selatan Filipina lewat malam Rabu, kata seorang pegawai tempatan pada Khamis.
Memetik laporan awal, Nixon Alonzo, ketua pejabat pencegahan dan pengurusan bencana wilayah Basilan, memberitahu radio tempatan bahawa tujuh penumpang yang terjun ke laut masih hilang.
Sekurang-kurangnya 195 penumpang dan 35 anak kapal berjaya diselamatkan, lapor Xinhua.
Beliau berkata anggota penyelamat menemui empat mayat di atas feri manakala enam lagi dibawa ke pantai.
"Penumpang maut akibat lemas selepas terjun ke dalam air. Ada yang melecur," kata Alonzo.
Alonzo berkata, feri itu M/V Lady Mary Joy itu menuju ke Bandar Zamboanga dari Jolo apabila ia terbakar di perairan Pulau Baluk-Baluk di bandar Hadji Muhammad wilayah Basilan pada pukul 10 malam waktu tempatan pada Rabu.
Pengawal Pantai Filipina yang mengesahkan kejadian itu berkata pihaknya mengerahkan anggota dan kapalnya membantu operasi mencari dan menyelamat, namun tidak memberi maklumat lanjut mengenai mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023
Anggota Pengawal Pantai Filipina cuba memadamkan kebakaran pada MV Lady Mary Joy di Basilan, selatan Filipina awal Khamis 30 Mac 2023. -AP
Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta
Hasbullah didakwa membunuh Shakirin di tepi jalan KM48, Jalan Jemaluang Kahang, antara 6.10 pagi 26 Dis 2024 dan 1.50 tengah hari 28 Dis 2024.
Malaysia akan fokuskan kepimpinan ekonomi berasaskan nilai - PM
Langkah itu mencerminkan komitmen Malaysia sebagai peneraju kepimpinan ekonomi berasaskan nilai.
Anak Shin Tae-yong dedah sebab bapanya pilih Indonesia
Anak bekas pengendali Indonesia, Shin Jae-won, berkongsikan perasaannya yang berasa hiba selepas tempat ayahnya, Shin Tae-yong digantikan.
ASEAN perlu berupaya pacu pertumbuhan ekonomi global - PM
Tegas Anwar, ASEAN tidak lagi boleh sekadar menjadi pemerhati, tetapi perlu menjadi peneraju dalam membentuk hala tuju ekonomi serantau.
Malaysia sedia jadi pemacu pertumbuhan ekonomi serantau - PM
Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, bersedia memainkan peranan penting dalam mengemudi pertumbuhan ekonomi serantau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan ini akan mendorong kemunculan kelas pertengahan yang besar serta pengaruh yang lebih besar dalam merangka keputusan global.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan ini akan mendorong kemunculan kelas pertengahan yang besar serta pengaruh yang lebih besar dalam merangka keputusan global.
ASEAN perlu berupaya pacu pertumbuhan ekonomi global - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas,asean tidak lagi boleh sekadar menjadi pemerhati, tetapi perlu menjadi peneraju dalam membentuk hala tuju ekonomi serantau.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Damansara
Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Damansara berhampiran belakang bangunan Xin Hua Warehouse di Seksyen 22, Shah Alam, pada Rabu.
Nampak Imigresen, PATI lari lintang-pukang Suasana sunyi kawasan pembinaan di Seksyen U12, Shah Alam yang menjadi tempat tinggal pendatang asing tanpa izin (PATI) dikejutkan dengan serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pada Khamis. JIM, Imigresen, P
Suasana sunyi kawasan pembinaan di Seksyen U12, Shah Alam yang menjadi tempat tinggal pendatang asing tanpa izin (PATI) dikejutkan dengan serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pada Khamis.
Malaysia, Indonesia komited angkat kekuatan ekonomi – PM
Lawatan kerja rasmi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, ke Malaysia dijangka memperkukuh hubungan strategik kedua-dua negara, dengan fokus pada transformasi digital dan pengukuhan ekonomi serantau.
Lawatan kerja rasmi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, ke Malaysia dijangka memperkukuh hubungan strategik kedua-dua negara, dengan fokus pada transformasi digital dan pengukuhan ekonomi serantau.
Lawatan kerja rasmi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, ke Malaysia dijangka memperkukuh hubungan strategik kedua-dua negara, dengan fokus pada transformasi digital dan pengukuhan ekonomi serantau.
Malaysia fokuskan kepimpinan ekonomi berasaskan nilai - PM
Malaysia berhasrat untuk memanfaatkan kedudukan geografi negara sebagai penghubung utama dalam penjanaan elektrik, pengembangan bakat, serta mempelbagaikan rantaian bekalan pada 2025.
10 maut, 7 hilang dalam kebakaran feri di Filipina
Sekurang-kurangnya 195 penumpang dan 35 anak kapal berjaya diselamatkan.
Latihan keselamatan kenderaan air perlu dipertingkat - Mahfuz
Latihan berkaitan operator bot dan feri khususnya mengenai audit keselamatan terhadap kenderaan air perlu dipertingkat bagi mengelak kemalangan termasuk kebakaran, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia