GAZA: Sehingga kini, lebih 1,300 bangunan di Semenanjung Gaza telah musnah dalam serangan balas Israel.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), agensi kemanusiaan PBB OCHA memaklumkan sebanyak 5,540 unit rumah musnah dan hampir 3,750 lagi rumah rosak teruk sehingga tidak lagi dapat didiami.

Di Gaza, peti penyejuk menyimpan mayat di hospital tidak lagi dapat menampung keperluan mendesak, sejak serangan udara Israel.

Dalam pada itu, kesemua mayat sebaliknya terpaksa disimpan di dalam peti ais aiskrim.

Tembakan Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 52 rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki sejak serangan Hamas pada 7 Oktober.

Menurut Kementerian kKesihatan Palestin, mangsa terbaharu ialah seorang warga Palestin yang terbunuh akibat tembakan tentera Israel di bandar Jericho.

Mahmud Shahade, 27, dibawa ke Hospital Negeri Jericho selepas ditembak di kepala tetapi doktor tidak dapat menyelamatkannya, kata kementerian kesihatan.