Pada Selasa lalu, Microsoft mengumumkan pengeluaran Xbox One generasi baru yang dinantikan sebagai sebuah hub hiburan di rumah yang menjangkau permainan video.
“Generasi baru kini berada di ruang tamu anda,” kata Don Mattrick, ketua bisnes hiburan interaktif Microsoft, mengeluarkan versi terbaru permainan popular itu.
Menurut Mattrick, permainan tersebut dikuasakan dengan perisian yang membolehkan penukaran segera diantara permainan, televisyen dan pelayaran internet. Dilengkapi juga aplikasi Skype untuk panggilan video dalam talian.
Dilengkapi aksesori pengesan pergerakan kinect dan bunyi yang akan mengenalpasti pengguna dan bertindak dengan segera kepada arahan yang dicakapkan menggunakan bahasa yang mudah, menurut eksekutif Microsoft.
“Ini merupakan permulaan generasi baru permainan video dan hiburan generasi baru TV pintar,” kata eksekutif unit hiburan Microsoft Yusuf Mehdi.
Permainan video yang mendapat sambutan hangat dari peminat Xbox termasuk “Call of Duty Ghosts” dan “FIFA” juga direka untuk konsol terbaru itu.
Satu permainan sains fiksyen “Halo” digunakan untuk penggabungan televisyen dan permainan video dalam Xbox One.
Pengarah filem terkenal Steven Spielberg menandatangani untuk menghasilkan siri aksi televisyen dengan kerjasama pembuat permainan video 343 Studio.
“Bagi saya, ’Halo’ merupakan peluang terbaik untuk berada di persimpangan di mana teknologi dan penghasilan mitos bersatu bagi menghasilkan sesuatu yang menarik,” kata Spielberg.
Xbox One akan dilancarkan dalam tahun ini, kata Nattrick yang tidak mendedahkan perincian harga.
Microsoft telah menjual 77 juta Xbox 360 sejak dipasarkan lewat 2005. Saingannya iaitu Sony juga berjaya menjual PlayStation 3 dalam jumlah yang sama.
Pada masa yang sama, Nintendo telah menjual hampir 100 juta Wii, yang menjadi pilihan berikutan inovasi pengesan pegerakan pada 2006. Walaubagaimanapun, permintaan untuk Nintendo untuk Wii U yang baru dipasarkan mengecewakan.
Sony mengumumkan generasi baru sistem PlayStation 4 pada Februari tetapi tiada penjelasan terperinsi berkenaan permainan tersebut.
PS4 yang akan dipasarkan pada hujung tahun ini akan menjayakan PlayStation 3 yang bermula pada lewat 2006.
“Microsoft memenangi generasi seterusnya permainan video dengan melancarkan sesuatu yang syarikat tesebut tidak katakan sebagai sebuah konsol,” kata penganalisis Forrester James McQuivey.
“Nintendo menghasilkan tablet yang meraih jutaan belian dan Sony menghasilkan kotak tidak boleh dilihat, Microsoft menggabungkan keduanya dan menghasilkan Xbox One.”
Microsoft telah menggunakan pakar perkakasan dan perisian sebaiknya, membawa alat kawalan permainan, tablet, telefon pintar, suara, dan pergerakan bersama dalam Xbox One, menurut penganalisis.
“Microsoft membawa pulang trofi dan boleh menjadi pemenang kepada perlumbaan menghasilkan pengalaman terbaik pengguna di ruang tamu,” menurut McQuivey.
“Secara jujurnya sangat tidak menggambarkan Microsoft.”
AFP
Wed May 22 2013


Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

Skype tamat operasi 5 Mei, pengguna digalakkan beralih ke Microsoft Teams
Aplikasi Skype bakal menamatkan operasinya pada 5 Mei ini selepas 21 tahun beroperasi.

Microsoft mula tawarkan aplikasi Copilot untuk macOS
Aplikasi ini menawarkan ciri seperti menjana teks, imej, berbual dengan chatbot AI, dan melakukan kajian.

Oracle, Microsoft dilapor dalam perbincangan untuk ambil-alih operasi TikTok
Bytedance disasar mempunyai pegangan minoriti pada syarikat baharu TikTok, sementara Oracle uruskan algoritma, kemas kini perisian dan sebagainya.

MCMC, Microsoft bincang pelesenan LinkedIn - Fahmi
Perbincangan sedang berjalan antara MCMC dan Microsoft yang merupakan pemilik Linkedln mengenai pelesenan platform media sosial itu.

Meta dalam proses akhir peroleh lesen kelas ASP - Fahmi
Syarikat induk Facebook dan Instagram itu sedang menyiapkan dokumentasi untuk memenuhi keperluan perundangan khas sebagai sebahagian daripada proses pelesenan itu.

Microsoft umum tamat sokongan aplikasi Office untuk Windows 10 pada Okt 2025
Pengguna Microsoft 365 digalakkan naik taraf ke Windows 11.

Microsoft rancang labur AS$80 bilion untuk pusat data AI pada fiskal 2025
Microsoft merancang untuk melabur hampir AS$100 bilion bagi pembangunan pusat data berasaskan AI pada tahun fiskal 2025.

Kurangkan kebergantungan pada OpenAI, Microsoft tambah model AI lain kuasakan CoPilot
Selain mengurangkan kebergantungan, langkah ini juga dilihat sebagai usaha untuk mengurangkan kos oleh Microsoft.

Ketua Microsoft Gaming sahkan konsol mudah alih Xbox sedang dibangunkan
Konsol mudah alih ini dijangka diperkenalkan dalam masa beberapa tahun lagi.

Microsoft bina pusat data guna kayu balak untuk kurangkan jejak karbon
Walaupun kayu CLT ini lebih mahal berbanding konkrit dan besi, ia jauh lebih ringan dan mudah untuk membangunkan struktur bangunan.