PUTRAJAYA: Petronas dengan kerjasama Majlis Perkhidmatan Minyak, Gas & Tenaga Malaysia (MOGSC) dan Persatuan Pemilik OSV Malaysia (MOSVA) menganjurkan Hari Perbualan Program Pembiayaan Vendor Petronas (VFP), bertujuan untuk membuka ruang dikalangan vendor dalam Peralatan Perkhidmatan Minyak dan Gas (OGSE) terhadap ekosistem dengan institusi kewangan sebagai rakan kongsi untuk mewujudkan penyelesaian kewangan yang berdaya maju.
Petronas Vendor Financing Programme atau VFP merupakan inisiatif yang diwujudkan bagi memudahkan akses kepada pembiayaan dikalangan vendor OGSE tempatan yang berdaftar daripada sembilan rakan strategik program.
Ia membabitkan beberapa institusi perbankan terkemuka tanah air termasuklah Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, CIMB, Export-Import Bank Malaysia Berhad (EXIM), HSBC Bank Malaysia Berhad, Malayan Banking Berhad (Maybank), RHB Bank dan UOB Malaysia.
Ketua Program Strategik & Pelesenan Perolehan Kumpulan Petronas, Natrah Mohd Tahir berkata, VFP dicadangkan untuk membantu vendor OGSE Malaysia yang terjejas teruk akibat krisis harga minyak pada 2018 dalam mendapatkan modal kerja dan menambah baik aliran tunai mereka demi untuk mengekalkan perniagaan mereka.
“Kini ditambah lagi dengan kesan pandemik yang berpanjangan, sudah tiba masanya kami mempergiatkan usaha kami untuk menyokong vendor kami yang semuanya memainkan peranan penting dalam ekosistem minyak dan gas," katanya kepada media.
Bagi sebahagian vendor, komitmen serta ruang yang dijelmakan oleh Petronas ini merupakan sesuatu yang amat dinantikan dan sudah pastinya memberi dan menyediakan manfaat yang besar kepada mereka.
"Adalah sangat penting menerusi inisiatif yang diambil untuk (vendor) melangkah lebih jauh dalam industri. Ini kerana industri perusahaan minyak dan gas ini diwakili oleh beberapa bahagian.
"Ada syarikat yang besar ataupun yang tersenarai dan juga terdapat syarikat yang sederhana. Dan yang paling penting dalam industri minyak dan gas ini terdapat juga dari kalangan mereka adalah syarikat kecil dan sederhana," jelas Presiden The Malaysian Oil, Gas & Energy Services Council (MOGSC), Syed Saggaf Syed Ahmad yang turut hadir dalam pada program tersebut yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini.
Selain itu juga antara manfaat daripada inisiatif (VFP) akan membolehkan vendor-vendor yang berdaftar mempunyai akses kepada kemudahan pembiayaan yang memenuhi keperluan khusus untuk melaksanakan kewajipan kontrak mereka.
VFP disokong oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), yang menyediakan skim jaminan sebagai alternatif kepada keperluan cagaran oleh bank.
Malah jelas Petronas, kerjasama antara PETRONAS, MOGSC dan MOSVA adalah penting untuk memastikan VFP akan memanfaatkan vendor.
Daya tahan dan kemampanan ekosistem OGSE jelas Natrah, bukan sahaja berfungsi ketika vendor berdepan dengan cabaran dan waktu yang sukar, tetapi juga untuk membolehkan mereka berkembang seiring dengan industri dan mencapai potensi penuh yang sepatutnya.
Malah katanya, program itu telah menunjukkan impak yang positif dalam tempoh yang singkat terhadap industri dengan menyaksikan lebih 260 permohonan diterima dengan membabitkan pembiayaan bernilai RM1.6 bilion yang telah diluluskan setakat Julai 2022.
Kira-kira 200 peserta menghadiri program Hari Perbualan Program Pembiayaan Vendor yang dianjurkan hari ini.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Aug 16 2022
Inisiatif Petronas menerusi VFP menjadikan vendor-vendor berdaftar kini bernafas lebih lega dengan satu ekosistem penyelesaian kewangan yang berdaya maju buat mereka. - Foto: Petronas
Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
Laluan Ampang/Sri Petaling akan menjadi laluan ketiga di bawah kendalian Rapid Rail yang memperkenalkan kemudahan koc wanita ini.
22 ahli GISB tiba di Mahkamah Sesyen Selayang untuk sebutan semula kes
Kesemua pemimpin tertinggi itu berdepan satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020 lalu.
Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS
Setakat 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5010/5100 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5055/5100 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Kewangan Tabung Haji dan Kaedah Rule of 78: Implikasi ekonomi dan sosial
Gabungan dua isu utama tentang keberkesanan subsidi haji Tabung Haji dan pemansuhan Rule of 78 dalam pembiayaan. Bagaimana dasar ini mencorakkan sosioekonomi, kestabilan kewangan pengguna, dan inovasi kewangan? Analisis mendalam tentang langkah strategik untuk meningkatkan daya tahan kewangan institusi dan memupuk keharmonian sosial.
Google Maps rungkai kes bunuh setahun lalu
Siasatan polis berdasarkan petunjuk Google Maps itu akhirnya menemukan mayat yang sudah mereput di sebuah tanah perkuburan, awal bulan lalu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Disember 2024]
Fokus AWANI Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
- Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
- KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun - Dzulkefly
#AWANIpagi #AWANInews
- Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
- Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
- KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun - Dzulkefly
#AWANIpagi #AWANInews
Anggota polis dikhuatiri lemas ditemukan meninggal dunia
Mayat Koperal Muhammad Taufik Sayuti, 39, ditemui pada jam 4.55 pagi tadi selepas operasi mencari dan menyelamat digerakkan.
Bengang konsert batal saat akhir, netizen 'korek' keputusan percubaan SPM penganjur One Love Music
Warga maya terutamanya pembeli tiket meluahkan rasa bengang dengan tindakan yang dilakukan oleh penganjur, Tuff KL.
Liverpool langgar habis Tottenham di London
Gol Liverpool dijelmakan Luis Diaz (m-23, m-85), Mohamed Salah (m-45, m-61), Alexis Mac Allister (m-36), dan Dominik Szoboszlai (m-46).
Apple bangunkan loceng pintu pintar dilengkapi pengecaman wajah
Apple dilaporkan sedang membangunkan loceng pintu pintar yang hadir dilengkapi dengan sokongan pengecaman wajah seumpama Face ID.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad.