Usahawan perlu mendaftar hak harta intelek (IP) mereka sebelum dipasarkan kepada umum bagi melindungi jenama produk dan perkhidmatan mereka daripada pesaing, kata Perunding Harta Intelek IP Gennesis Sdn Bhd, Lawrence Tan.
Menurutnya, kebanyakan usahawan tidak menyedari kepentingan untuk mendaftarkan hak mereka.
Ini mungkin menyebabkan produk dan perkhidmatan mereka mempunyai nama jenama yang sama dengan syarikat-syarikat lain, katanya.
"Sesetengah syarikat hanya mendaftarkan nama mereka selepas beberapa tahun beroperasi dan selepas membelanjakan wang yang banyak bagi pembungkusan.
"Justeru itu, saya ingin menasihati mereka agar mendaftarkan jenama mereka sebaik sahaja mereka memutuskan untuk membuka perniagaan. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mereka melindungi jenama mereka malahan sebelum ia diluluskan lagi," katanya kepada Bernama.
Kelulusan jenama oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia mungkin mengambil masa setahun.
Tan berkata syarikat teknologi multinasional AS, Apple Inc, terpaksa membayar US$60 juta untuk membeli nama 'Ipad' daripada sebuah syarikat China kerana syarikat itu telah menggunakan jenama tersebut beberapa tahun sebelum Apple menembusi pasaran China.
Beliau juga menyarankan syarikat-syarikat agar memilih nama unik yang tidak relevan dengan apa yang mereka jual.
"Jika jenama anda dipanggil Pisang Goreng adalah tidak adil kepada pesaing lain yang juga mahu mendaftarkan jenama yang sama," katanya sambil menambah kos mendaftar jenama ialah sebanyak RM2,000.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Usahawan (CEDAR), Dr Sheikh Ghazali Abod berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negara perlu mula melihat penjenamaan sebagai satu perkara yang penting.
"Penjenamaan tidak perlu mahal asalkan ia dapat mewujudkan kesan kepada pengguna," katanya.
CEDAR ialah unit milik penuh SME Bank.
Bernama
Sun Jul 26 2015
![Usahawan digesa daftar hak IP lebih awal Usahawan digesa daftar hak IP lebih awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51437891573_DRSHEIKHGHAZALI.jpg)
SHEIKH GHAZALI: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negara perlu mula melihat penjenamaan sebagai satu perkara yang penting. - Gambar Fail
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Jangan guna lagu artis Iban tanpa kebenaran - Parisa Jangan guna lagu artis Iban tanpa kebenaran - Parisa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714999039_augustinemerikan.jpg)
Jangan guna lagu artis Iban tanpa kebenaran - Parisa
Persatuan Artis Iban Sarawak (Parisa) menggesa mana-mana pihak supaya tidak menggunakan lagu hasil karya atau nyanyian artis-artis Iban sesuka hati.
![Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714046516_TBFuziahSaleeh.jpg)
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
![MyIPO teliti keperluan tawar harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop MyIPO teliti keperluan tawar harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672474960_TBMYIPO.jpg)
MyIPO teliti keperluan tawar harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop
MyIPO akan teliti keperluan untuk memberi tawaran harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop yang berhasrat mendaftarkan hak cipta (copyright) dan cap dagangan perniagaan mereka.
![RMK12: Dasar IP negara akan disemak untuk memperkukuhkan ekosistem RMK12: Dasar IP negara akan disemak untuk memperkukuhkan ekosistem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-05/41463314703_trademark.jpg)
RMK12: Dasar IP negara akan disemak untuk memperkukuhkan ekosistem
Dasar mengenai harta intelek (IP) akan disemak semula untuk meningkatkan ekosistem hasil kreativiti negara.
![Menteri Luar G7 gesa China henti curi hak harta intelektual untuk keuntungan komersial Menteri Luar G7 gesa China henti curi hak harta intelektual untuk keuntungan komersial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-12/51451227753_ChinaMap.jpg)
Menteri Luar G7 gesa China henti curi hak harta intelektual untuk keuntungan komersial
Menteri luar dari Kumpulan Tujuh itu menggesa China supaya bertindak sebagai anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab.
![[KOLUMNIS] Mengukuh kesedaran hak cipta dalam kalangan pengamal industri kreatif [KOLUMNIS] Mengukuh kesedaran hak cipta dalam kalangan pengamal industri kreatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621696706_Filming.jpg)
[KOLUMNIS] Mengukuh kesedaran hak cipta dalam kalangan pengamal industri kreatif
Memastikan semua karya dilindungi sebelum pengkomersialan merupakan perihal yang wajar diambil serius oleh semua pengkarya.
![CENTEXS, MyIPO bantu daftar harta intelek usahawan Sarawak CENTEXS, MyIPO bantu daftar harta intelek usahawan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645919203_UsahawanSarawak.jpg)
CENTEXS, MyIPO bantu daftar harta intelek usahawan Sarawak
Harta-harta intelek yang didaftarkan ini adalah di antara 42,000 yang didaftarkan oleh MyIPO seluruh negara.
![Vaksin COVID-19: Negara anggota WTO tolak pelepasan paten Vaksin COVID-19: Negara anggota WTO tolak pelepasan paten](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634427464_London.jpg)
Vaksin COVID-19: Negara anggota WTO tolak pelepasan paten
Afrika Selatan dan India menggesa hak harta intelek digantung sementara untuk vaksin koronavirus ketika pandemik.
![Bank Dunia tolak pengecualian hak harta intelek vaksin COVID-19 Bank Dunia tolak pengecualian hak harta intelek vaksin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623188845_DavidMalpass.jpg)
Bank Dunia tolak pengecualian hak harta intelek vaksin COVID-19
Presidennya David Malpass tegaskan pengecualian itu akan menyekat inovasi bagi sektor farmaseutikal.
![Jual kotak TV, kandungan tanpa kebenaran boleh diambil tindakan Jual kotak TV, kandungan tanpa kebenaran boleh diambil tindakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41614131465_androidbox.jpg)
Jual kotak TV, kandungan tanpa kebenaran boleh diambil tindakan
Penjualan kotak TV media yang mengandungi kandungan yang tidak mendapat kebenaran sah hakcipta adalah haram dan boleh diambil tindakan undang-undang.