KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Petronas Gas Bhd (PGB) bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2023 meningkat kepada RM424.18 juta daripada RM410.58 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas disebabkan perbelanjaan cukai yang lebih rendah.
Hasil melonjak 14.9 peratus kepada RM1.67 bilion daripada RM1.46 bilion sebelumnya, disumbangkan terutamanya oleh hasil lebih tinggi daripada segmen utiliti sejajar dengan harga produk yang lebih tinggi.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin, PGB berkata pendapatan sesaham juga meningkat 3.3 peratus kepada 21.44 sen pada suku pertama 2023 daripada 20.75 sen pada suku yang sama sebelumnya, mencerminkan keuntungan lebih tinggi yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat.
Syarikat itu berkata lembaga pengarah telah meluluskan dividen interim pertama sebanyak 16 sen sesaham biasa berjumlah RM316.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023, yang akan dibayar pada 20 Jun 2023.
"Segmen utiliti yang lebih tinggi didorong oleh harga produk wap dan gas perindustrian yang lebih tinggi sejajar dengan pergerakan harga gas bahan api ditambah dengan tarif elektrik yang lebih tinggi berikutan semakan menaik surcaj Pelepasan Imbangan Kos Penjanaan bagi separuh pertama 2023.
"Hasil segmen pemprosesan gas meningkat sebanyak 2.4 peratus berbanding suku yang sama berikutan insentif penggunaan gas dalaman yang lebih tinggi dicapai, disokong oleh usaha pengoptimuman operasi berterusan," katanya.
PGB berkata terminal regasifikasi gas asli cecairnya di Sg Udang, Melaka dan Pengerang, Johor mengekalkan prestasi kebolehpercayaan yang kukuh pada hampir 100 peratus pada suku tersebut.
Melangkah ke hadapan, ia berkata prestasi 2023 dijangka kekal teguh, disokong oleh kontrak pendapatan yang kukuh, namun harga gas yang tinggi mungkin memberi kesan kepada keputusan tahun penuh kumpulan.
"Segmen pemprosesan gas kumpulan itu dijangka kekal stabil berdasarkan kontrak jangka panjang dan aliran pendapatan mampan di bawah penggal kedua Perjanjian Pemprosesan Gas.
"Walaupun tarif Tempoh Kawal Selia 2 lebih rendah, segmen perniagaan pengangkutan gas dan regasifikasi dijangka terus menyumbang kepada pendapatan yang baik kepada kumpulan," katanya.
PGB berkata harga gas bahan api yang tinggi akan terus memberi kesan kepada prestasi segmen utiliti.
"Dalam persekitaran kos operasi yang lebih tinggi selepas pandemik, kumpulan akan terus berusaha untuk kecemerlangan operasi serta mencapai keseimbangan antara pelaburan untuk pertumbuhan, kehematan kewangan dan pengagihan kepada pemegang saham," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023

Hasil melonjak 14.9 peratus kepada RM1.67 bilion daripada RM1.46 bilion sebelumnya, disumbangkan terutamanya oleh hasil lebih tinggi daripada segmen utiliti sejajar dengan harga produk yang lebih tinggi. - Gambar fail/Dagang News

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.