KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh tidak langsung UEM Edgenta Bhd, Edgenta International Investments LLC (EII) menandatangani perjanjian jual dan beli serta perjanjian pemegang saham dengan NW Kaizen Holding Ltd yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk membeli 60 peratus kepentingan ekuiti dalam Kaizen Owner Association Management Services LLC (KOA) dan Kaizen AMS Property Supervision LLC (KAMS).
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Isnin, UEM Edgenta menjelaskan pembelian itu akan dibuat pada AED43.2 juta (RM55.1 juta) secara tunai.
Perjanjian jual dan beli itu akan diselesaikan pada hari perniagaan kedua selepas EII memperoleh lesen komersial yang dipinda bagi Kaizen Group untuk menunjukkan pindahan saham jualan atau tempoh lain yang mungkin dipersetujui pihak yang terlibat.
Menurut UEM Edgenta cadangan pembelian itu sejajar dengan visi Edgenta of the Future 2025 untuk mengembangkan jejak serantaunya di samping meningkatkan tawaran produk dan teknologi dalam pasaran pertumbuhan tinggi seperti Dubai, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) secara amnya.
"Berasaskan kehadiran sedia ada UEM Edgenta dalam pengurusan kemudahan UAE melalui Operon Middle East, cadangan pembeian itu memberikan peluang untuk menyepadukan dan menawarkan platform perkhidmatan hartanah dengan menggabungkan pengurusan hartanah dan pengurusan kemudahan merentas rantaian nilai perkhidmatan hartanah untuk pasaran UAE dan berpotensi berkembang ke rantau Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang lebih luas," tambahnya.
Operon Middle East ialah anak syarikat milik penuh UEM Edgenta.
UEM Edgenta memaklumkan bahawa platform itu akan memberi manfaat kepada Operon melalui akses yang diperbesar kepada pelanggan dengan potensi perolehan dan sinergi kos serta menangani keperluan gaya hidup yang semakin meningkat dalam kalangan penduduk, penyewa dan pemilik hartanah.
Cadangan pembelian itu dijangka selesai pada suku pertama 2024, menurut UEM Edgenta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad (empat, kiri) hadir pada sesi pertukaran dokumen antara UEM Edgenta dan Kaizen Group di UAE, 4 Dis 2023. - Foto UEM

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

UEM Edgenta mahu terus perkasa PSH dengan pemantapan modal insan, aplikasi teknologi terkini
Jalinan sentuhan manusia dengan kecanggihan teknologi dapat menyampaikan perkhidmatan sokongan hospital menyeluruh terunggul kepada pelanggan.

UEM Edgenta rekod hasil RM2 bilion, isytihar dividen 2 sen
Namun keuntungan syarikat pengurusan aset dan penyelesaian infrastruktur terkemuka itu turun 34.1 peratus ekoran tekanan inflasi global dan peningkatan kos operasi.

UEM Edgenta beli kepentingan majoriti dalam dua firma berpangkalan di UAE pada RM55.1 juta
UEM Edgenta menjelaskan dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, pembelian itu akan dibuat pada AED43.2 juta (RM55.1 juta) secara tunai.

UEM Edgenta taja Do dan Re, kura-kura gergasi di Zoo Negara
Usaha bersama Zoo Negara itu adalah sebahagian daripada inisiatif syarikat dalam memelihara kesejahteraan haiwan.

UEM Edgenta taja sepasang zirafah Zoo Negara
UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) menaja sepasang zirafah dikenali sebagai Mas Boy dan Mas Kira sebagai haiwan angkat menerusi program 'Adopt an Animal' anjuran Zoo Negara.