KUALA LUMPUR:UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) menaja sepasang zirafah dikenali sebagai Mas Boy dan Mas Kira sebagai haiwan angkat hari ini menerusi program 'Adopt an Animal' anjuran Zoo Negara.
UEM Edgenta dalam kenyataan hari ini memaklumkan komitmen terhadap program ini adalah selaras dengan matlamat syarikat untuk menyokong pihak berkepentingan utamanya seperti Zoo Negara yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19 melalui aktiviti pembangunan komuniti yang positif dan berimpak tinggi.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Syahrunizam Samsudin berkata pihaknya amat berbangga dapat memainkan peranan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab untuk bersama-sama membantu Zoo Negara dengan menaja sepasang zirafah yang comel.
"Inisiatif ini dapat memperluaskan komitmen UEM Edgenta dalam usaha ke arah kelestarian, serta mempromosikan amalan persekitaran, sosial dan tadbir urus yang baik bersama rakan strategik seperti Zoo Negara.
"UEM Edgenta berharap lebih banyak organisasi dan individu dapat tampil untuk membantu Zoo Negara bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan haiwan-haiwan ini," katanya.
UEM Edgenta memberitahu zirafah spesies 'Nubia' itu atau nama saintifiknya Giraffa Camelopardalis dikategorikan sebagai satu daripada sembilan subspesies yang terancam di dunia.
Menurut Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar, populasi zirafah liar telah berkurang sebanyak 40 peratus sejak tiga dekad lepas dengan jumlah terkini kurang daripada 100,000 ekor.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berterima kasih kepada UEM Edgenta atas sokongan ikhlas dan padu yang diberikan demi kesejahteraan zirafah dan juga membantu Zoo Negara menerusi program yang berimpak tinggi.
"Kami mengalu-alukan lebih banyak sumbangan daripada syarikat korporat dan orang ramai sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini. Sumbangan tersebut akan terus digunakan untuk menyediakan penjagaan yang sempurna kepada haiwan kami di zoo," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 11 2020
![UEM Edgenta taja sepasang zirafah Zoo Negara UEM Edgenta taja sepasang zirafah Zoo Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607701195_ZooNegara.jpg)
UEM Edgenta berharap lebih banyak organisasi dan individu dapat tampil untuk membantu Zoo Negara bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan haiwan-haiwan ini. - Gambar fail
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![UEM Edgenta taja Do dan Re, kura-kura gergasi di Zoo Negara UEM Edgenta taja Do dan Re, kura-kura gergasi di Zoo Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689092524_TBUEMEdgenta.jpg)
UEM Edgenta taja Do dan Re, kura-kura gergasi di Zoo Negara
Usaha bersama Zoo Negara itu adalah sebahagian daripada inisiatif syarikat dalam memelihara kesejahteraan haiwan.
![Zirafah dari Afrika tarikan baharu Zoo Melaka Zirafah dari Afrika tarikan baharu Zoo Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681580165_zoomelaka.jpg)
Zirafah dari Afrika tarikan baharu Zoo Melaka
Zirafah betina bernilai lebih RM200,000 itu dibawa masuk menerusi inisiatif menaik taraf Zoo Melaka.
![Bangsal zoo terbakar, dua ekor zirafah ditemui mati Bangsal zoo terbakar, dua ekor zirafah ditemui mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615288900_RoersZoofari.jpg)
Bangsal zoo terbakar, dua ekor zirafah ditemui mati
Menurut seorang pekerja zoo berkenaan, salah zirafah yang mati itu dikenali sebagai Waffles, berusia 6 tahun
![Zirafah lompat keluar dari lori, kejutkan pengguna jalan raya Zirafah lompat keluar dari lori, kejutkan pengguna jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71580309584_TBTHAIGIRAFFE.jpg)
Zirafah lompat keluar dari lori, kejutkan pengguna jalan raya
Memetik laporan AP, dua ekor zirafah dipercayai berjaya keluar dari sebuah lori dan salah seekor berjaya ditangkap.
![Pelancong kritikal dihempap zirafah 750 kilogram Pelancong kritikal dihempap zirafah 750 kilogram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41573689550_KrugerNationalPark.jpg)
Pelancong kritikal dihempap zirafah 750 kilogram
Seorang pelancong dari Switzerland bertarung nyawa selepas bas mini yang dinaiki merempuh seekor zirafah dalam kejadian di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan, lapor The Telegraph.
![Zoo Negara terima kelahiran anak zirafah betina Zoo Negara terima kelahiran anak zirafah betina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61557641281_zirafah.jpg)
Zoo Negara terima kelahiran anak zirafah betina
Anak zirafah seberat kira-kira 50 kilogram dengan ketinggian kira-kira 1.4 meter itu dilahirkan pada waktu pagi.
![Bunuh keluarga babun: Pegawai hidupan liar digesa letak jawatan Bunuh keluarga babun: Pegawai hidupan liar digesa letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61539669664_TBIDAHO.jpg)
Bunuh keluarga babun: Pegawai hidupan liar digesa letak jawatan
Pegawai jabatan hidupan liar di Idaho diberhentikan perkhidmatan semalam selepas fotonya bersama keluarga baboon dan hidupan liar dibunuh semasa aktiviti pemburuan dijalankan di Afrika September lalu.
![YouTube umum video zirafah bunting di zoo catat rekod lebih 200 juta tontonan YouTube umum video zirafah bunting di zoo catat rekod lebih 200 juta tontonan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/41492414967_babygiraffe.jpg)
YouTube umum video zirafah bunting di zoo catat rekod lebih 200 juta tontonan
Zirafah bernama April itu menjadi bintang internet selepas zoo Animal Adventure Park memulakan penstriman secara langsung, Februari lalu.