KUALA LUMPUR: Menyedari usaha mencegah jenayah rasuah di sektor pembinaan memerlukan penglibatan semua pihak dan perlu dilakukan sejak dari awal, UDA Holdings Berhad (UDA) memperkenalkan inisiatif Pakatan Integriti Perolehan menerusi Polisi Anti Rasuah dan Integriti pada 2015.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA Mohd Salem Kailany berkata Pakatan Integriti Perolehan berkenaan merupakan deklarasi UDA bersama rakan niaganya untuk bersama-sama menangani sebarang gejala rasuah dan salah laku.
Katanya menerusi inisiatif itu UDA dan rakan niaganya tidak boleh membayar, menawar, meminta dan menerima rasuah untuk mendapatkan sebarang bentuk pekerjaan, kontrak atau tender.
"Sekiranya berlaku pelanggaran atau ketidakpatuhan, pembida boleh ditamatkan kontrak, hilang kelayakan bidaan, pelucutan hak wang kesungguhan dan disenarai hitam serta kakitangan terlibat boleh dikenakan tindakan tatatertib dan diserahkan kepada pihak berkuasa," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurut Mohd Salem rasuah dalam sektor pembinaan boleh berlaku sekiranya kerja yang dijalankan tidak mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan tidak menerapkan nilai tadbir urus korporat dan budaya kerja yang telus dan kompetitif.
UDA katanya telah memperoleh pensijilan ISO 37001: 2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) pada tahun lepas sebagai strategi untuk memperkukuh komitmen pencegahan rasuah secara lebih menyeluruh melibatkan segenap lapisan tenaga kerjanya.
Tambahnya, UDA sebuah agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) merupakan agensi pertama menerima pensijilan berkenaan.
"UDA turut menjalinkan kerjasama strategik dan perkongsian pintar dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Institut Integriti Malaysia (IIM), Transparency International-Malaysia (TI-M) dan Malaysian Institute of Corporate Governance (MICG) dalam usaha memartabatkan budaya kerja berintegriti serta mewujudkan ekosistem pencegahan rasuah yang efektif.
"Pada tahun lepas UDA juga melaksanakan kaji selidik tahunan alat ukuran integriti yang dibangunkan oleh IIM bagi mengukur dan menanda aras amalan dan budaya tadbir urus, integriti dan antirasuah di UDA," katanya.
Katanya mulai Januari lepas atas dokongan serta komitmen Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi syarikat itu, UDA telah melaksanakan Deklarasi Aset dan Liabiliti dengan setiap warga kerjanya perlu mengisytiharkan aset dan liabiliti mereka secara tahunan dalam menangani risiko rasuah.
"Deklarasi ini mewajibkan warga kerja di semua peringkat termasuk Ahli Lembaga Pengarah mengisytiharkan harta dan tanggungan yang dimiliki atau diwarisi oleh diri sendiri dan pasangan bagi tujuan mencegah rasuah, konflik kepentingan dan penyalahgunaan kuasa serta meningkatkan ketelusan dan kepercayaan awam," katanya.
Menurutnya deklarasi itu, ia dapat memastikan pemilikan harta dan gaya hidup pekerja seimbang dengan kemampuan dan pengisytiharan perlu dilakukan setiap tahun walaupun tanpa sebarang harta atau tanggungan, semasa menyertai UDA, semasa memperoleh harta atau tanggungan baharu serta semasa pelupusan harta.
Menurut Mohd Salem, selain memperkenalkan inisiatif sendiri, UDA juga komited dalam mematuhi inisiatif-inisiatif membanteras rasuah yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti Penguatkuasaan Seksyen 17A Akta SPRM dan pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) membabitkan program integriti dan antirasuah.
Katanya UDA kini dalam usaha merangka program CSR bersesuaian untuk dianjurkan pada masa hadapan demi menyokong usaha kerajaan dan SPRM dalam membanteras gejala rasuah.
Menurutnya, UDA berpendapat penguatkuasaan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dapat mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil, bersih dan bebas rasuah selain diharap dapat menggalakkan organisasi komersial melaksanakan usaha pencegahan rasuah dan mempromosikan tadbir urus yang baik.
Beliau berkata UDA melihat penguatkuasaan seksyen itu dapat menjadi garis panduan dalam mewujudkan syarikat yang sifar rasuah berikutan tiada pihak terkecuali dan UDA tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang terbabit dengan salah laku serta rasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2022
![UDA pergiat inisiatif tangani rasuah dalam sektor pembinaan UDA pergiat inisiatif tangani rasuah dalam sektor pembinaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655869525_construction.jpg)
Pakatan Integriti Perolehan berkenaan merupakan deklarasi UDA bersama rakan niaganya untuk bersama-sama menangani sebarang gejala rasuah dan salah laku. -Gambar hiasan
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
![PIFF 2025: Pacu industri francais dan kopi di Malaysia sejak 2004 PIFF 2025: Pacu industri francais dan kopi di Malaysia sejak 2004](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736303183_TBPIFF.jpg)
PIFF 2025: Pacu industri francais dan kopi di Malaysia sejak 2004
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), sebuah syarikat pegangan pelaburan milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
![Belanjawan Sabah, Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bangunkan keusahawanan Sabah Belanjawan Sabah, Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bangunkan keusahawanan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731939689_TBEWON.jpg)
Belanjawan Sabah, Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bangunkan keusahawanan Sabah
Belanjawan Sabah 2025 dan Belanjawan 2025 peringkat Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bagi memajukan sektor keusahawanan di negeri ini.
![50 PMKS bakal diiktiraf dalam Anugerah Enterprise 50 malam ini 50 PMKS bakal diiktiraf dalam Anugerah Enterprise 50 malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729925136_SMECorp.jpg)
50 PMKS bakal diiktiraf dalam Anugerah Enterprise 50 malam ini
Pencapaian 50 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terbaik di Malaysia bakal diiktiraf dan diumumkan sebagai pemenang Anugerah Enterprise 50 (E50) bagi tahun 2024 pada malam ini.
![Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717246336_TBEwonBenedick.jpg)
Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.
![14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon 14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717246336_TBEwonBenedick.jpg)
14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon
Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya pada bulan lepas.
![INSKEN sasar latih 10,000 usahawan tahun ini - Ewon INSKEN sasar latih 10,000 usahawan tahun ini - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713264131_EwonBenedick.jpg)
INSKEN sasar latih 10,000 usahawan tahun ini - Ewon
INSKEN sasar untuk melatih 10,000 usahawan tahun ini berbanding 9,700 usahawan yang telah dilatih di seluruh negara pada tahun lepas.
![KUSKOP fokus kukuhkan rangkaian koperasi Coop Mart KUSKOP fokus kukuhkan rangkaian koperasi Coop Mart](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709887553_Ramanan.jpg)
KUSKOP fokus kukuhkan rangkaian koperasi Coop Mart
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan memberi fokus kepada usaha mengukuhkan rangkaian kedai koperasi Coop Mart sedia ada.
![Kerajaan sentiasa ada bantuan kewangan untuk usahawan - Ramanan Kerajaan sentiasa ada bantuan kewangan untuk usahawan - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709887553_Ramanan.jpg)
Kerajaan sentiasa ada bantuan kewangan untuk usahawan - Ramanan
Usahawan kecil tidak perlu risau mengenai aspek modal kerana kerajaan sentiasa mempunyai skim bantuan kewangan khusus untuk mereka.
![KUSKOP jamin bantu mudahkan usahawan PKS kembangkan perniagaan - Ramanan KUSKOP jamin bantu mudahkan usahawan PKS kembangkan perniagaan - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706955556_DatukRRamanan.jpg)
KUSKOP jamin bantu mudahkan usahawan PKS kembangkan perniagaan - Ramanan
KUSKOP memberi jaminan untuk membantu memudahkan pemain industri PKS mengembangkan lagi perniagaan mereka termasuk dari aspek pembiayaan kewangan.
![Kuskop lahirkan 83,361 usahawan baharu seluruh negara tahun ini - Ewon Kuskop lahirkan 83,361 usahawan baharu seluruh negara tahun ini - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703236849_EwonBenedick.jpg)
Kuskop lahirkan 83,361 usahawan baharu seluruh negara tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berjaya melahirkan seramai 83,361 usahawan baharu di seluruh negara sepanjang tahun ini.