KUALA LUMPUR: UCrest Bhd merancang untuk menyelia kontrak pembuatan vaksin Sputnik V Rusia di Asia susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan dana kekayaan negara Russian Direct Investment Fund (RDIF).
Di bawah MoU itu, syarikat akan mengenal pasti, memperakui dan menguruskan pengeluar kontrak untuk menghasilkan vaksin COVID-19 untuk RDIF, kata penyedia perkhidmatan kesihatan mudah alih dan hospital awan itu.
RDIF bertanggungjawab untuk pengkomersialan Sputnik V yang dibangunkan oleh Gamaleya National Research Institute of Epidemiology and Microbiology.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, UCrest berkata pihaknya bertanggungjawab untuk mengenal pasti, mengatur dan menyelia pembuatan kontrak di Asia untuk vaksin Sputnik V di pelbagai kemudahan pembuatan yang sesuai.
Sementara itu, RDIF akan bertanggungjawab untuk pemindahan teknologi dan pembelian 100 peratus pengeluaran tersebut.
"RDIF akan membeli daripada UCrest dan komited untuk mengambil atau membayar vaksin yang dihasilkan," katanya.
Menurut UCrest, MoU itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 09 2021

UCrest rancang selia kontrak pembuatan vaksin Sputnik V Rusia di Asia susulan pemeteraian MoU dengan RDIF. -Gambar fail

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

COVID-19: Vladimir Putin sahkan terima vaksin versi hidung
Putin mengesahkan beliau telah mengambil vaksin COVID-19 ujian melalui hidung, tiga hari selepas menerima suntikan dos penggalak.

COVID-19: "Vaksin selamatkan saya" - Vladimir Putin
Putin tidak mengalami gejala buruk akibat jangkitan disebabkan keberkesanan vaksin yang tinggi.

COVID-19: Peru peroleh 10 juta lagi vaksin Sputnik V
Vaksin lain yang turut digunakan di negara itu adalah Pfizer, Sinopharm dan AstraZeneca.

Vaksin COVID-19: Proses kelulusan CanSino bermula Jun lalu
COVAX merupakan inisiatif pengedaran vaksin yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Majlis Presiden PH gesa kelulusan vaksin Sinopharm, Moderna dipercepatkan
Mereka menggesa supaya kelulusan vaksin lain dipercepatkan memandangkan kadar pemberian vaksin sedia ada masih belum mencapai sasaran.

Vaksin COVID-19: Rusia rayu penduduk ambil suntikan
Rusia merupakan negara pertama yang mendaftarkan vaksin COVID-19 di dunia iaitu Sputnik V pada Ogos tahun lalu.

COVID-19 tidak akan hilang dengan mudah, kata Dr Mahathir
Dr Mahathir yakin kerajaan sedang melakukan yang terbaik tetapi banyak perkara lain perlu dilihat oleh pemerintah.

COVID-19: Thailand dalam proses tambah pemerolehan vaksin
Pihak berkuasa merancang untuk memperoleh vaksin COVID-19 dari Amerika Syarikat dan Rusia.

COVID-19: India luluskan penggunaan vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan Rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes.

Ucrest meterai MoU urus pengeluaran vaksin Sputnik V Rusia
Syarikat akan mengenal pasti, memperakui dan menguruskan pengeluar kontrak untuk menghasilkan vaksin COVID-19 untuk RDIF.