KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kerajaan membenarkan hospital swasta memberi vaksin COVID-19.
Dalam masa sama bekas Perdana Menteri itu turut menggesa agar vaksin Sputnik V dan beberapa vaksin dari China perlu diperakui selain vaksin yang digunakan di Amerika Syarikat.
Dalam satu tulisan di blognya, Dr Mahathir menjelaskan pandemik COVID-19 hanya dapat dibendung jika semua prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dengan ketat.
Beliau turut mencadangkan agar makanan percuma diberikan di kawasan-kawasan kritikal dan dihantar ke rumah bagi mengelakkan orang ramai berpusu-pusu mendapatkan bekalan.
"Perniagaan dalam talian harus digalakkan. Ini bermaksud perkhidmatan penghantaran makanan diperlukan. Banyak orang dapat pekerjaan dalam perniagaan penghantaran ini. Tetapi mereka mesti mematuhi SOP khas untuk mereka.
"Membeli-belah harus tidak digalakkan. Semua pembelian harus dibuat dalam talian. Peruncit juga harus beriklan secara dalam talian. Dan semua pembayaran mesti dilakukan dalam talian.
"Kilang yang berintensifkan pekerja mesti mengurangkan tenaga buruh mereka. Harus ada lebih banyak robot dan automasi. Pekerja mesti memerhatikan jarak sosial dengan ketat. Majikan mesti memastikan ini di kilang," kata Dr Mahathir dalam catatan itu lag.
Sementara bagi umat Islam yang mahu menunaikan solat berjemaah di masjid pula, Dr Mahathir menjelaskan, penjarakkan sosial bukan hanya ketika menunaikan ibadah, tetapi juga sebaik selesai berurusan dengan Allah juga perlu diambil berat kerana ramai yang mengabaikan tanggungjawab mematuhi SOP.
Dr Mahathir juga yakin kerajaan sedang melakukan yang terbaik tetapi banyak perkara lain perlu dilihat oleh pemerintah antaranya panel doktor perlu dibentuk bagi memberi nasihat kepada kerajaan.
"Saya rasa kerajaan sedang melakukan yang terbaik. Tetapi ada perkara lain yang harus dilihat oleh kerajaan. Panel doktor harus dibentuk untuk memberi nasihat kepada Kerajaan.
"Virus ini tidak akan hilang dengan mudah. Ia boleh melanda dunia dalam jangka masa yang lama. Negara-negara kaya harus berhenti menghabiskan ratusan bilion untuk cara membunuh orang.
"Saintis terbaik mereka harus mengkaji dan mengembangkan cara untuk memerangi wabak virus. Pada masa yang sama para penyelidik yang bermain-main dengan virus, bakteria dan bahan kimia harus dikendalikan untuk mengelakkan tumpahan secara tidak sengaja atau sengaja ke dalam sistem.
"Kita akan hidup dengan wabak untuk jangka masa panjang. Kita mesti belajar bagaimana bertahan. Kita mesti mengembangkan kepakaran dalam menangani mereka," katanya lagi.
Dr Mahathir menjelaskan sekiranya gelombang keempat menyerang, kakitangan barisan depan yang terlalu banyak bekerja mungkin tidak mampu lagi berkhidmat.
Katanya, jika kes positif baharu COVID-198 terus meningkat hospital juga mungkin tidak mempunyai bilangan katil yang mencukupi.
Astro Awani
Tue Apr 27 2021

Dr Mahathir menjelaskan pandemik COVID-19 hanya dapat dibendung jika semua prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dengan ketat. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

'Adakah kita telah menjadi sebahagian daripada China?' – Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan kekecewaan dan kebimbangannya terhadap penggunaan meluas tulisan Cina di kompleks beli-belah di sekitar Kuala Lumpur.

Mengenang Tun Daim: “Seorang sahabat dan pejuang bersama" - Tun Mahathir
Dr Mahathir menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh yang jarang ditemui, berjaya dalam bidang perniagaan dan setia menyumbang kepada negara.

Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."

Tun M hadir hadir ke mahkamah kes saman Zahid isu kutty
Bekas Ahli Parlimen Langkawi yang memakai kot berwarna hitam, turut ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron
Pemimpin politik seharusnya menjadi teladan dalam memupuk nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.

Pemimpin Arab, Islam seperti tiada maruah di mata dunia Barat - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, kesombongan dan kebiadaban Israel, serta sikap tidak mempedulikan hak nilai kemanusiaan, melebihi kejahatan penjajah yang lampau.

Saman Halim Saad: Tun M, dua pihak lagi diarah fail pembelaan
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, memberi masa sehingga bulan depan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain, memfailkan pembelaan berhubung kes saman ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad.

'Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa'
Syed Saddiq bidas dakwaan beliau adalah boneka Tun Dr Mahathir Mohamad susulan gesaannya kepada barisan kabinet untuk mengisytiharkan harta.

Tidak mustahil Pas kembali berkawan dengan DAP - Mat Sabu
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ia berlaku kerana Pas kini berkawan dengan musuh politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin
Saifuddin tidak melihat ada keperluan untuk mengenakan tindakan Akta Hasutan terhadap Dr Mahathir, berhubung kritikan yang disuarakan bekas perdana menteri itu kepada kerajaan.