Uber Technologies Inc telah menyatakan persetujuan untuk menjual kepentingan perniagaannya di Asia Tenggara kepada pesaing terbesarnya yang berpangkalan di Singapura ,Grab.
Menurut sumber, pengumuman penggabungan berkenaan bakal dibuat hari ini.
Sekaligus menjadikan ia penggabungan terbesar di Asia Tenggara yang membabitkan perniagaan pengangkutan online terbesar dari Amerika Syarikat (AS).
Asia Tenggara kini memiliki kira-kira 640 juta penduduk.
Pengumuman penggabungan itu dijangka memberi tekanan kepada operator lain seperti Go-Jek dari Indonesia, yang disokong oleh Alphabet Google Inc dan Tencent Holdings dari China.
Sebagai sebahagian daripada transaksi penggabungan, Uber dijangka menguasai 30 peratus di dalam perniagaan berkenaan.
Menurut sumber lain pula, Uber bakal membeli diantara 25 hingga 30 peratus kepentingan di dalam Grab dengan nilai dianggarkan AS$6bilion (RM23.5 bilion).
Rancangan penggabungan Uber - Grab bertiup kencang awal tahun ini apabila Softbank yang berpangkalan di Jepun membuat pelaburan berbilion ringgit di dalam Uber.
Kerjasama dengan Grab juga memainkan peranan dalam usaha SoftBank untuk mengukuhkan kawalan ke atas pasaran perkongsian kenderaan global.
Uber adalah perintis rangkaian pengangkutan dari San Francisco, California, Amerika Syarikat.
Syarikat ini menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan menghubungkan pengguna dengan pemandu penyewa kenderaan menerusi aplikasi pada telefon bimbit.
Grab pula menyediakan perkhidmatan kereta persendirian, motosikal, teksi dan perkongsian kenderaan di lebih 100 bandar seluruh Asia Tenggara.
Agensi
Mon Mar 26 2018

Selepas menjual perniagaaanya di Asia Tenggara, Uber bakal beri tumpuan kepada operasi di India. - Foto Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Shafie dakwa Muhyiddin ajak bergabung, cukup 'angka' untuk kembali jadi PM
Presiden Parti Warisan Malaysia (Warisan) itu berkata Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau mendapat sokongan 119 ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 anggota.

Sah! Celcom, Digi bakal bergabung
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Izzaddin Idris berkata gabungan itu akan dinamakan Celcom Digi Bhd.

Annuar Musa yakin gandingan UMNO, Bersatu dan Pas boleh menang 149 kerusi parlimen
Keyakinan itu disuarakan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sekiranya ketiga-tiga parti orang Melayu itu kekal bergabung menghadapi PRU15.

Pas mahu UMNO, Bersatu bergabung dalam PRU15 - Hadi
Pas mahukan supaya UMNO yang menerajui Muafakat Nasional, dan Bersatu yang mengetuai Perikatan Nasional 'bergabung' semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Dr Mahathir ajak semua parti Melayu bergabung bawah satu parti
Dr Mahathir berkata sekiranya lebih banyak lagi ditubuhkan orang Melayu akan terus berpecah belah.

Pas tidak bergabung dengan UMNO walau sama-sama keluar Dewan
PAS menegaskan tidak akan bergabung dengan UMNO meskipun kedua-dua parti itu mengambil tindakan bersama untuk keluar dari Dewan Rakyat, semalam.

Uber bakal umum penggabungan dengan Grab di Asia Tenggara
Uber Technologies Inc telah menyatakan persetujuan untuk menjual kepentingan perniagaannya di Asia Tenggara kepada pesaing terbesar-nya yang berpangkalan di Singapura , Grab.