KUALA LUMPUR: Gandingan UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas mampu memenangi 149 kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Keyakinan itu disuarakan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, sekiranya ketiga-tiga parti orang Melayu itu kekal bergabung menghadapi PRU15.
Annuar berkata, sekiranya permuafakatan yang dibentuk ketika mengambil alih kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH) itu kekal, ketiga-tiga parti berpotensi untuk memenangi semua kerusi majoriti Melayu pada PRU15.
"Kita ada 222 kerusi Parlimen, termasuk 31 di Sarawak. Kawasan berpotensi ditandingi BN dan rakan lain ada 191 kerusi, namun kawasan majoriti Melayu mempunyai 149 kerusi.
"Di 149 kerusi ini, kalau ada permuafakatan serta tidak berpecah, kita berpotensi untuk memenangi semuanya.
"Jadi, formula kemenangan sudah ada dalam kerajaan hari ini," katanya dalam wawancara bertajuk 'UMNO: Perikatan Nasional (PN) atau Muafakat Nasional (MN)' di sebuah portal pada Isnin.
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu yakin isu pembahagian kerusi di 149 parlimen itu boleh diatasi dengan siri rundingan yang baik.
Annuar menegaskan, secara asasnya kesemua 55 kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU14 perlu kembali ditandingi parti berkenaan namun ia masih terbuka untuk sebarang rundingan.
"Ada lagi 11 kerusi yang UMNO mendapat undi lebih tinggi daripada Pas. Pas pula mempunyai enam kerusi yang memperoleh lebih banyak undi daripada UMNO.
"Justeru, Pas boleh memenangi 25 kerusi dan UMNO boleh memenangi 66 kerusi. Masih belum habis, ada kerusi lain yang boleh dipertimbangkan kepada Bersatu. Yang pasti muafakat membawa kejayaan, itu masih boleh diusahakan," katanya lagi.
Annuar juga berpandangan bahawa UMNO perlu diberi keutamaan untuk bertanding di kerusi Parlimen yang sebelum ini dimenangi parti itu namun calonnya menyertai Bersatu.
"Sebagai contoh Parlimen Langkawi, Kubang Pasu, Jerlun, Muar, Seri Gading atau Simpang Renggam. Kerusi ini dimenangi Bersatu tetapi ahlinya (ketika itu) kini sudah pergi ke 'tempat lain'.
"Secara dasarnya, 55 kerusi dimenangi UMNO perlu dipertahankan oleh UMNO, namun bukanlah tegar. Itu biarlah Presiden berunding dengan Presiden," katanya.
Berhubung perebutan jawatan Perdana Menteri pula, Annuar yakin ia juga boleh diselesaikan menerusi rundingan.
"Kuota (menteri) pun boleh diwujudkan, tiada masalah. Itu tugas Presiden ketiga-tiga parti.
"Lebih baik bertanding sikit dalam gabungan dan menang banyak, daripada berebut dan bertanding banyak tetapi akhirnya menang sikit," katanya.
Astro Awani
Tue Mar 16 2021

Annuar berkata, sekirang permuafakatan yang dibentuk ketika mengambil alih kerajaan daripada PH itu kekal, ketiga-tiga parti berpotensi untuk memenangi semua kerusi majoriti Melayu pada PRU15. - Foto fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.

Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.