KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menjangkakan trafik penumpang akan meningkat semula sebanyak 94.2-100.3 peratus tahun ke tahun pada 2021 atau menyamai 51.7 juta hingga 53.3 juta penumpang.
Dalam kenyataan pada Selasa, ia turut mengunjurkan bahawa syarikat-syarikat penerbangan akan meningkatkan kapasiti tempat duduk secara beransur-ansur apabila sekatan perjalanan antarabangsa dijangka ditamatkan pada tahun depan.
"Unjuran ini bagaimanapun banyak bergantung kepada prestasi industri yang ditentukan oleh pelbagai faktor termasuk perkembangan pandemik COVID-19, langkah kesihatan awam serta sikap pengguna," katanya.
Bagi tahun ini sebagai asas, MAVCOM telah bertindak menyemak turun unjuran trafik penumpang yang menguncup dalam lingkungan 72.8 peratus hingga 75.7 peratus tahun ke tahun kepada antara 26.6 juta hingga 29.7 juta penumpang.
Menurut MAVCOM, trafik penumpang itu turut susut ke paras terendah dalam sejarah penerbangan Malaysia dengan mencatat hanya 802,525 penumpang pada suku kedua 2020 (S2 2020) iaitu turun 97.0 peratus tahun ke tahun daripada 26.7 juta penumpang pada S2 2019.
"Penyusutan ini disebabkan terutamanya oleh faktor muatan lebih rendah dan pemulihan kapasiti tempat duduk yang lebih lama oleh syarikat-syarikat penerbangan apabila ia terus mengurangkan kapasiti terbabit," katanya.
Bagaimanapun, MAVCOM mendapati trafik penumpang pulih sedikit pada suku ketiga 2020 yang memaparkan penyusutan kecil sebanyak 83.3 peratus berikutan kelonggaran sekatan perjalanan.
Kesalinghubungan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 pula di kedudukan keenam di ASEAN berbanding ketiga pada tahun lepas akibat pengurangan tempat duduk antarabangsa sebanyak 95.8 peratus tahun ke tahun dari ibu negara yang merupakan antara penurunan terbesar dalam kalangan pintu masuk utama di ASEAN akibat pandemik itu.
Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kassim berkata berdasarkan ketidaktentuan semasa, beberapa perkembangan yang berpotensi membabitkan lima syarikat penerbangan tempatan di masa depan telah dikenal pasti manakala kesan terhadap kesalinghubungan udara juga telah dianalisis.
"Walaupun unjuran sektor ini banyak bergantung kepada tahap pemulihan daripada COVID-19 di peringkat tempatan, serantau dan global, suruhanjaya berpendapat bahawa industri penerbangan berada di laluan panjang untuk pulih," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 09 2020

Kesalinghubungan KLIA dan klia2 di kedudukan keenam di ASEAN berbanding ketiga pada tahun lepas. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

MAVCOM jangka catat 97.6 juta trafik penumpang pada 2024
Jumlah trafik penumpang udara Malaysia mencecah 46.6 juta, mewakili pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 15.3 peratus pada separuh pertama 2024.

Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.

Mavcom umum pindaan kadar PSC berkuat kuasa 1 Jun 2024
Mavcom menjelaskan tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baharu itu, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas tarikh itu.

Mavcom gantung lesen perkhidmatan udara MyAirline
Penggantungan itu akan menjaga kepentingan penumpang dan pekerja yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.

Mavcom terima 1,251 aduan pada separuh pertama 2022
AirAsia menerima jumlah aduan tertinggi dari Januari hingga Jun 2022 iaitu sebanyak 42.1 peratus (527) daripada jumlah keseluruhan aduan.

MAVCOM perlu teliti isu kelewatan penerbangan dengan serius - Ka Siong
Kerajaan boleh berkompromi jika penerbangan itu langsung tidak boleh dielakkan atas sebab cuaca, tetapi bukan kerana kejuruteraan atau penyenggaraan.

AirAsia tidak kompeten? Ini saranan Alexander...
Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian akan terus menjalankan siasatan dengan mengambil kira sisi kepentingan pengguna.

Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 November
Syarikat penerbangan utama negara telah dimaklumkan oleh MAVCOM mengenai kelulusan kekerapan penerbangan baharu itu.

Saripuddin Kasim dilantik Pengerusi Eksekutif MAVCOM baharu
MAVCOM juga mengesahkan Dr. Nungsari Ahmad Radhi telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif MAVCOM pada 10 April 2020.

MATTA desak syarikat penerbangan bayar pampasan tunai, MAVCOM kata industri perlukan masa
Disebabkan kekecohan yang timbul susulan kenyataan yang dibuat oleh MATTA pada pagi 8 April, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) tampil untuk menyangkal hujahan yang dibawa oleh persatuan itu.