KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menerima 1,251 aduan sepanjang separuh pertama 2022 dan ia adalah peningkatan hampir lapan kali daripada 157 aduan yang diterima dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Dalam kenyataan pada Isnin, Mavcom menjelaskan menurut Laporan Pengguna dwitahunan bagi separuh pertama 2022 yang diterbitkannya, 99.1 peratus (1,240) daripada aduan yang telah diterima adalah berkaitan syarikat penerbangan manakala 0.9 peratus (11) daripada aduan tersebut pula berhubung lapangan terbang.
AirAsia menerima jumlah aduan tertinggi dari Januari hingga Jun 2022 iaitu sebanyak 42.1 peratus (527) daripada jumlah keseluruhan aduan yang diterima, diikuti oleh Malaysia Airlines dengan 40.7 peratus (509) dan Batik Air dengan 7.9 peratus (99) aduan, tambahnya.
Mavcom memaklumkan, bagi setiap juta penumpang yang dibawa, Malaysia Airlines mencatatkan jumlah aduan berdaftar tertinggi dengan 199 aduan, diikuti Batik Air dengan 167 aduan manakala AirAsia dengan 95 aduan.
Penjadualan semula, pembatalan penerbangan serta tempahan dalam talian secara kolektif menyumbang kepada 46.1 peratus (577) daripada jumlah aduan yang telah diterima, menurutnya.
Suruhanjaya itu menjelaskan hasil semakan terhadap aduan yang diterima, kira-kira satu perempat daripada aduan yang diterima pada separuh pertama 2022 menunjukkan syarikat penerbangan mengubah keputusan awal mereka dengan memberikan penyelesaian yang lebih adil atau lebih memuaskan kepada pengguna.
Secara keseluruhan, 87.9 peratus (1,100) daripada jumlah aduan telah diselesaikan dan ditutup, menurutnya.
Selain itu, Mavcom turut menerima 1,317 aduan namun tindakan tidak dapat diambil kerana 1,160 daripada jumlah aduan tersebut tidak mempunyai dokumentasi yang lengkap, manakala bagi 59 aduan pula syarikat penerbangan atau lapangan terbang terbabit telah memenuhi kewajipan di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC).
35 aduan yang lain telah ditarik balik oleh pengguna, 31 aduan berada di luar skop MACPC, 29 aduan yang berkaitan dengan tempahan yang dibuat melalui ejen pelancongan serta tiga aduan dibuat lebih setahun dari tarikh kejadian, tambahnya.
Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata perjalanan udara global menyaksikan pemulihan yang kukuh pada separuh pertama tahun ini, terutama apabila semakin banyak sempadan antarabangsa dibuka semula dan pengembara mengambil peluang untuk melancong ke luar negara serta penerbangan domestik yang bertambah baik.
Beliau berkata trafik penumpang meningkat daripada purata 2.9 juta di antara Januari dengan April 2022 kepada purata 4.79 juta bagi tempoh Mei hinga Jun 2022.
"Sememangnya, penyedia perkhidmatan penerbangan Malaysia harus bersedia dengan memberi perhatian kepada pecahan aduan yang digariskan dalam Laporan Pengguna sebagai panduan untuk terus menambah baik tahap perkhidmatan serta menangani punca isu-isu semasa.
"Sebagai langkah proaktif oleh Mavcom, kami juga telah mengadakan libat urus secara aktif bersama penyedia perkhidmatan penerbangan untuk memastikan isu-isu seperti ini ditangani," katanya.
Laporan Pengguna dwitahunan yang ke-12 itu menyediakan ringkasan yang jelas dan menyeluruh mengenai keadaan industri penerbangan semasa tempoh pemulihan perjalanan udara selepas pandemik COVID-19 serta kesannya terhadap pengguna penerbangan.
Laporan itu boleh didapati di laman web suruhanjaya di www.mavcom.my.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022

AirAsia menerima jumlah aduan tertinggi dari Januari hingga Jun 2022 iaitu sebanyak 42.1 peratus (527) daripada jumlah keseluruhan aduan. - Gambar hiasan

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

MAVCOM jangka catat 97.6 juta trafik penumpang pada 2024
Jumlah trafik penumpang udara Malaysia mencecah 46.6 juta, mewakili pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 15.3 peratus pada separuh pertama 2024.

Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.

Mavcom umum pindaan kadar PSC berkuat kuasa 1 Jun 2024
Mavcom menjelaskan tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baharu itu, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas tarikh itu.

Mavcom gantung lesen perkhidmatan udara MyAirline
Penggantungan itu akan menjaga kepentingan penumpang dan pekerja yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.

Mavcom terima 1,251 aduan pada separuh pertama 2022
AirAsia menerima jumlah aduan tertinggi dari Januari hingga Jun 2022 iaitu sebanyak 42.1 peratus (527) daripada jumlah keseluruhan aduan.

MAVCOM perlu teliti isu kelewatan penerbangan dengan serius - Ka Siong
Kerajaan boleh berkompromi jika penerbangan itu langsung tidak boleh dielakkan atas sebab cuaca, tetapi bukan kerana kejuruteraan atau penyenggaraan.

AirAsia tidak kompeten? Ini saranan Alexander...
Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian akan terus menjalankan siasatan dengan mengambil kira sisi kepentingan pengguna.

Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 November
Syarikat penerbangan utama negara telah dimaklumkan oleh MAVCOM mengenai kelulusan kekerapan penerbangan baharu itu.

Saripuddin Kasim dilantik Pengerusi Eksekutif MAVCOM baharu
MAVCOM juga mengesahkan Dr. Nungsari Ahmad Radhi telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif MAVCOM pada 10 April 2020.

MATTA desak syarikat penerbangan bayar pampasan tunai, MAVCOM kata industri perlukan masa
Disebabkan kekecohan yang timbul susulan kenyataan yang dibuat oleh MATTA pada pagi 8 April, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) tampil untuk menyangkal hujahan yang dibawa oleh persatuan itu.