Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), mendakwa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sebagai terlalu 'senyap' dalam menangani isu pemberian pampasan kepada pengguna yang terkesan akibat wabak COVID-19 ketika ini.
"Kami kecewa dengan sikap 'sepi' dari pihak berkuasa, termasuk Kementerian Pengangkutan (MOT) dan MAVCOM terhadap isu pampasan oleh syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia," kata Naib Presiden Pengangkutan Udara MATTA, Shazli Affuat menerusi satu kenyataan hari ini.
Isu itu timbul kerana MATTA berpendapat syarikat-syarikat penerbangan terbabit sewajarnya membuat pampasan, dan pembayaran pulangan kesemua kos penerbangan secara tunai kepada para pelancong atau pelanggan yang terkesan.
"Ini adalah isu prinsip. Memulangkan kembali wang pelancong harus dilakukan kerana ia disebabkan oleh 'hal-hal luar biasa'," menurut kenyataan itu lagi.
Selain itu MATTA berkata, isu pampasan tunai, dan bukannya pemberian Nota Kredit seharusnya mendapat perhatian utama syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia.
"Syarikat penerbangan perlu membuat pampasan tunai kepada para pelancong dan para pengembara, dan bukannya pampasan melalui Nota Kredit. Ini kerana, sekiranya syarikat-syarikat ini menjadi muflis atau tidak mampu membayar liabiliti mereka, Nota-nota Kredit ini sudah tidak lagi berguna," kata Shazli.
"Sementara syarikat-syarikat penerbangan ini menerima bantuan kewangan menerusi 'bailout' untuk menyelamatkan diri mereka, mereka seharusnya membuat pampasan tunai (kepada pelanggan mereka) sekiranya mereka ingin mengembalikan keyakinan orang ramai," tambah beliau.
MAVCOM Bersuara
Susulan isu pembayaran pampasan yang dibangkitkan oleh MATTA itu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) tampil dengan kenyataan menyangkal hujah yang dikemukakan oleh persatuan itu.
Menurut MAVCOM, syarikat-syarikat penerbangan ketika ini memerlukan masa yang lebih lama untuk memberi respon kepada pelanggan mereka.
"Menurut Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC), mana-mana syarikat penerbangan seharusnya menyelesaikan aduan pelanggan dan membayar pampasan kepada pelanggan dalam tempoh 30 hari dari tempoh resit dikeluarkan," kata MAVCOM.
"Disebabkan situasi genting yang sedang dihadapi oleh semua pihak sekarang, MAVCOM memberi kelonggaran sementara kepada syarikat penerbangan, dalam usaha kami untuk memberikan masa kepada industri ini memperbaiki keadaan, dan memberikan masa kepada pemain industri ini untuk memberi respon dan membuat pampasan kepada pelanggan mereka," tambah MAVCOM lagi.
Ibrahim Sani
Wed Apr 08 2020

Menurut MAVCOM, syarikat-syarikat penerbangan memerlukan masa yang lebih lama untuk memberi respon kepada pelanggan mereka.
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Mengimbas kembali cubaan rampasan kuasa khianat 2016 di Turkiye
Banyak institusi dan organisasi negara, terutama Majlis Agung Kebangsaan Turkiye, Kompleks Presiden dan Direktorat Polis Wilayah Ankara, dibom.

Kes bunuh bekas isteri: Warga Amerika Syarikat terlepas tali gantung
Mahkamah memutuskan perayu tidak mempunyai niat untuk membunuh bekas isterinya.

Bukan 'Datuk' yang saya buru - Pandelela
Gelaran Datuk tiada dalam buruan ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

Bekas pengurus besar PPNT didenda RM5,000 kemuka resit palsu
Che Sa'adon didakwa menggunakan resit bertarikh 17 Sept 2016 bagi pembelian ikan kerapu hibrid berjumlah RM600 di pejabat PPNT pada Sept 2016.

RM6 bilion diperlukan bagi program restorasi hutan terosot - Muhyiddin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan amat serius dalam melaksanakan program restorasi hutan terosot di seluruh negara.

MAVCOM terima 1,403 tuntutan bayaran balik berkaitan COVID daripada pengguna
MAVCOM menerima 1,403 permintaan bayaran balik berkaitan dengan COVID-19 daripada pengguna pada separuh kedua 2020.

"Gunung tinggi sanggup aku daki..", padahal lelaki ini menipu pernah takluk Gunung Everest
Ia selepas satu siasatan dilakukan bagi menentukan kebenaran sama ada mereka benar-benar mendaki gunung tersebut.

Pilihan Raya Sarawak mungkin tahun depan - Dr Sim
Mengadakan pilihan raya ketika kes COVID-19 masih meningkat hanya akan membahayakan nyawa rakyat Sarawak

Taman tema didenda lebih RM10 juta, sebabkan kematian empat pengunjung
Dreamworld didenda RM10.4 juta susulan kematian empat pengunjung yang semasa melakukan aktiviti air Thunder River Rapids pada 2016.

Rosmah 'biaya' cybertroopers RM100,000 sebulan, pantau berita negatif termasuk isu beg tangan mahal
Datuk Rizal Mansor mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa isteri bekas Perdana Menteri itu mengarahkannya menubuhkan satu pasukan cybertroopers.