Potensi untuk lebih banyak akses kepada negara-negara yang Malaysia belum memeterai perjanjian perdagangan, pelaburan dan penggunaan standard antarabangsa antara lapan alasan kukuh untuk kerajaan memilih perjanjian perdagangan penting - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Ia juga mengenai menghantar isyarat yang betul kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara mesra perniagaan dan terbuka, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik dan Pemantauan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk J. Jayasiri.
TPPA terdiri daripada 12 negara - Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Beliau berkata Malaysia tidak mempunyai perjanjian berkaitan perdagangan dengan Kanada, Amerika Syarikat, Mexico dan Peru.
Empat buah negara ini menghapuskan hampir 90 peratus daripada tarif mereka dan menjadi sebahagian daripada perjanjian itu akan memberi akses utama kepada Malaysia ke negara-negara tersebut, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada perbincangan meja bulat, 'What does the TPPA mean for Malaysia?', anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) di sini hari ini.
Tadbir urus
Jayasiri, yang juga ketua perunding Malaysia untuk TPPA berkata perjanjian itu juga akan memastikan liberalisasi, perlindungan dan pemudahan pelaburan, penggunaan standard antarabangsa dalam buruh dan alam sekitar serta tadbir urus yang baik.
"Agensi penarafan akan melihat kepada tadbir urus yang baik, apabila menilai prospek negara," katanya.
Malaysia juga akan menikmati kelebihan sebagai penggerak pertama dengan negara-negara TPPA lain dalam mengiktiraf peraturan dan tindakan tegas negara.
Semua isu sukar mempunyai tempoh peralihan, fleksibiliti dan perlindungan.
Antaranya, katanya Malaysia mengiktiraf halal sebagai sesuatu yang diperlukan untuk tujuan agama.
"Jika sesebuah negara memilih untuk tidak menyertainya, ia menunjukkan bahawa ia tidak dapat berunding standard tinggi dalam FTA. Eropah menyaksikannya, jika Malaysia tidak dapat menerima keputusan TPPA, tidak akan ada FTA dengan Eropah," tegas beliau.
TPPA dijangka dimeterai di New Zealand pada Februari dan dalam konteks Malaysia, Parlimen akan memberi kelulusan mengenai perjanjian itu.
Katanya terdapat pertanyaan daripada pelabur bukan ahli TPPA untuk mewujudkan kemudahan pembuatan di Malaysia berikutan mereka mahu mengakses antaranya ke pasaran Amerika Syarikat, katanya.
Jayasiri berkata jika Malaysia bukan sebahagian daripada TPPA, bakal pelabur akan memilih negara-negara jiran lain yang menjadi sebahagian daripada perjanjian itu.
Pada masa ini, Malaysia mempunyai 13 perjanjian perdagangan bebas yang mewakili 65 peratus daripada perdagangan global. Negara-negara TPPA menyumbang hampir 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dunia dan satu pertiga daripada perdagangan global.
Bernama
Thu Nov 26 2015
![TPPA beri isyarat jelas, Malaysia negara terbuka - Ketua Perunding TPPA Malaysia TPPA beri isyarat jelas, Malaysia negara terbuka - Ketua Perunding TPPA Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81448527181_tppa.jpg)
Malaysia tidak mempunyai perjanjian berkaitan perdagangan dengan Kanada, Amerika Syarikat, Mexico dan Peru. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711014319_TBZafrulRinggit.jpg)
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
![Hungary bakal Presiden EU, mahu hidupkan semula rundingan FTA EU-Malaysia Hungary bakal Presiden EU, mahu hidupkan semula rundingan FTA EU-Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711113746_BENDERA.jpg)
Hungary bakal Presiden EU, mahu hidupkan semula rundingan FTA EU-Malaysia
Putrajaya dan Budapest akan menyambung semula mesyuarat pertama jawatankuasa bersama Hungary-Malaysia.
![Thailand guna FTA untuk tingkat eksport pertanian Thailand guna FTA untuk tingkat eksport pertanian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645528833_bangkoktourism.jpg)
Thailand guna FTA untuk tingkat eksport pertanian
Thailand rancang laksan FTA dengan rakan dagang strategik bagi meningkatkan lagi eksport produk pertanian dan produk pertanian yang diproses negara itu.
![Filipina, Korea Selatan tandatangan perjanjian perdagangan bebas Filipina, Korea Selatan tandatangan perjanjian perdagangan bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81651453398_TBbersalam.jpg)
Filipina, Korea Selatan tandatangan perjanjian perdagangan bebas
Filipina dan Korea Selatan telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang bertujuan untuk meningkatkan akses pasaran antara kedua-dua negara Asia itu.
![Perdagangan dua hala Turki-Malaysia melonjak dengan protokol FTA terkini Perdagangan dua hala Turki-Malaysia melonjak dengan protokol FTA terkini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675864322_TYTEmirSalimYks.jpg)
Perdagangan dua hala Turki-Malaysia melonjak dengan protokol FTA terkini
Hubungan dua hala yang sudah mantap boleh dipertingkatkan lagi selain terdapat potensi besar dalam perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
![GCC, Jepun sambung semula rundingan FTA GCC, Jepun sambung semula rundingan FTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689563745_MohammedSalmanFumio.jpg)
GCC, Jepun sambung semula rundingan FTA
Kedua-dua pihak menandatangani kenyataan bersama di bandar Jeddah Arab Saudi untuk menyambung semula rundingan.
![United Kingdom kini sah sertai CPTPP, jadi FTA pertama dengan Malaysia United Kingdom kini sah sertai CPTPP, jadi FTA pertama dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632046196_TBCPTPP.jpg)
United Kingdom kini sah sertai CPTPP, jadi FTA pertama dengan Malaysia
United Kingdom (UK) hari ini secara rasmi menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
![India, Britain catat kemajuan dalam rundingan perdagangan bebas India, Britain catat kemajuan dalam rundingan perdagangan bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689221977_PiyushGoyal.jpg)
India, Britain catat kemajuan dalam rundingan perdagangan bebas
India dan Britain mencapai kemajuan dalam isu penting dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala.
![Visa percutian kerja Australia dilanjutkan kepada warga Britain berumur lebih 30 tahun Visa percutian kerja Australia dilanjutkan kepada warga Britain berumur lebih 30 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663495114_TBSYDNEYjpg.jpg)
Visa percutian kerja Australia dilanjutkan kepada warga Britain berumur lebih 30 tahun
Mengikut FTA antara kedua-dua negara pada Mei, 16 juta lagi orang layak memohon berdasarkan peningkatan had umur daripada 30 kepada 35.
![Korea Selatan, Malaysia bincang kaedah tingkatkan rantaian bekalan bahan mentah, ekonomi Korea Selatan, Malaysia bincang kaedah tingkatkan rantaian bekalan bahan mentah, ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678706971_MalaysiaKoreaSela.jpg)
Korea Selatan, Malaysia bincang kaedah tingkatkan rantaian bekalan bahan mentah, ekonomi
Korea Selatan dan Malaysia membincangkan cara untuk memperkukuh hubungan ekonomi dua hala dan meningkatkan kerjasama dalam rantaian bekalan bahan mentah serta sektor industri baharu.