BANGKOK: Thailand merancang untuk melaksanakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan rakan dagang strategik bagi meningkatkan lagi eksport produk pertanian dan produk pertanian yang diproses negara itu.
Jurucakap kerajaan, Chai Wacharonke berkata, Perdana Menteri Srettha Thavisin akan menggunakan FTA Thailand untuk menarik pelaburan dan perdagangan asing, membuka pasaran baharu untuk produk pertanian selain meningkatkan daya saing negara di pasaran antarabangsa.
"Perdana Menteri mempunyai dasar untuk menggalakkan kerjasama ekonomi antarabangsa yang berkesan melalui FTA, sebagai sebahagian daripada "diplomasi ekonomi proaktif" kerajaan.
"Inovasi dan perancangan pasaran berasaskan trend adalah strategi tambahan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti hidup petani dan usahawan Thailand," menurutnya dalam satu kenyataan.
Chai berkata, kerajaan sedang bekerjasama dengan pakar tempatan dan luar negara dalam merancang satu pelan untuk mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti serta pendapatan petani di bawah dasar "Market-Led, Innovation-Driven, Triple Farmers' Income".
Wakil Perdagangan Thailand (TTR) baru-baru ini telah bertemu dengan pengurusan Huawei (Thailand) Company Limited dan eksekutif dari Kementerian Pertanian dan Koperasi untuk membincangkan penggunaan penyelesaian inovatif Huawei untuk meningkatkan sektor pertanian.
Teknik baharu ini akan membantu dalam mengurangkan kos bekalan elektrik untuk petani berskala kecil, mewujudkan pangkalan data berskala besar dalam pertanian dan perdagangan untuk memulakan pelan berasaskan trend terkini dan membangunkan "aplikasi Pirunraj" sebagai platform perdagangan dengan format "From farm to Table".
Thailand pada masa ini merupakan pengeluar utama produk pertanian di ASEAN dan yang ketujuh terbesar secara global. Selain itu, ia menduduki tempat ketiga di ASEAN dan tempat ke-11 secara global sebagai pengeluar produk pertanian yang diproses pada tahun 2023.
Menurut data Kementerian Perdagangan, eksport produk pertanian Thailand ke rakan dagang FTA pada tahun 2023 meningkat sebanyak 4 peratus dengan nilai US$19.56 bilion.
Eksport produk pertanian yang diproses ke rakan dagang FTA pada tahun 2023 juga meningkat sebanyak 2 peratus dengan nilai AS$15.07 bilion.
Antara rakan dagang FTA Thailand, China akan menjadi pengimport terbesar produk pertanian dan pertanian yang diproses Thailand pada tahun 2023.
Eksport produk pertanian ke China tahun lepas meningkat sebanyak 11 peratus menyumbang 42 peratus daripada jumlah eksport produk pertanian dan produk pertanian yang diproses.
Ini diikuti oleh pasaran ASEAN yang berkembang sebanyak 5 peratus.
Produk pertanian dan produk pertanian yang diproses Thailand yang paling popular dalam kalangan rakan dagang FTA adalah beras diikuti kopi serta buah-buahan segar, sejuk, beku dan kering. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Thailand merancang untuk melaksanakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan rakan dagang strategik bagi meningkatkan lagi eksport produk pertanian dan produk pertanian yang diproses negara itu. - Gambar hiasan
Pesawat baharu A330neo Malaysia Airlines bermasalah, Airbus jamin beri sokongan penuh
Pesawat yang dilengkapkan dengan teknologi enjin terbaharu Rolls Royce, mengalami masalah teknikal selepas melakukan penerbangan sulung yang dikaitkan dengan kebimbangan membabitkan kualiti pengeluaran serta proses penghantarannya.
Agenda AWANI: Isu doktor letak jawatan | Selesaikan segera
Apa strategi yang perlu segera diambil bagi menangani masalah peletakan jawatan pakar perubatan awam di negara ini supaya tidak menggugat ketahanan sektor kesihatan awam? Diskusi 8.30 malam
[INFOGRAFIK] Dua tahun pentadbiran kerajaan MADANI
Berikut adalah info berkenaan dengan Dua tahun pentadbiran kerajaan MADANI
60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, usaha menjamin dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan, dan relevan untuk generasi akan datang.
#AWANIRingkas 23 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Disember 2024
1️⃣ UM ambil tindakan tahan kerja pensyarah
2️⃣ 16 Geng Pacific Siva didakwa jenayah terancang
3️⃣ Polis analisa rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol
#awaniringkas
1️⃣ UM ambil tindakan tahan kerja pensyarah
2️⃣ 16 Geng Pacific Siva didakwa jenayah terancang
3️⃣ Polis analisa rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol
#awaniringkas
Penunggang maut dalam nahas babit lima motosikal
Seorang pemuda berusia 22 tahun maut selepas terlibat dalam nahas melibatkan lima motosikal di Kilometer 12.4 Lebuhraya Rakyat Ketereh-Kota Bharu malam tadi.
16 Lelaki 'Geng Pacific Siva' didakwa jenayah terancang
16 lelaki di dakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng Pacific Siva sejak lapan tahun lalu.
Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah
Mereka akan menyampaikan barangan keperluan harian serta membantu membersihkan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir.
Universiti Malaya ambil tindakan tahan kerja pensyarah
Pihak Universiti Malaya mengambil tindakan menahan kerja seorang pensyarah yang dikaikan menghantar mesej jelik seksual.
Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan
Thailand menghormati keputusan pihak berkuasa Malaysia menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Thailand 2024: Peralihan politik, cabaran ekonomi dan diplomasi serantau
Tahun 2024 menyaksikan Thailand mengharungi era peralihan politik, cabaran ekonomi serta fokus baharu terhadap diplomasi serantau.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ketua sindiket rakyat Malaysia, isteri ditahan kes gubah wang haram 5 bilion baht
Polis Thailand membanteras sindiket penipuan utama yang melakukan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht susulan penahanan ketua kumpulan rakyat Malaysia dan isterinya.
Thailand jadi negara ke-51 sertai Perjanjian Artemis
Thailand secara rasmi menjadi negara ke-51 yang menandatangani Perjanjian Artemis.
Thaksin Shinawatra dilantik penasihat peribadi kepada Pengerusi ASEAN – PM Anwar
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilantik sebagai penasihat peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengetuai ASEAN sebagai pengerusi baharu tahun depan.
Malaysia-Thailand komited capai keamanan penuh, bangunkan ekonomi Selatan Thai – PM
Malaysia dan Thailand menyatakan komitmen untuk meneruskan usaha dialog keamanan bagi menyelesaikan isu berbangkit di wilayah Selatan Thailand.
Skuad B-13 JDT terlepas tiket final Festival Bolasepak Antarabangsa JSE
Skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) B-13 akan turun merebut penentuan tempat ketiga Festival Bolasepak Antarabangsa JSE, Thailand, hari ini.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.