Putrajaya dan Tokyo bersependapat bahawa cadangan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) perlu dilaksanakan dan Putrajaya berharap kepentingan strategik pakatan perdagangan bebas itu akan diperakui oleh pentadbiran Donald Trump.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pertemuan antara Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih, Trump pada 17 Nov (di Amerika Syarikat), amat dinanti-nantikan oleh semua negara yang terlibat dalam TPP.
"Diharapkan kepentingan strategik TPP akan diperakui oleh pentadbiran akan datang serta oleh semua negara-negara yang mengambil bahagian," kata Najib pada sidang akhbar bersama dengan Abe di sini Rabu.
Najib berkata Putrajaya dan Tokyo telah meluluskan resolusi di Parlimen masing-masing untuk mengambil bahagian dalam TPP.
"Jelas bagi Malaysia untuk meneruskan dengan TPP, dan berharap perjanjian TPP itu akan mula berkuat kuasa," kata Najib yang pada hari kedua lawatan kerja ke Jepun.
Terdahulu, Najib dan Abe mengetuai delegasi masing-masing bagi pertemuan dua hala di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Abe berkata kedua-dua negara akan mempercepatkan prosedur domestik masing-masing untuk penguatkuasaan awal perjanjian TPP.
Selain Jepun dan Malaysia, negara lain dalam terlibat TPP ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Idea yang diilhamkan oleh Presiden Amerika Syarikat yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan, Barack Obama, akan melibatkan kawasan perdagangan bebas yang meliputi kira-kira 40 peratus daripada kuasa ekonomi global.
Bagaimanapun, Trump semasa kempen pilihan raya, beliau dilaporkan telah menyatakan TPP tidak akan dilaksanakan.
Menyentuh mengenai projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Malaysia-Singapura, Najib berkata, Malaysia dan Singapura dijadual menandatangani perjanjian projek bersama awal bulan depan.
Beliau berkata tender antarabangsa bagi projek itu akan dibuka pada suku keempat 2017.
Projek HSR yang dilaporkan melibatkan kos antara RM60 bilion dan RM65 bilion akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dalam masa 90 minit dan menarik minat pembekal dari pelbagai negara termasuk China, Jepun, Korea Selatan dan Eropah.
Najib berkata hampir isu berkaitan perjanjian projek bersama telah diselesaikan.
"Saya telah memberi jaminan kepada Perdana Menteri Abe bahawa proses mencapai peringkat akhir keputusan (mengenai perjanjian projek) akan dilakukan secara telus dan objektif," kata Najib.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata Malaysia telah menawarkan kepakaran teknikal kepada Jepun dalam pembangunan industri halal di negara ini kerana ia dalam usaha menarik lebih ramai pelancong Islam.
Terdahulu, kedua-dua pemimpin itu menyaksikan pertukaran nota antara Duta Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa dan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Seri Ahmad Puzi Kahar mengenai pemberian dua kapal pengawal pantai Jepun kepada APMM.
Najib dan Abe juga menyaksikan pertukaran Memorandum Kerjasama antara Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) dan Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta Jetro dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Sementara itu, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan pertemuan berasingan dengan Akie Abe, isteri Perdana Menteri Jepun, di sini.
Najib dan Rosmah kemudian menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Abe dan isteri di kediaman rasmi perdana menteri di sini. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 16 2016
![TPP: Putrajaya, Tokyo sependapat TPP: Putrajaya, Tokyo sependapat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479300696_NajibTunRazak.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe (kanan) ketika sidang media bersama sempena mesyuarat dua hala hari ini. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Barack Obama, isteri sokong Kamala Harris dalam saingan Presiden AS Barack Obama, isteri sokong Kamala Harris dalam saingan Presiden AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/51482646389_BarackObama.jpg)
Barack Obama, isteri sokong Kamala Harris dalam saingan Presiden AS
Obama berkata beliau dan isteri, Michelle menyatakan sokongan kepada Naib Presiden Kamala Harris dalam perlumbaan presiden November ini.
![Obama ucap terima kasih kepada Biden, tidak sahkan sokongan terhadap Harris Obama ucap terima kasih kepada Biden, tidak sahkan sokongan terhadap Harris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721608751_BarackObama.jpg)
Obama ucap terima kasih kepada Biden, tidak sahkan sokongan terhadap Harris
Obama berkata, Biden merupakan salah seorang Presiden Amerika yang paling penting serta menjadi kawan dan rakan kongsi yang dikasihi.
![Obama, Pelosi mahu Biden pertimbang undur diri daripada pilihan raya AS Obama, Pelosi mahu Biden pertimbang undur diri daripada pilihan raya AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721339428_USPresident.jpg)
Obama, Pelosi mahu Biden pertimbang undur diri daripada pilihan raya AS
Pelosi turut mengemukakan tinjauan pendapat yang menunjukkan Biden tidak akan mampu menewaskan calon Republikan, Donald Trump.
![Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721093818_JoeBiden.jpg)
Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.
![Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692782695_Obamaschef.jpg)
Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan
Punca kematian diisytiharkan sebagai kes lemas dan cara kematian disahkan sebagai satu kemalangan.
![Tukang masak peribadi Barack Obama ditemukan lemas Tukang masak peribadi Barack Obama ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690258357_TafariCampbell.jpg)
Tukang masak peribadi Barack Obama ditemukan lemas
Mendiang Campbell meninggalkan seorang isteri, Sherise dan sepasang anak kembar.
![Kes 1MDB: Jho Low rancang derma RM132 juta kempen Obama 2012 Kes 1MDB: Jho Low rancang derma RM132 juta kempen Obama 2012](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680574517_LeonardoDiCaprio.jpg)
Kes 1MDB: Jho Low rancang derma RM132 juta kempen Obama 2012
DiCaprio memberitahu juri bahawa Jho Low merancang untuk menderma sekitar AS$30 juta bagi membantu kempen pemilihan semula Barack Obama.
![Naib Presiden AS Kamala Harris mulakan lawatan seminggu ke Afrika Naib Presiden AS Kamala Harris mulakan lawatan seminggu ke Afrika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679810080_TBSINGHARRIS.jpg)
Naib Presiden AS Kamala Harris mulakan lawatan seminggu ke Afrika
Kamala Harris memulakan lawatan seminggu ke Afrika bermula hujung minggu ini.
![Pemimpin, selebriti dan peminat bola sepak dunia ratapi pemergian Pele Pemimpin, selebriti dan peminat bola sepak dunia ratapi pemergian Pele](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672348957_Pele.jpg)
Pemimpin, selebriti dan peminat bola sepak dunia ratapi pemergian Pele
Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas bertarung dengan kanser kolon.
![Obama, Michelle kembali ke White House untuk lancar potret rasmi Obama, Michelle kembali ke White House untuk lancar potret rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662617460_TBOBAMAPOTRAIT.jpg)
Obama, Michelle kembali ke White House untuk lancar potret rasmi
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isteri Michelle Obama kembali ke Rumah Putih untuk melancarkan potret rasmi mereka.