KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyokong penuh pendirian kerajaan dalam menerajui agenda perubahan iklim dan teknologi hijau negara yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.
Pengerusi TNB Datuk Seri Hasan Arifin dalam kenyataan berkata, TNB telah mengambil tindakan proaktif dengan mengumumkan hala tuju kelestariannya dalam usaha meminimumkan kesan peningkatan pelepasan gas rumah kaca (GHG) ekoran aktiviti manusia.
"Di bawah hala tuju ini, kami (TNB) telah menetapkan aspirasi mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam Perdana Menteri mengumumkan matlamat Malaysia untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG merentasi ekonomi sebanyak 45 peratus berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2030 iaitu 10 peratus lebih tinggi daripada sasaran sebelum ini dan pengurangan intensiti itu dibuat tanpa syarat.
Menurut Perdana Menteri, perkara itu akan menjadi pendirian Malaysia yang bakal dibentangkan semasa Persidangan Ke-26 Negara Ahli kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland dari 31 Oktober hingga 12 November.
Mengulas mengenai matlamat TNB untuk mencapai pelepasan sifar bersih, Hasan berkata aspirasi itu dipacu komitmen mengurangkan intensiti pelepasan sebanyak 35 peratus serta pengurangan 50 peratus kapasiti penjanaan tenaga menerusi arang batu menjelang 2035.
Beliau berkata ia adalah pelan strategik rendah karbon untuk menyumbang kepada kehidupan yang lebih sejahtera sejajar komitmen masyarakat dunia melindungi bumi dengan memastikan semua orang menikmati kesejahteraan.
Sementara itu Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Ir Baharin Din berkata TNB komited memastikan pendapatan daripada loji arang batu tidak melebihi 25 peratus daripada keseluruhan pendapatannya dan antara langkah diambil ialah meningkatkan peruntukan dalam penyelidikan dan pembangunan berkaitan tenaga boleh baharu (RE).
"Pada awal tahun ini pula, kami telah menyatakan komitmen untuk tidak lagi melabur dalam pembinaan loji arang batu di atas tapak baharu selepas Stesen Janakuasa Jimah East Power, di Port Dickson, yang mula beroperasi pada 2019.
"Kami akan bekerja bersama-sama dengan pihak kerajaan dan semua pihak yang berkaitan sebagai satu usaha tindakan bersama seluruh negara ke arah mencapai aspirasi pelepasan sifar bersih ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
![TNB sokong agenda perubahan iklim, teknologi hijau negara TNB sokong agenda perubahan iklim, teknologi hijau negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51634039480_TNB.jpg)
TNB telah mengambil tindakan proaktif dengan mengumumkan hala tuju kelestariannya dalam usaha meminimumkan kesan peningkatan pelepasan gas rumah kaca (GHG).
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Substesen TNB di Kepong terbakar Substesen TNB di Kepong terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717951713_TenagaNasionalLogo.jpg)
Substesen TNB di Kepong terbakar
Sebuah substesen Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terletak di Jalan Burung Hantu, Kepong, terbakar petang tadi.
![Polis tumpaskan sindiket pelaburan dan judi antarabangsa dalam talian Polis tumpaskan sindiket pelaburan dan judi antarabangsa dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649746417_KamarulRizalJenal.jpg)
Polis tumpaskan sindiket pelaburan dan judi antarabangsa dalam talian
Polis berjaya menumpaskan sindiket pelaburan dan judi antarabangsa dalam talian dengan penahanan lima lelaki termasuk seorang warga asing melalui beberapa serbuan di sekitar Pulau Pinang semalam.
![Kabel elektrik pencawang TNB terbakar Kabel elektrik pencawang TNB terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688575525_Kabelelektrikpenca.jpg)
Kabel elektrik pencawang TNB terbakar
Sebuah kabel elektrik di pencawang TNB di Jalan Sabit, Kampung Dato Keramat, meletup dan terbakar selepas dipercayai terkena air.
![TNB catat pendapatan lebih rendah bagi tahun kewangan 2022 dengan kos kewangan, cukai lebih tinggi TNB catat pendapatan lebih rendah bagi tahun kewangan 2022 dengan kos kewangan, cukai lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677499133_TenagaNasionalBerh.jpg)
TNB catat pendapatan lebih rendah bagi tahun kewangan 2022 dengan kos kewangan, cukai lebih tinggi
Untung bersih TNB pada tahun kewangan 2022 susut 5.4 peratus kepada RM3.46 bilion daripada RM3.66 bilion pada tahun sebelumnya.
![Polis Perak tumpas kes kecurian elektrik terbesar tahun ini Polis Perak tumpas kes kecurian elektrik terbesar tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664271259_MohdYusriHassanK.jpg)
Polis Perak tumpas kes kecurian elektrik terbesar tahun ini
Polis Perak berjaya menumpaskan kes kecurian elektrik terbesar di negeri itu tahun ini yang melibatkan kerugian kira-kira RM1.3 juta.
![Kronologi gangguan bekalan elektrik di Malaysia Kronologi gangguan bekalan elektrik di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658927540_bergelap.jpg)
Kronologi gangguan bekalan elektrik di Malaysia
Kronologi insiden gangguan bekalan elektrik utama yang pernah berlaku dalam negara sejak 1992.
![Gangguan bekalan elektrik: Libatkan 2.2GW, 10 peratus keseluruhan bekalan - TNB Gangguan bekalan elektrik: Libatkan 2.2GW, 10 peratus keseluruhan bekalan - TNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658903333_gangguanbekalan.jpg)
Gangguan bekalan elektrik: Libatkan 2.2GW, 10 peratus keseluruhan bekalan - TNB
Menerusi kenyataan di media sosial, TNB berkata gangguan elektrik yang bermula jam 12.39 tengah hari tadi melibatkan 2.2 gigawatt (GW).
![Bekalan elektrik terganggu, lampu isyarat tidak berfungsi di KL - DBKL Bekalan elektrik terganggu, lampu isyarat tidak berfungsi di KL - DBKL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658902146_gangguanbekalanele.jpg)
Bekalan elektrik terganggu, lampu isyarat tidak berfungsi di KL - DBKL
Lampu isyarat di kebanyakan jalan raya sekitar Kuala Lumpur tidak berfungsi susulan bekalan elektrik yang terputus, pada Rabu.
![Gangguan elektrik: LRT laluan Ampang - Sri Petaling terjejas, MRT Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa Gangguan elektrik: LRT laluan Ampang - Sri Petaling terjejas, MRT Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658901740_LRT.jpg)
Gangguan elektrik: LRT laluan Ampang - Sri Petaling terjejas, MRT Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa
Gangguan bekalan elektrik yang melanda beberapa kawasan di Lembah Kelang sejak beberapa jam lepas turut menjejaskan perkhidmatan rel.
![Gangguan bekalan elektrik besar-besaran di Lembah Klang, beberapa negeri Gangguan bekalan elektrik besar-besaran di Lembah Klang, beberapa negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/51590900986_PencawangElektrik.jpg)
Gangguan bekalan elektrik besar-besaran di Lembah Klang, beberapa negeri
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang dilapor terputus ketika ini. Antara kawasan yang dipercayai terjejas adalah Bangi, Serdang, Ampang, Shah Alam, Subang dan pusat bandaraya KL.