KUALA LUMPUR: Untung bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 (FY2022) susut 5.4 peratus kepada RM3.46 bilion daripada RM3.66 bilion pada tahun sebelumnya.
Syarikat utiliti elektrik itu berkata, walaupun keuntungan operasi adalah 16.5 peratus lebih tinggi, tetapi pendapatan lebih rendah disebabkan oleh kos kewangan dan perbelanjaan cukai yang lebih tinggi, termasuk cukai tambahan dalam bentuk Cukai Makmur berjumlah RM340.8 juta untuk tahun tersebut.
Hasil untuk FY2022 bagaimanapun, meningkat kepada RM50.87 bilion daripada RM48.12 bilion, terutamanya disebabkan jualan elektrik yang 5.6 peratus lebih tinggi iaitu sebanyak RM2.65 bilion di tengah-tengah pertumbuhan permintaan sebanyak 5.2 peratus, kata TNB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
TNB berkata, Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) berada pada kedudukan yang kurang pulih lebih tinggi iaitu RM22.32 bilion daripada RM4.51 bilion pada tahun yang sama sebelumnya, terutama disebabkan oleh harga bahan api yang lebih tinggi.
Ia menyatakan perbelanjaan operasinya meningkat kepada RM64.61 bilion daripada RM44.52 bilion, naik 45.1 peratus, terutamanya disebabkan oleh kos penjanaan yang lebih tinggi.
Sementara itu, kerugian bersih rosot nilai instrumen kewangan berkurangan sebanyak RM838.8 juta atau 89.2 peratus apabila trend kutipan bertambah baik pada tahun semasa.
"Ini telah menghasilkan keuntungan operasi yang lebih tinggi sebanyak RM9.41 bilion, meningkat RM1.33 bilion, atau 16.4 peratus dari tempoh yang sama tahun lalu," tambah TNB.
Bagi tahun kewangan 2022, lembaga pengarah TNB telah meluluskan dividen akhir satu peringkat sebanyak 26.0 sen bagi setiap saham biasa, berjumlah kira-kira RM1.495 bilion.
Melangkah ke hadapan, TNB berkata, kumpulan itu menjangkakan prestasi yang munasabah untuk 2023 dan akan terus berhati-hati terhadap cabaran mendatang termasuk harga bahan api yang tinggi dan inflasi.
"Sementara kumpulan meneruskan strategi pertumbuhannya, ia akan terus mengambil langkah berhemat dari segi keperluan operasi dan kewangannya bagi memastikan ia kekal berdaya tahan," tambahnya. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023

Untung bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 (FY2022) susut 5.4 peratus kepada RM3.46 bilion daripada RM3.66 bilion pada tahun sebelumnya. - Gambar BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Jambatan kabel TNB di Bayan Lepas runtuh akibat tidak dapat tampung berat
Jambatan kabel (cable bridge) Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Projek 275kV, Bayan Lepas runtuh akibat struktur binaan yang tidak dapat menampung berat kabel 275kV.

250 jenis pekerjaan bakal wujud pascaprojek empangan Nenggiri
Sebanyak 250 peluang pekerjaan akan dibuka kepada warga tempatan dan juga masyarakat Orang Asli setelah selesainya pembinaan empangan Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.

ISES 2024: Bukti Malaysia serius laksana peralihan tenaga, capai sasaran sifar karbon 2050
Peralihan tenaga boleh baharu memerlukan tindakan segera susulan kesan sosio ekonomi akibat perubahan iklim yang semakin ketara.

Substesen TNB di Kepong terbakar
Sebuah substesen Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terletak di Jalan Burung Hantu, Kepong, terbakar petang tadi.

Polis tumpaskan sindiket pelaburan dan judi antarabangsa dalam talian
Polis berjaya menumpaskan sindiket pelaburan dan judi antarabangsa dalam talian dengan penahanan lima lelaki termasuk seorang warga asing melalui beberapa serbuan di sekitar Pulau Pinang semalam.

Kabel elektrik pencawang TNB terbakar
Sebuah kabel elektrik di pencawang TNB di Jalan Sabit, Kampung Dato Keramat, meletup dan terbakar selepas dipercayai terkena air.

TNB catat pendapatan lebih rendah bagi tahun kewangan 2022 dengan kos kewangan, cukai lebih tinggi
Untung bersih TNB pada tahun kewangan 2022 susut 5.4 peratus kepada RM3.46 bilion daripada RM3.66 bilion pada tahun sebelumnya.

Polis Perak tumpas kes kecurian elektrik terbesar tahun ini
Polis Perak berjaya menumpaskan kes kecurian elektrik terbesar di negeri itu tahun ini yang melibatkan kerugian kira-kira RM1.3 juta.

Kronologi gangguan bekalan elektrik di Malaysia
Kronologi insiden gangguan bekalan elektrik utama yang pernah berlaku dalam negara sejak 1992.

Gangguan bekalan elektrik: Libatkan 2.2GW, 10 peratus keseluruhan bekalan - TNB
Menerusi kenyataan di media sosial, TNB berkata gangguan elektrik yang bermula jam 12.39 tengah hari tadi melibatkan 2.2 gigawatt (GW).