BALIK PULAU: Polis berjaya menumpaskan sindiket pelaburan dan judi antarabangsa dalam talian dengan penahanan lima lelaki termasuk seorang warga asing melalui beberapa serbuan di sekitar Pulau Pinang semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata serbuan dilakukan selepas polis bertindak hasil maklumat dan risikan berkaitan sindiket berkenaan.
"Dalam serbuan pertama pada 7.30 malam di sebuah rumah di kawasan persiaran Pantai Jerjak, Bayan Lepas, polis menahan tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia 30 hingga 41 tahun dipercayai menjalankan kegiatan pelaburan serta perjudian dalam talian di situ.
"Pemeriksaan awal menemukan unsur judi dalam talian yang menggunakan pautan "bwc88nep.com" dan "merc.adminbwc88ags.com"," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata polis seterusnya menyerbu sebuah rumah di Jelutong pada 10.35 malam dan menahan seorang lagi lelaki berusia 30 tahun manakala serbuan di sebuah pejabat di Jelutong kira-kira sejam kemudian mendapati premis itu dijadikan tempat mereka menjalankan kegiatan perjudian dalam talian berkenaan.
"Siasatan mendapati sindiket itu menjadikan premis berkenaan sebagai tempat menghasilkan iklan dan pengedaran iklan bagi platform perjudian "bwc88nep.com" serta "merc.adminbwc88ags.com" ke Nepal, Singapura dan Malaysia," katanya.
Kamarul Rizal berkata pemeriksaan di premis itu turut menjumpai satu mesin disyaki untuk melombong mata wang kripto dan terdapat gangguan pada meter elektrik Tenaga Nasional Berhad.
Beliau berkata antara barangan dirampas dalam serbuan berkenaan ialah lapan monitor komputer, lima komputer riba, lima komputer, tujuh telefon bimbit pelbagai jenama, kad bank dan buku nota mengandungi skrip iklan promosi judi dalam talian.
Katanya sindiket yang disyaki beroperasi sejak September 2021 itu akan bertukar lokasi dalam tempoh sebulan hingga enam bulan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Semua yang ditahan sedang direman empat hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 dan 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023

Kamarul Rizal berkata serbuan dilakukan selepas polis bertindak hasil maklumat dan risikan berkaitan sindiket berkenaan. - Gambar fail/Bernama
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

JPJ perkenal JPJeBid Mobile secara rintis mulai esok
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan saluran tambahan bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan iaitu JPJeBid Mobile secara ujian rintis mulai esok.

Lapan individu didenda RM6,000 setiap seorang, tawar kerja tidak wujud
Lapan individu masing-masing didenda RM6,000 atas pertuduhan melakukan penipuan dalam menawarkan pekerjaan tidak wujud secara dalam talian, minggu lepas.

Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.

Pemilihan parti: PKR akan guna undi elektronik dengan elemen AI - Fuziah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan sistem pengundian elektronik dengan elemen kecerdasan buatan (AI).

Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi RM39,000
Polis menahan seorang lelaki disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berkaitan pinjaman tidak wujud secara dalam talian, melibatkan kerugian hingga RM39,000 kepada mangsa baru-baru ini.

Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, selepas diwartakan, kerajaan akan berupaya menangani beberapa masalah dalam talian.

Perak sasar RM991 juta kutipan hasil tanah tahun ini
Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menyasarkan kutipan hasil tanah berjumlah RM991 juta pada tahun ini, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah 2023 diagih kepada 50,054 penerima - MAIS
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah pada 2023 kepada 50,054 penerima yang layak sepanjang tahun lepas.

Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.

PM Anwar sampaikan sumbangan kepada 6,500 keluarga, 2,000 pelajar pada program Muhibbah Madani
Anwar hari ini menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas harian kepada 6,500 keluarga dan barangan persekolahan kepada 2,000 murid sekolah rendah dan menengah sempena program Muhibbah Madani.