Tenaga Nasional Bhd (TNB) optimis serta teruja dengan prospek pertumbuhan yang membolehkan syarikat utiliti nasional itu menawarkan perkhidmatan lebih baik, memanfaatkan pertumbuhan pasaran baharu menerusi nilai aset rangkaian serta meningkatkan nilai mampan untuk kalangan pihak berkepentingannya, kata Pengerusi Tan Sri Leo Moggie.
"Kami melihat ini sebahagian daripada komitmen dan sumbangan untuk merealisasikan cita-cita negara," kata beliau dalam laporan tahunan kewangan bersepadu 2018 (FY2018) TNB yang turut memperincikan perkembangan syarikat utiliti itu sejak 70 tahun lepas.
Menurut Moggie, bersandarkan pelbagai usaha strategik di bawah pelan induk 'Reimagining TNB' (2017-2025), syarikat itu terbukti terus mencatat pertumbuhan hasil tahunan serta keuntungan yang baik, dipacu oleh persekitaran kawal selia yang kondusif.
Perolehan kumpulan TNB meningkat 6.3 peratus daripada FY2017 kepada RM50.39 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018 dengan sebahagian besar daripadanya dipacu oleh peningkatan bekalan elektrik yang mencecah 18,338MW pada Ogos 2018 iaitu meningkat 3.1 peratus berbanding FY2017.
Keuntungan bersih bagi FY2018 juga rendah kepada RM3.75 bilion berbanding RM6.91 bilion pada FY2017, kebanyakannya disebabkan oleh pelarasan pengawalseliaan akibat perubahan dalam Tempoh Pengawalseliaan Kedua (RP2) 2018-2020, susut nilai dan kesan tukaran asing.
Permintaan tenaga turut meneruskan momentum positifnya pada FY2018 dengan jualan tenaga elektrik tahunan meningkat 1.4 mata peratus berbanding unjuran awal menerusi RP2 rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR).
Moggie berkata ekosistem mapan oleh rangka kerja IBR dan mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) yang dilaksanakan Suruhanjaya Tenaga sejak empat tahun lepas, telah membolehkan Malaysia memiliki salah satu rangkaian tenaga mantap di rantau ini serta setanding dengan negara-negara maju lain.
Selain itu, menerusi pelaksanaan pendekatan proaktif dan berwawasan, beliau berkata TNB telah menjalankan kerja-kerja persiapan bagi menghadapi Tempoh Pengawalseliaan Ketiga (RP3) (2021-2023) dan dijangka menyerahkan cadangan IBR RP3nya menjelang Disember tahun ini.
Dalam persekitaran perubahan teknologi berterusan yang turut memberi kesan terhadap industri, Moggie berkata TNB yang mencatatkan aspek ketersediaan sistem sebanyak 99.97 peratus pada 2018, juga percaya mengenai kepentingan kalangan Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI) menyediakan peralihan asas yang akan turut memberi impak terhadap industri itu di peringkat global.
Sambil menyifatkan bahawa usaha pembaharuan kerajaan menerusi MESI 2.0 sebagai bertepatan dan langkah penting bagi membolehkan industri melangkaui aliran global, beliau berkata wujud keperluan untuk melindungi struktur serta kawal selia industri Malaysia di masa depan selain memperkasakan pengguna bagi membuat pilihan tepat dan bijak.
Menyedari pembaharuan pasaran sedemikian, beliau berkata, TNB telah melancarkan pelan strategik di bawah inisiatif 'Reimagining TNB' itu dengan meletakkan asas kukuh dan mentransformasi proses dalaman dan strukturnya bagi membolehkan syarikat utiliti itu lebih berteknologi tinggi serta mengoptimumkan kos, berbanding empat tahun lepas.
Untuk rekod, TNB telah membina 500kV Grid 'Superhighway' bernilai RM2 bilion sejak 2015.
Grid yang dijangka siap tahun depan akan akan membolehkan penghantaran tenaga yang mencukupi serta selamat dari kawasan lain ke Kawasan Tengah TNB di Semenanjung Malaysia, yang mewakili kira-kira 45 peratus permintaan tenaga di seluruh Semenanjung.
Rangkaian grid itu akan berperanan sebagai nadi rantaian bekalan tenaga TNB menerusi penghantaran pukal dari stesen jana kuasa ke rangkaian penghantaran rumah, pejabat dan ruang komersial dan pada masa sama memberi bekalan terus kepada industri bagi tujuan pembuatan.
Dari segi pembayaran dividen, Moggie berkata TNB kekal komited untuk menghasilkan nilai jangka panjang bagi para pemegang sahamnya dengan memberi dividen optimum secara konsisten bagi setiap tahun kewangan.
Bagi FY2018, TNB telah meluluskan dividen interim satu peringkat sebanyak 30.3 sen bagi sesaham biasa dan membabitkan pembayaran dividen sebanyak RM1.72 bilion (dibayar pada Oktober 2018) dan dividen satu peringkat akhir 23.0 sen sesaham biasa dengan jumlah bayaran dividen sebanyak RM1.31 bilion.
Susulan itu, jumlah dividen TNB pada FY2018 berjumlah 53.3 sen sesaham biasa dengan jumlah nilainya sebanyak RM3.03 bilion.
Pembayaran dividen itu adalah bersamaan dengan 55.8 peratus keuntungan kumpulan diselaraskan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) (tidak termasuk aspek item luar biasa dan tidak berulangan) bagi FY2018 yang merupakan sejajar dengan semakan dasar dividen TNB antara 30 peratus dan 60 peratus daripada PATAMI kumpulan.
Moggie berkata TNB yang berhasrat muncul sebagai antara 10 Syarikat Utiliti Terkemuka Global menerusi modal pasaran pada 2025, juga yakin dengan keupayaan tenaga kerjanya yang berkemahiran tinggi beserta pelaksanaan langkah-langkah di bawah strategi 'Reimagining TNB,' akan dapat menempatkan kumpulan itu pada kedudukan tepat bagi merebut peluang-peluang baharu di masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2019
![TNB optimis prospek pertumbuhan, tingkatkan perkhidmatan - Moggie TNB optimis prospek pertumbuhan, tingkatkan perkhidmatan - Moggie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51485170601_TSLeoMoggie.jpg)
Menurut Moggie, bersandarkan pelbagai usaha strategik di bawah pelan induk 'Reimagining TNB' (2017-2025), syarikat itu terbukti terus mencatat pertumbuhan hasil tahunan serta keuntungan yang baik. - Foto: tnb.com.my
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721100842_iOSPublicBeta.jpg)
Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta
Walaupun iOS 18 Public Beta sedia dimuat turun, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian.
Saya 'pelik' soalan YB Hulu Terengganu - Timbalan Menteri KPDN
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh pelik dengan soalan YB Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mengaitkan harga barang naik dan subsidi diesel antara faktor kekalahan PH di Sungai Bakap.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
PKPS 2.0: LHDN kutip RM512.6 juta - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata LHDN sudah mengutip RM512.6 juta melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei lalu.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
![Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16 Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721091161_subsidi.jpg)
Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi
Rafizi mengakui jika penyasaran subsidi tidak dibuat segera kadar unjuran ekonomi negara akan menjadi lebih teruk.
![Penglibatan dalam BRI perkukuh perkongsian ekonomi Malaysia-China - Tengku Zafrul Penglibatan dalam BRI perkukuh perkongsian ekonomi Malaysia-China - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721037960_tbTengkuZafrul.jpg)
Penglibatan dalam BRI perkukuh perkongsian ekonomi Malaysia-China - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata ia telah mencetuskan projek transformasi yang meningkatkan kesalinghubungan dan pembangunan ekonomi.
![BRICS: Kenapa Malaysia harus terikat dengan satu blok sahaja? - PM Anwar BRICS: Kenapa Malaysia harus terikat dengan satu blok sahaja? - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719901027_AnwarIbrahim.jpg)
BRICS: Kenapa Malaysia harus terikat dengan satu blok sahaja? - PM Anwar
Malaysia tidak harus terikat dengan satu blok sahaja sedangkan ada blok baharu yang meningkat naik, tidak lagi bergantung kepada kuasa besar seperti Amerika Syarikat.
![Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689157846_KosSaraHidupBUDGET.jpg)
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
![Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692252114_jermanflag.jpg)
Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat
Kadar pengangguran di Jerman pada Jun meningkat sebanyak 4,000 orang secara bulanan mencecah 2.73 juta, menjadikan kadar pengangguran negara itu pada 5.8 peratus.
![Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696493849_Pengarah.jpg)
Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM
Kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Daya Saing Global IMD 2024 tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semasa.
![Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716803691_AhmadZahidHamidi.jpg)
Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi
Ahmad Zahid menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan Mohamad Hasan berhubung dakwaan penyertaan syarikat BlackRock Inc dalam penstrukturan semula MAHB bersifat peribadi.
![WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719197623_WEFChina.jpg)
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
![[KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau' [KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719028574_tbKualaLumpurGener.jpg)
[KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau'
Kedudukan daya saing Malaysia umumnya menurun dari tahun ke tahun sejak bertahun yang lalu.
![Malaysia bakal dapat manfaat daripada BRICS - Pakar ekonomi Malaysia bakal dapat manfaat daripada BRICS - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692683918_BRICS.jpg)
Malaysia bakal dapat manfaat daripada BRICS - Pakar ekonomi
BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi sedang pesat membangun.