KUALA LUMPUR: Seramai 30 lagi ketua keluarga miskin tegar di Kuala Lumpur bersyukur dan terharu apabila bukan sahaja dapat memastikan ada bumbung melindungi keluarga masing-masing daripada hujan dan panas, bahkan mencapai impian memiliki kediaman tersebut.
Mereka adalah penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam DBKL (PA DBKL) yang terpilih menjadi pemilik rumah melalui Program Baiti Jannati (PBJ) dan Projek Mesra Rakyat (PMR) TNB.
Penyerahan 30 kediaman, dengan nama Baiti Jannati Keluarga Malaysia disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, di Pusat Komuniti Beringin, Kepong pada Rabu lalu (1 Disember). Turut menerima rumah ialah lapan keluarga di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan
Pemberian dalam suasana sukar ketika ramai bergelut membayar hutang atau sewa rumah itu, menghapuskan kebimbangan yang meningkat terhadap keupayaan mereka menyediakan tempat perlindungan secara berterusan kepada keluarga masing-masing, sejak pandemik COVID-19 melanda tahun lalu.
Ia membuatkan ada kalangan penerima bagaikan tidak percaya dijemput untuk menerima kunci rumah dan ada juga yang mengalirkan air mata gembira kerana tidak perlu lagi memikirkan kos sewa rumah, sekali gus boleh memberi tumpuan kepada pembelajaran anak-anak.
Sehingga kini, 249 keluarga di Wilayah Persekutuan memiliki kediaman selesa dengan kos RM9.9 juta sejak 2014 daripada sejumlah 879 buah rumah sudah dibaik pulih, dibina baharu atau dibiayai pembeliannya di seluruh Semenanjung melibatkan belanja lebih RM39.22 juta.
Shahidan berkata, Program Baiti Jannati ini dilaksanakan dengan bantuan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat-syarikat dan ia perlu diumumkan supaya rakyat mengetahui bagaimana dan di mana wang syarikat berkenaan dibelanjakan untuk rakyat.
“Semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa, akan diperjuangkan nasib dan masa depan mereka di bawah konsep Keluarga Malaysia. Kementerian Wilayah Persekutuan akan sentiasa berusaha untuk memastikan kesejahteraan sosial dan kesihatan kehidupan rakyat sentiasa diutamakan dari semasa ke semasa,” kata beliau.
Penyerahan rumah Baiti Jannati Keluarga Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan itu dihadiri Pengerusi TNB, Dato’ Sri Hasan Arifin; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che’ Ngah; Ketua Pegawai Retail TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Bin Megat Hassan dan Ketua Pegawai Global Business Solutions Officer, Ahmad Hushairi Ibrahim.
Ia dijayakan menerusi kerjasama strategik TNB dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), menggunakan dana diperolehi daripada wang zakat perniagaan tahunan TNB yang dikembalikan MAIWP.
Shahidan Kassim dan Hasan Arifin menyerahkan kunci replika kediaman kepada 38 keluarga miskin tegar yang juga penyewa di PPR dan PA DBKL yang terpilih menjadi pemilik rumah melalui Program Baiti Jannati (PBJ) TNB di Pusat Komuniti Beringin, Kepong pada 1 Disember 2021.
Hasan berkata, PBJ TNB yang dilaksanakan di seluruh Semenanjung adalah sejajar dengan saranan kerajaan supaya Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), membantu kerajaan membaiki rumah kediaman golongan yang memerlukan, agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.
Katanya, pelaksanaan PBJ merangkumi usaha membaiki, membeli atau membina kediaman golongan B40 dan asnaf terpilih meliputi ibu tunggal, warga emas dan golongan miskin dengan nilai sumbangan RM50,000 setiap penerima.
“Besarlah harapan TNB agar para penerima pemilikan rumah pada hari ini, dan keluarga masing-masing, tabah menghadapi ujian dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa. TNB sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap masyarakat setempat, terutama susulan pandemik COVID-19 yang banyak memberi kesan kepada rakyat,” ujarnya.
“Semoga pemilikan rumah ini menjadikan semua penerima lebih gembira, sesuai dengan hasrat kami untuk menjadikan kehidupan rakyat Better, Brighter,” jelasnya lagi.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Mon Dec 06 2021

Shahidan Kassim (tengah) ditemani Hasan Arifin (kanan) menyerahkan kunci replika kediaman kepada Kaniapan Gohkulan di Pusat Komuniti Beringin, Kepong pada 1 Dis 2021. - Gambar TNB/DagangNews

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam ini.

Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.

Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.

Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan
Polis berjaya membongkar kegiatan perlombongan bitcoin dalam satu operasi yang dijalankan di lima premis perniagaan di daerah Sepang.

Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB
TNB memaklumkan, lori berkenaan telah melanggar kabel telekomunikasi yang mana kabel tersebut bukan milik TNB.

THT juara Piala Sumbangsih, tamatkan penguasaan seteru TNB
Kemenangan THT malam tadi menamatkan siri kemenangan berturut-turut TNB yang muncul juara treble pada edisi lepas.

Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi
Projek Menara Penghantaran Monopole TNB, yang bertujuan mengukuhkan bekalan elektrik di Pulau Pinang dengan nilai RM500 juta, telah memulakan operasi pada 22 Dis lepas.

Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.

Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.