Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengemukakan cadangan untuk mengambil alih lima aset tenaga domestik dan lapan aset antarabangsa cabang tenaga 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Edra Global Energy Bhd.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, TNB menekankan bahawa ia masih dalam peringkat awal penilaian ke atas aset tenaga Edra, dan oleh itu tidak ada jaminan bahawa sebarang transaksi akan dimuktamadkan.
"Sebarang transaksi berpotensi perlu menunjukkan kedudukan kewangan dan komersial yang kukuh dan bernilai kepada pemegang saham TNB. Ia juga akan dinilai berasaskan standard tertinggi tadbir urus korporat," katanya.
TNB berkata aset tenaga Edra amat bersesuaian dengan strategi pertumbuhannya.
"Gabungan itu akan membantu memastikan penerusan jangka panjang yang kukuh dan harga tenaga yang kompetitif kepada pelanggan dan pengguna domestik.
"Ia juga akan membolehkan TNB meneruskan strateginya untuk mewujudkan kesan antarabangsa dan bidang yang mencatat pertumbuhan dalam permintaan tenaga yang meningkat," kata syarikat utiliti kepada menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Menurut TNB, ia akan menjalankan kajian pematuhan ke atas aset-aset tenaga Edra.
"Jika TNB memutuskan untuk meneruskan transaksi, kriteria dan syarat bebas dan pihak ketiga yang lain juga perlu ditangani," katanya.
Dalam kenyataan berasingan, 1MDB berkata ia mengalu-alukan minat TNB ke atas Edra.
Syarikat itu berkata ia sudah menerima tawaran tidak terikat daripada pihak lain dalam dan luar negara ke atas aset-aset tenaganya yang merupakan sebahagian daripada proses penjanaan dana pelaburan dalam Edra.
"Lembaga pengarah akan mengkaji pelbagai cadangan yang diterima dalam masa yang sesuai, dan selepas itu memilih pihak yang kemudiannya akan dijemput oleh penasihat kewangan 1MDB untuk melakukan usaha wajar ke atas Edra, dan diakhiri dengan penyerahan tawaran terikat untuk pertimbangan," katanya.
Sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi yang dimumkan oleh Kementerian Kewangan pada 29 Mei lepas, 1MDB kini aktif memilih opsyen untuk penjanaan dana aset-aset tenaganya, menerusi Edra.
Saham TNB ditutup 16 sen lebih tinggi kepada RM12.66 pada Rabu.
Bernama
Wed Jul 15 2015
TNB berkata aset tenaga Edra amat bersesuaian dengan strategi pertumbuhannya.
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
AWANI Ringkas: FashionValet: SPRM teruskan siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan menyakinkan malam ini
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 akan menobatkan juara persembahan terbaik esok, selepas tujuh minggu peserta dan jurulatih berentap sepenuh tenaga.
Nelayan jadi peniaga ikan dan hasil laut ketika hujung tahun
Musim tengkujuh pada hujung tahun bermakna nelayan tidak akan berpeluang turun ke laut kerana ombak dan badai yang besar melanda, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka selama beberapa bulan disebabkan bergantung penuh kepada pencarian di laut.
Taufan Yinxing dikesan bergerak menghala utara Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Ikuti liputan wartawan Astro AWANI mengenai siasatan Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat untuk direkod keterangan mereka.
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Oktober 2024.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.