GEORGE TOWN: Tiga syarikat semikonduktor baharu berminat untuk melabur di Pulau Pinang membabitkan jumlah pelaburan sebanyak AS$100 juta (AS$1=RM4.76), kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Chow berkata pelaburan AS$100 juta itu sebagaimana dinyatakan oleh Blue Chip Venture Capital (BCVC), berperanan penting dalam menarik pelaburan strategik ke Pulau Pinang dan dijangka merancakkan segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) negeri itu yang kian berkembang dengan ekosistem pembungkusan serba maju.
"WLCSP merevolusikan industri semikonduktor dengan bertindak membangunkan teknologi inovatif selain membantu pelanggan melaksanakan pembuatan pakej semikonduktor dengan volum tinggi.
"SJE pula berpengalaman luas dalam bahan, peralatan serta keupayaan penyelidikan dan pembangunan hebat manakala AMTE adalah penyedia utama radas pembuatan semikonduktor dihasilkan di China dengan produk utama tertumpu kepada peralatan 'etching' atau pengetsaan dan pemproses filem yang digunakan di bahagian hadapan pemprosesan semikonduktor," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Chow berkata pemeteraian memorandum persefahaman dengan syarikat semikonduktor itu dilaksanakan sewaktu berlangsungnya Sidang Kemuncak KL20 pada minggu lepas yang menjadi asas bagi hasrat itu.
Selain itu, menjawab gesaan bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya negeri itu menjalankan pascanilai bagi meneliti bagaimana Pulau Pinang terlepas peluang hab atau taman reka bentuk IC kepada Selangor, Chow menegaskan bahawa Pulau Pinang masih kekal menarik kepada pelabur.
Malah, beliau juga menyambut baik sebarang pertemuan dengan Lim untuk membincangkan perkara itu.
Dalam pada itu, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Blue Chip VC Tim Chen menyifatkan kerjasama dengan Pulau Pinang sebagai satu perkembangan penting dalam industri semikonduktor negeri itu dan akan memakan masa beberapa bulan sebelum dapat dilaksanakan.
"Usaha bersama ini dapat mewujudkan ratusan peluang pekerjaan," katanya.
Hadir sama, Pengarah Urusan Oriza PE Yao Hua, Pengasas Gallizul Capital Steven Hsieh dan Ketua Pegawai Eksekutif Rigol Technologies Wang Ning.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024
![Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714214111_ChowKonYeow.jpg)
Chow berkata pemeteraian memorandum persefahaman dengan syarikat semikonduktor itu dilaksanakan sewaktu berlangsungnya Sidang Kemuncak KL20 pada minggu lepas yang menjadi asas bagi hasrat itu. - Gambar fail
Sasaran jumlah dagangan AS$10 bilion bakal buka peluang baharu
Sasaran Turkiye untuk menggandakan nilai jumlah dagangan kepada AS$10 bilion dengan Malaysia tahun ini, bakal membuka lembaran baharu.
![Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739259928_Toyotacars.jpg)
Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.
Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves di Gombak pada Selasa.
1.5 juta pengunjung hadiri Sambutan Thaipusam di Batu Caves
Polis Selangor menganggarkan seramai 1.5 juta pengunjung memenuhi kawasan Batu Caves sempena sambutan Thaipusam, pada Selasa.
Kedudukan 25 negara teratas sukar, kecuali reformasi drastik
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
![Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739261538_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan
Erdogan berkata, sasaran itu adalah selari dengan visi kedua-dua negara untuk meningkatkan mobiliti dan kepelbagaian dalam perdagangan dan pelaburan, yang bakal memanfaatkan Malaysia dan Turkiye.
![Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739259519_nelayan.jpg)
Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menafikan terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi yang menggunakan lori dengan logo persatuan itu.
![Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4 Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739259414_rasuah.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
[TERKINI] Majlis Penandatangan MoU dan Sidang Media Bersama PM Anwar dan Presiden Türki
Ikuti Majlis Penandatangan MoU dan sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan di Putrajaya.
![Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739259031_AnwarErdoganPutr.jpg)
Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral
Pertemuan empat mata di antara Anwar dan Erdogan menyentuh fokus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral, selain bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan global.
![Kerajaan optimis sasaran pelaburan SSN akan tercapai - MITI Kerajaan optimis sasaran pelaburan SSN akan tercapai - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732207387_MITIMalaysia.jpg)
Kerajaan optimis sasaran pelaburan SSN akan tercapai - MITI
Pada 2023, sektor semikonduktor menyumbang 82 peratus daripada RM84.5 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan bagi projek E&E.
![Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732188223_ChowKonYeow.jpg)
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
![Penting kerjasama Malaysia-Brazil teroka sektor semikonduktor, E&E - PM Penting kerjasama Malaysia-Brazil teroka sektor semikonduktor, E&E - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731885249_AnwarIbrahim.jpg)
Penting kerjasama Malaysia-Brazil teroka sektor semikonduktor, E&E - PM
Anwar berkata, tumpuan adalah untuk memacu ekonomi melalui perindustrian dalam bidang E&E dan semikonduktor.
![Ibu bapa perlu bimbing anak pilih kerjaya selaras tuntutan masa depan Ibu bapa perlu bimbing anak pilih kerjaya selaras tuntutan masa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730045725_cip.jpg)
Ibu bapa perlu bimbing anak pilih kerjaya selaras tuntutan masa depan
Sektor seperti semikonduktor, teknologi, kejuruteraan dan bidang STEM lain yang berkembang pesat, menawarkan peluang besar untuk kejayaan kerjaya jangka panjang.
![Belanjawan 2025 akan terus perkukuh industri semikonduktor Malaysia - Persatuan Belanjawan 2025 akan terus perkukuh industri semikonduktor Malaysia - Persatuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712918596_semikonduktor.jpg)
Belanjawan 2025 akan terus perkukuh industri semikonduktor Malaysia - Persatuan
Tumpuan lebih tinggi terhadap pembangunan bakat dalam sektor EE mengukuhkan lagi peranan negara dalam rantaian bekalan semikonduktor global.
![Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729246539_TBANWARBAJET.jpg)
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
![Kerajaan guna pakai keupayaan GLIC sedia kembangkan ekonomi - Amir Hamzah Kerajaan guna pakai keupayaan GLIC sedia kembangkan ekonomi - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728387022_AmirHamzahAzizan.jpg)
Kerajaan guna pakai keupayaan GLIC sedia kembangkan ekonomi - Amir Hamzah
Kerajaan akan mengguna pakai kepakaran dan keupayaan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk memangkin pertumbuhan ekonomi negara di bawah visi Ekonomi MADANI.
![Malaysia perkukuh kerjasama ekonomi dengan Brazil dalam semikonduktor, tenaga - Liew Malaysia perkukuh kerjasama ekonomi dengan Brazil dalam semikonduktor, tenaga - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725620545_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia perkukuh kerjasama ekonomi dengan Brazil dalam semikonduktor, tenaga - Liew
Sektor semikonduktor menjadi keutamaan untuk kedua-dua negara selain berpeluang meluaskan kerjasama, khususnya dalam sektor tenaga.
![Perlu kerja lebih pantas supaya Malaysia kekal jadi hab pengeluaran semikonduktor utama dunia - PM Perlu kerja lebih pantas supaya Malaysia kekal jadi hab pengeluaran semikonduktor utama dunia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723102899_AnwarIbrahim.jpg)
Perlu kerja lebih pantas supaya Malaysia kekal jadi hab pengeluaran semikonduktor utama dunia - PM
Anwar menegaskan semua pihak perlu bergerak dan bekerja dengan lebih pantas bagi memastikan kedudukan Malaysia sebagai hab pengeluaran utama semikonduktor dunia dapat dikekalkan.
![Malaysia perlu tumpu bangun keupayaan mereka bentuk semi konduktor - Rafizi Malaysia perlu tumpu bangun keupayaan mereka bentuk semi konduktor - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722943142_tbPFCC.jpg)
Malaysia perlu tumpu bangun keupayaan mereka bentuk semi konduktor - Rafizi
Hala tuju strategik kerajaan adalah untuk meningkatkan keseluruhan ekosistem semikonduktor, meliputi kedua-dua sektor huluan dan hiliran.