Penarafan kredit kerajaan dan unjuran ke atas Malaysia (mata wang asing A-/Stabil/A-2; mata wang tempatan A/Stabil/A-1; dan axAAA/axA-1+) tidak terjejas berikutan pengubahsuaian Bajet 2016, demikian menurut Standard & Poor's Ratings Services (S&P's).
Menurut agensi penarafan itu, Bajet 2016 yang diubah suai tersebut menunjukkan bahawa kerajaan tidak akan berganjak daripada pelan pengukuhan fiskalnya.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan 11 langkah di bawah Bajet 2016 yang diubahsuai bagi menghadapi cabaran ekonomi semasa.
"Defisit di bawah bajet yang diubah suai itu kekal pada 3.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar bagi 2016. Apabila kerajaan merangka Bajet 2016 yang dibentangkan pada Oktober lepas, ia mengandaikan harga minyak pada AS$48 setong," menurut agensi itu.
Bagaimanapun, ekoran harga minyak mentah yang terus jatuh, kerajaan perlu mengubahsuai bajet berkenaan, dengan mengandaikan harga minyak antara AS$30 dan AS$35 setong manakala jangkaan S&P's harga purata minyak tahun ini pada AS$40.
Menurut S&P's, hasil fiskal yang lebih rendah diunjurkan daripada harga tenaga yang rendah akan diimbangi oleh perbelanjaan pembangunan yang dikurangkan sebanyak kira-kira RM5 bilion.
"Pada pandangan kami, pengurangan bajet secara proaktif oleh Malaysia itu menunjukkan fleksibiliti fiskalnya. Ia semakin mengurangkan defisitnya sejak 2010, dan sasaran terbaru kerajaan adalah seiring dengan jangkaan kami mengenai pengukuhan fiskal secara beransur-ansur dalam jangka sederhana.
"Bajet tersebut tidak mencadangkan sebarang pengurangan signifikan bagi subsidi. Pada pandangan kami, pembaharuan subsidi yang ketara selanjutnya akan menjadi penting untuk membantu Malaysia mencapai matlamat mengimbangi kadar fiskalnya pada 2020," menurutnya.
Menurut S&P's, pengukuhan fiskal Malaysia yang perlahan sebelum ini berpunca daripada struktur hasil yang rendah secara relatif dan ketidakmampuan untuk mengurangkan subsidi yang tinggi.
"Kami melihat inisiatif fiskal negara, seperti pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi petroleum, mengurangkan tekanan itu.
"Justeru itu, kami yakin unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal sebagai faktor paling penting memacu pengukuhan fiskalnya. Walaupun, bajet yang diubahsuai itu mempunyai langkah untuk merangsang perbelanjaan, kami membayangkan ia tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi keseluruhan," menurut agensi berkenaan.
Menurut S&P's, ia telah ditentukan, hanya berdasarkan perkembangan yang dijelaskan, tiada sebarang tindakan penarafan diberikan ketika ini.
Hanya jawatankuasa penarafan yang mungkin menentukan tindakan penarafan dan, perkembangan berkenaan disifatkan tidak penting kepada penarafan, sama ada mereka atau laporan ini yang dinilai jawatankuasa tersebut, menurutnya.
Bernama
Fri Jan 29 2016

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan 11 langkah di bawah Bajet 2016 yang diubahsuai bagi menghadapi cabaran ekonomi semasa. - Foto Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Tunjuk bukti suami saya terima wang 1MDB' - Zeti
Zeti sebaliknya menegaskan pasukan pembelaan Najib perlu membuktikan kononnya Tawfiq atau anaknya menerima wang 1MDB melalui Cutting Edge Industries Ltd

Bekas pegawai Ambank akui pernah tawar diri masak sup ketika Jho Low sakit
Bekas Pengurus Perhubungan AmBank yang mengendali akaun milik Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau pernah menawarkan diri memasak sup untuk Jho Low ahli perniagaan dalam buruan itu sakit.

Kes dana 1MDB: Mahkamah dengar hujah pendakwaan bagi penerimaan rakaman audio sebagai bukti
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana 1MDB di Mahkamah Tinggi hari ini mendengar hujah pihak pendakwaan berhubung permohonan mengemukakan rakaman audio sebagai bukti.

Kes SRC: Rayuan terakhir Khamis ini, Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan utama
Keadilan yang ditangguhkan melalui kes ini, bermakna keadilan telah dinafikan kepada orang tertuduh yang lain, kata Ketua Hakim Negara.

Kes SRC: Bukti baharu Najib berlandaskan khabar angin, cubaan melengahkan perbicaraan - Sithambaram
Mahkamah perlu menolak bukti baharu berkenaan kerana afidavit tambahan Najib itu berpandukan keterangan pihak ketiga, kata Timbalan Pendakwa Raya.

Kes SRC: Mohd Nazlan mungkin berat sebelah, tidak dedahkan peranan Maybank - Hisyam Teh
Pasukan Pembelaan tegaskan Hakim Mohd Nazlan sepatutnya mengundurkan kerana pernah bersama Maybank, yang berperanan dalam penubuhan SRC International.

Proses rayuan terakhir Najib Tun Razak bermula Isnin
Proses rayuan melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu di Mahkamah Persekutuan selama 10 hari, antara 15 Ogos hingga 26 Ogos, 2022.

Rafizi dakwa Najib di sebalik penyelewengan skandal LCS
Rafizi mendakwa Najib mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pertukaran rekabentuk LCS, serta kontraktor di sebalik penyiapan kapal tempur itu

Dr Mahathir akui 'kagum' dengan Najib
Berbeza dengan UKSB, Dr Mahathir berkata, dana yang diterima Najib mempunyai paper trail dan digital footprint, malah terbukti di mahkamah.

Najib sahkan lantikan pasukan peguam baharu, yakin beri perspektif berbeza pembelaan SRC International
Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pelantikan firma Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan, TH Liew & Co untuk mewakili beliau dalam rayuan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.