KUALA LUMPUR: Public Investment Bank Bhd (Public Investment Bank) menjangkakan Malaysia akan menghadapi tekanan inflasi yang tinggi dalam tempoh jangka pendek walaupun kadar pertumbuhan dijangka perlahan pada separuh pertama 2023.
Public Investment Bank dalam note penyelidikan berkata beberapa risiko menaik termasuk kenaikan harga komoditi global yang disebabkan oleh ketegangan geopolitik, faktor cuaca buruk, permintaan China yang lebih kukuh daripada jangkaan dan kos input yang meningkat akibat perkembangan kadar pertukaran adalah beberapa sebab kepada unjuran tersebut.
"Selain itu, pengubahsuaian kepada subsidi domestik dan dasar kawalan harga mungkin menimbulkan tekanan inflasi tambahan.
"Bagaimanapun, kami percaya subsidi untuk petrol RON 95 dan diesel yang ditetapkan masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter, mungkin tertakluk kepada semakan dan berpotensi meningkat secara beransur-ansur pada akhir tahun ini," katanya.
Public Investment berkata tanpa subsidi petrol dianggarkan harga sebenar RON95 mencecah lebih kurang RM3.22 seliter berbanding RM2.05 seliter sekarang.
"Justeru, kami menjangkakan bahawa pelarasan beransur-ansur kepada harga subsidi RON95 dan diesel pada separuh kedua 2023 boleh menyebabkan inflasi utama negara menghampiri had julat unjuran rasmi sebanyak 2.8 peratus hingga 3.8 peratus.
"Selain itu, kami menganggarkan bahawa menghapuskan subsidi bahan api untuk kumpulan T20 (golongan berpendapatan tinggi) yang menyumbang 35 peratus daripada semua subsidi bahan api pada 2022 akan meningkatkan inflasi sebanyak 0.45-0.75 mata peratusan tambahan setiap tahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2023
Malaysia dijangka menghadapi tekanan inflasi yang tinggi dalam tempoh jangka pendek. - Gambar hiasan/ Unsplash
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Forum Perniagaan Antarabangsa Rusia-ASEAN tindakan susulan lawatan PM Anwar ke Vladivostok
Rusia terus berhubung dengan Malaysia untuk menganjurkan forum itu bagi membincangkan aspek yang disentuh semasa lawatan Perdana Menteri ke Rusia.
Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
Iran, Malaysia bekerjasama terbit buku tentang kepincangan dalaman Israel
Iran dan Malaysia bekerjasama menerbitkan sebuah buku baharu yang mengupas isu kepincangan dalaman rejim Zionis, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa tidak jejas hubungan dagangan dengan AS - Anwar
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa seperti Gaza dan pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak menjejaskan hubungan perdagangan baik dengan AS.
Ketua Parti Vietnam, To Lam diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Ketua Parti Vietnam, To Lam diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
MIHAS@Dubai cecah jualan luar biasa RM2.2 bilion
Matrade) telah memuktamadkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai (MIHAS@Dubai) dengan kejayaan luar biasa, dengan jualan melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.
Malaysia dipilih semula terajui Lembaga Pengarah SMIIC
Malaysia memenangi kerusi dalam pemilihan semula ahli Lembaga Pengarah SMIIC bagi penggal 2025-2027 pada Perhimpunan Agung Ke-19 SMIIC yang berlangsung pada 14 November lepas di Istanbul, Turkiye.
Malaysia bukti komitmen matlamat iklim dengan dasar yang konsisten - Nik Nazmi
Malaysia memperkukuh komitmen menghadapi perubahan iklim melalui beberapa inisiatif yang konsisten bagi mengurangkan pelepasan karbon.
Malaysia desak negara maju tingkatkan pembiayaan iklim di COP29
Malaysia menempelak negara-negara maju yang sanggup membelanjakan trilion dolar untuk konflik dan peperangan tetapi menafikan pembiayaan tindakan iklim untuk negara membangun.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia tekankan penderitaan pelarian Rohingya - Mohamad Hasan
Malaysia juga komited untuk memastikan isu berkenaan mendapat perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN.