KUALA LUMPUR:Taraf Raya Sdn Bhd (Taraf Jaya) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC) berkaitan kerjasama dalam Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Pahang.
Dalam satu kenyataan, Taraf Raya berkata MRL dan CCC telah bekerjasama dengan kerajaan negeri Pahang untuk memastikan 40 peratus kerja sivil (tidak termasuk kerja-kerja di terowong) projek itu akan dilaksanakan oleh sub-kontraktor tempatan.
Taraf Raya adalah syarikat usaha sama 70:30 antara Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PSDC) dan Landasan Surimas Sdn Bhd, sebanyak 40 peratus dipegang oleh anak syarikat milik penuh OCR Group Berhad, Kirana Masyhur Sdn Bhd.
Taraf Raya dilantik untuk menyelaraskan penyertaan tempatan dalam projek ini di Pahang.
Di bawah MoU tersebut, Taraf Raya akan menyediakan rundingan dan bantuan kepada MRL dan CCC mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pihak berkuasa tempatan di Pahang serta membantu CCC dalam mendapatkan pembekal dan kontraktor dengan tujuan mengoptimumkan penyertaan kandungan dan sumber tempatan, kata pengerusinya Datuk Indera Tun Putera Matin Ahmad Shah.
Katanya, Taraf Raya sejak penubuhannya ia telah mendapat sambutan luar biasa daripada kontraktor dan pembekal tempatan yang berminat untuk menyertai projek ECRL.
"Saya percaya projek ini merupakan platform penting bagi kontraktor tempatan, terutama di Pahang, untuk menunjukkan kemahiran mereka dan meningkatkan tahap kepakaran mereka dalam sektor pembinaan melalui kuota penyertaan tempatan 40 peratus.
"MoU hari ini akan bertindak sebagai batu loncatan antara MRL, CCC dan Taraf Raya untuk memperbaiki hubungan antara semua pihak serta memastikan pelaksanaan kerja ECRL yang lebih lancar di Pahang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 21 2020
Taraf Raya sejak penubuhannya ia telah mendapat sambutan luar biasa daripada kontraktor dan pembekal tempatan yang berminat untuk menyertai projek ECRL. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
Kemajuan kerja projek ECRL di Kelantan capai 79.81 peratus sehingga Mei 2024 - MoT
Ini termasuk struktur jambatan dengan sejumlah 428 daripada 468 rentang bagi tujuan pemasangan rasuk telah siap di jajaran utama.
Malaysia Rail Link bentuk syarikat operasi dengan CCCC China uruskan ECRL
Syarikat pengendali itu adalah hasil kontrak yang dirundingkan semula bertujuan berkongsi risiko operasi antara MRL dan CCCC.
Video tular: ECRL diarah segera baiki jalan berlubang
ECRL diarahkan membaik pulih tampalan pada jalan berlubang di Jalan Hj Abdul Manan (Jalan Negeri), Klang dengan segera.
PM Anwar, PM China Li Qiang rasmi majlis pecah tanah stesen terminal bersepadu ECRL
Majlis pecah tanah itu membuka laluan kepada penyediaan rel ECRL yang melibatkan laluan dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor yang dijangka siap pada Disember 2026.
ECRL jamin pertumbuhan ekonomi lebih segar di negeri Pantai Timur - PM Anwar
Pembinaan ECRL dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang bakal menjamin pertumbuhan ekonomi segar di negeri-negeri Pantai Timur, kata PM Anwar
Kontraktor projek ECRL mulakan kerja pemasangan sistem
Projek ECRL memulakan kerja pemasangan sistemnya yang menandakan fasa akhir pembinaan sebelum memasuki peringkat pengujian dan pengoperasian.
PKNP kenal pasti kawasan berpotensi dibangunkan sekitar ECRL
PKNP kenal pasti beberapa kawasan berpotensi dibangunkan di sekitar stesen ECRL yang sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat dan negeri Pahang.
Isu tanah kubur Selat Klang: Waris, ahli keluarga mohon tangguh lagi
Waris dan ahli keluarga mendakwa tiada kata sepakat dicapai pada perjumpaan tertutup bagi membincangkan isu pengalihan tanah kubur di Selat Klang pada Ahad lalu.
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.
ECRL: Kerja alih, pindah kubur di Selat Klang ditangguh seminggu - Amirudin
Kerja penggalian dan pemindahan 90 kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang bagi memberi laluan kepada pembangunan projek ECRL yang dijadualkan esok, ditangguhkan seminggu.