KUALA LUMPUR: Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) dan National Skills Development Corporation (NSDC) India menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan rangka kerja kemahiran dipacu industri Malaysia bagi pekerjaan kritikal dalam sektor utama serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET ).
Melalui kerjasama itu, TalentCorp dan NSDC akan bertukar maklumat dan amalan terbaik untuk rangka kerja kemahiran dipacu industri termasuk dasar, program dan inisiatif yang berkaitan dengan pembangunan tenaga kerja termasuk TVET dan perantisan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan TalentCorp Thomas Mathew dan Ketua Pegawai Eksekutif NSDC India Ved Mani Tiwari hadir pada majlis menandatangani perjanjian itu di New Delhi pada 3 April, bersama Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan India Atul Kumar Tiwari.
TalentCorp dan NSDC dalam satu kenyataan bersama semalam berkata MoU itu selaras dengan objektif Kementerian Sumber Manusia melalui TalentCorp untuk menubuhkan Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan yang akan mengenal pasti kemahiran yang diperlukan untuk memacu ekonomi ke hadapan dan memastikan tenaga kerja Malaysia dilengkapi kemahiran yang memenuhi permintaan.
Sivakumar juga berkata perkongsian itu adalah kerjasama yang berpandangan jauh dan pemangkin dalam mempercepatkan fokus Kementerian Sumber Manusia ke arah memperkukuh rangka kerja kemahiran nasional dan membangunkan kumpulan tenaga mahir untuk negara.
Mathew berkata perkongsian strategik dengan NSDC India adalah sebahagian daripada misi TalentCorp dalam memastikan dapat menyediakan tenaga kerja mahir di dalam negara untuk masa depan.
"Melalui pembelajaran dan penggunaan daripada model rangka kerja kemahiran yang berjaya seperti MPPK, hasilnya akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara dan membantu mewujudkan tenaga kerja yang lebih mahir dan cekap," katanya.
Sementara itu, Penasihat Am Kumpulan NSDC dan Pengarah Antarabangsa merangkap Ketua Pegawai Operasi Ajay Kumar Raina berkata India sentiasa meletakkan Malaysia di barisan hadapan dalam kerjasama antarabangsanya dengan kerajaannya yang menumpukan pada membina rangka kerja yang kukuh untuk mengukuhkan sistem pendidikan sedia ada merentasi pelbagai bidang seperti vokasional, pendidikan dan pembangunan kemahiran.
"MoU itu menandakan satu lagi batu loncatan dalam hala tuju NSDC untuk memetakan jurang kemahiran dan membangunkan program pendidikan serta latihan yang relevan untuk memenuhi keperluan perniagaan global yang berkembang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2023
Sivakumar (belakang, tiga, kiri) menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Thomas Mathew dan Ved Mani di New Delhi, 3 April 2023. - Twitter TalentCorp Malaysia
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun
Lebih 600,000 Pekerja Di Malaysia Mungkin Terkesan Dengan AI Dalam Tempoh 5 Tahun
KESUMA beri khidmat rundingan kepada syarikat mahu laksana aturan kerja anjal
KESUMA menerusi TalentCorp sedia memberikan khidmat rundingan kepada majikan dan syarikat yang berminat melaksanakan aturan kerja anjal.
PKS, syarikat pemula digalak mohon geran LiKES - TalentCorp
PKS dan syarikat pemula termasuk yang beroperasi di luar bandar digalakkan untuk memohon Geran Padanan Latihan Industri untuk PKS (LiKES).
TalentCorp bakal hasilkan laporan impak AI, pendigitalan terhadap tenaga kerja
TalentCorp akan menghasilkan laporan mengenai impak kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau ke atas tenaga dan landskap kerja Malaysia.
Hijrah bakat: Isu gaji kekal jadi cabaran utama - TalentCorp
Setakat ini, kira-kira 60 peratus daripada diaspora Malaysia di luar negara, iaitu seramai 1.13 juta orang, berada di Singapura.
TalentCorp-NSDC India meterai MoU perkukuh kerangka kemahiran dipacu industri
TalentCorp dan NSDC akan bertukar maklumat dan amalan terbaik untuk rangka kerja kemahiran dipacu industri.
Intelektual wanita dominasi diaspora Malaysia, apa puncanya?
1.86 juta wanita Malaysia menetap di luar negara, mewakili 12 peratus daripada populasi wanita di Malaysia.
Perkasa wanita untuk segera capai negara maju
Penglibatan kaum wanita membantu pembangunan negara terutamanya segmen ekonomi.
TalentCorp, MARA Corp jalin kerjasama bangun modal insan kompetitif
MoU tersebut disaksikan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Separuh pekerjaan di negara ini tidak perlu tenaga manusia. Apa penyelesaiannya?
Organisasi perlu lengkapkan golongan pekerja dengan gaya pemikiran dan kemahiran tertentu bagi membolehkan mereka beradaptasi dengan perubahan zaman.