Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya mencatat impak pemulihan apabila meraih keuntungan sebanyak RM1.3 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2019 susulan pelaksanaan pelan penstrukturannya.
Dalam kenyataan hari ini, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) berkata bagi tempoh sama, jumlah asetnya turut meningkat dan melebihi liabiliti pada jumlah RM2.3 bilion.
"Menerusi pakej pemulihan bagi melindungi kepentingan penyumbang dan membantu TH kembali stabil, ia tidak lagi perlu menanggung kerugian aset bernilai RM10 bilion kerana kerugian ini akan ditanggung oleh UJ dan Kerajaan Malaysia.
"TH juga tidak perlu lagi menanggung beban dan risiko kerugian berterusan ke atas aset-aset yang telah dipindahkan ini," kata kenyataan itu.
Dalam penjelasan selanjutnya, UJ, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan berkata, susulan perubahan kerajaan pada 2018, PricewaterhouseCoopers (PwC) yang dilantik mengendalikan kajian semula kedudukan kewangan TH, telah mendapati pelbagai langkah diambil oleh pentadbiran terdahulu bagi memalsukan peningkatan dan memanipulasi keuntungan dana terbabit.
Ini termasuk tidak merekodkan kerugian rosot nilai aset dan transaksi kewangan yang mencurigakan bagi mencatatkan keuntungan berganda untuk membayar hibah.
Laporan PwC turut menyatakan bahawa liabiliti-liabiliti TH telah melebihi aset-asetnya dan memerlukan pelaksanaan pelan pemulihan dan penstrukturan semula oleh kerajaan demi memastikan kesinambungan dana TH.
Susulan itu, pakej pemulihan telah dicadangkan oleh TH dan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang kemudiannya diluluskan oleh Kabinet.
"Pakej ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen pada 10 Disember 2018. Sebagaimana diusulkan dalam pelan pemulihan itu, UJ telah memperoleh aset-aset bernilai RM9.63 bilion daripada TH pada jumlah RM19.9 bilion melalui terbitan 2 siri sukuk dan tunai kepada TH.
"Ini bermakna Kerajaan telah membayar sebanyak tambahan RM10.3 bilion untuk memulihkan TH," katanya.
Sejajar sebahagian pelan untuk mempergiat dan meningkatkan prestasi kewangan aset-aset yang diperolehi, UJ juga telah menubuhkan anak syarikat milik penuh, UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM) bagi meneruskan operasi keempat-empat hotel tersebut.
Malah, di bawah pengurusan baharu, hotel terbabit akan beroperasi serta kekal patuh Syariah di bawah nama baharu Raia Hotel mulai 1 April, 2020 dan UJ turut meluluskan dana bagi mempertingkat kemudahan dan kualiti perkhidmatan hotel tersebut.
Pada masa sama, UJ menafikan segala dakwaan palsu dan berniat jahat oleh pihak tertentu terhadap Kementerian Kewangan atau Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang dituduh tidak bertanggungjawab dengan menutup hotel-hotel TH dan memberhentikan pekerja-pekerja terbabit.
"UJ mengutuk segala tuduhan palsu di media sosial yang memfitnah Menteri Kewangan, termasuk satu ugutan bunuh.
"Menteri Kewangan tidak terlibat dengan sebarang keputusan berkenaan penstrukturan semula atau keputusan yang berkaitan dengan UJ dan beliau juga tidak menghadiri sebarang mesyuarat berkaitan UJ," katanya.
Pengurusan UJ dan aset-aset di bawahnya adalah ditadbir oleh Lembaga Pengarah UJ yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri bin Mohd Zahir dan semua ahli-ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutifnya Izad Sallehuddin serta barisan pengurusan kanan UJ merupakan golongan profesional beragama Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 20 2020
Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) berkata bagi tempoh sama, jumlah asetnya turut meningkat dan melebihi liabiliti pada jumlah RM2.3 bilion. - Gambar fail
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Penubuhan Kementerian Digital satu cabaran, namun gerak kerja berjalan baik - Gobind
Penubuhan Kementerian Digital menjadi satu cabaran kerana ia sesuatu yang baharu, namun semua gerak kerja berjalan dengan baik.
Haley, Pompeo tidak sertai kabinet Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih Donald Trump memberitahu bekas calon presiden Parti Republikan, Nikki Haley dan bekas Setiausaha Negara Mike Pompeo tidak akan dijemput menyertai kabinetnya.
Bekas penyanyi Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih Presiden Prabowo Subianto.
108 orang bakal sertai kabinet Prabowo, saintis antara dijangka jadi menteri?
Sejumlah pakar dari pelbagai sektor penyelidikan dan university berkongsi analisa dengan memberi bayangan beberapa nama berpotensi menyertai barisan kabinet Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo.
Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
Dasar Tahun 3, Tahun 6 tiada peperiksaan dibawa ke Kabinet - Fadhlina
Memandangkan tujuan perkara itu adalah untuk menambah baik sistem pendidikan negara, KPM mungkin akan membawanya ke peringkat Jemaah Menteri.
63 kakitangan MAB Engineering Services berhenti - Anthony Loke
Hal itu berlaku berkemungkinan disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan oleh syarikat penyelanggaran atau syarikat penerbangan lain.
Jenayah siber: Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC selaras tindakan, pendakwaan
Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC untuk memantap dan selaraskan tindakan aspek siasatan dan pendakwaan berhubung jenayah dalam talian.
Kabinet baharu Mesir angkat sumpah
Abdel-Fattah menaikkan pangkat Abdel-Maguid Sakr kepada Leftenan Jeneral dan melantiknya sebagai Menteri Pertahanan dan Pengeluaran Tentera.