KUALA LUMPUR: Kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) kekal stabil dengan jumlah aset melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM3.68 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020.
Jumlah aset keseluruhan pula sebanyak RM81.85 bilion dan jumlah liabiliti RM78.17 bilion, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata TH menyasarkan agihan keuntungan yang lebih stabil pada masa hadapan selaras dengan matlamat penubuhannya untuk mengurus wang umat Islam bagi mengerjakan ibadah haji.
Beliau berkata kadar pulangan yang lebih lestari adalah sangat penting kerana bakal jemaah haji Malaysia perlu menunggu giliran menunaikan haji disebabkan kuota haji yang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi.
"Inilah amanah kami yang paling besar. Kami perlu memastikan kelangsungan operasi TH lebih 100 tahun lagi untuk para jemaah melengkapkan kewajipan agama.
"Ini bermakna keselamatan pelaburan amat penting dan TH tidak boleh mengambil risiko yang terlalu tinggi, lebih-lebih lagi dengan kesan penyusutan ekonomi negara dan dunia disebabkan pandemik COVID-19 pada tahun lalu," kata Nik Mohd Hasyudeen, mengulas mengenai prestasi kewangan TH dan agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2020 yang diumumkan pada Selasa.
TH telah mengumumkan kadar agihan keuntungan sebanyak 3.10 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020.
Agihan untuk tahun 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2019.
TH telah merekodkan prestasi kewangan belum diaudit pada 2020 yang lebih baik berbanding tahun 2019, dengan keuntungan bersih selepas zakat sebanyak hampir RM2.23 bilion, meningkat sebanyak 22 peratus atau RM397 juta berbanding tahun lalu.
"Prestasi keseluruhan pendapatan TH bagi tahun kewangan 2020 disokong oleh beberapa aktiviti pelaburan TH dalam aset pendapatan tetap yang telah menjana pendapatan sebanyak RM1.90 bilion manakala pelaburan saham sebanyak RM430 juta, pelaburan hartanah sebanyak RM352 juta, dan instrumen pasaran wang Islam menyumbang sebanyak RM318 juta," katanya.
Untuk tahun ini, TH menjangkakan operasi persekitaran yang lebih mencabar dengan pelabur terus mencari pulangan yang tinggi walaupun ekonomi masih lemah.
"Namun langkah pelbagai negara termasuk Malaysia, untuk memastikan rakyat mendapat vaksin COVID-19 dijangka akan dapat membantu meneruskan usaha pemulihan ekonomi," ujar Nik Mohd Hasyudeen.
TH juga terus komited melindungi kepentingan pendeposit dengan lebih separuh daripada peruntukan asetnya (51 peratus) dilaburkan dalam sukuk yang menawarkan pendapatan tetap.
Ini selaras dengan Alokasi Aset Strategik (SAA) yang memberi penekanan kepada pelaburan jangka panjang, pendapatan berulang, selamat serta mempunyai daya ketahanan risiko.
TH juga akan meneruskan usahanya untuk mengimbangi semula portfolio pelaburan khususnya dalam menggantikan aset yang tidak berdaya saing dengan aset yang boleh memberi pulangan lebih baik.
Ini termasuklah memberi penekanan yang lebih kepada pelaburan luar negara dan pelaburan berlandaskan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG)," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 03 2021

TH juga terus komited melindungi kepentingan pendeposit dengan lebih separuh daripada peruntukan asetnya dilaburkan dalam sukuk yang menawarkan pendapatan tetap. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Perbincangan pengambilan semula aset TH dari UJSB dimuktamad dalam suku pertama 2025 - Mohd Na'im
Perbincangan berhubung pengambilan semula aset TH yang diserahkan kepada Urusharta Jamaah, dijangka dimuktamadkan suku pertama 2025.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

TH, Saudia Airlines meterai perjanjian penerbangan sewa khas lima tahun
Lembaga Tabung Haji memeterai perjanjian dengan syarikat penerbangan Saudia Airlines bagi menyediakan penerbangan sewa khas untuk membawa jemaah haji negara ke tanah suci.

Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im
Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).

Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.

Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.

Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

6,000 bakal jemaah terima tawaran haji setakat hari ini - Mohd Na'im
Kira-kira 6,000 bakal jemaah telah bersetuju menerima tawaran haji bagi musim 1446H/2025 setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Karnival PJH tawar pakej haji ekonomi di bawah RM55,000
Karnival PJH yang diadakan di Movenpick Hotel and Convention Centre di sini menawarkan pakej haji ekonomi dengan harga di bawah RM55,000.