KUALA LUMPUR: Sejajar dengan transformasi pantas AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan kepada kumpulan perkhidmatan perjalanan dan gaya hidup digital yang terus berkembang, syarikat pegangan penerbangan AirAsia Group, AirAsia Investment Ltd kini dinamakan AirAsia Aviation Limited.
Bo Lingam, dahulunya Presiden (Penerbangan) AirAsia Group kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Limited, yang menyelia empat syarikat penerbangan AirAsia Group iaitu AirAsia Malaysia, AirAsia Filipina, AirAsia Thailand dan AirAsia Indonesia.
AirAsia Group Bhd (AAGB) adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan untuk 8 syarikat dengan portfolio digital yang memanfaatkan data dan teknologi untuk memberi nilai terbaik dengan kos terendah kepada pengguna.
Portfolio komprehensif AAGB merangkumi AirAsia Aviation, AirAsia Super App, cabang kargo dan logistik Teleport, perkhidmatan kewangan BigPay, cabang teknologi pendidikan airasia academy, syarikat kejuruteraan Asia Digital Engineering, perkhidmatan darat GTR dan rangkaian restoran dan kumpulan makanan iaitu Santan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Limited Bo Lingam berkata, perubahan struktur ini membantu memacu pertumbuhan kumpulan yang semakin kukuh dalam kedua-dua perniagaan syarikat penerbangan dan digital.
“Entiti AirAsia Aviation Limited memegang pelaburan syarikat penerbangan kami dan membuka lebih banyak peluang untuk menubuhkan syarikat penerbangan baharu apabila tiba masanya.
"Kami juga baru sahaja mewujudkan bahagian Perundingan AirAsia yang bertujuan untuk mengkaji kerjasama syarikat penerbangan dan peluang francais," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, dengan mewujudkan syarikat pegangan bagi syarikat penerbangan ini, mereka dapat memberi fokus untuk terus menjadi syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia.
"Dalam tempoh 18 bulan lalu, kami meluangkan masa untuk meninjau setiap aspek operasi bagi memastikan syarikat penerbangan kembali beroperasi dengan lebih teguh.
"Kami juga dapat melihat pembukaan semula sempadan dunia dan meramalkan pemulihan berbentuk V bagi sektor perjalanan udara dalam masa terdekat terutama dengan pengumuman kerajaan membenarkan perjalanan antara negeri pada 11 Oktober lalu," tambah beliau.
Buat masa ini, AirAsia mengendalikan lebih 60 penerbangan setiap hari ke 16 destinasi percutian utama di Malaysia dan lebih banyak kekerapan dan laluan akan terus ditambah untuk memenuhi permintaan para tetamu yang semakin meningkat.
Bo Lingam berkata, terdapat kemajuan yang memberangsangkan bagi syarikat penerbangan mereka di Thailand, Indonesia dan Filipina berikutan permulaan perkhidmatan yang seiring dengan peningkatan vaksinasi dan kelonggaran sekatan perjalanan di pasaran utama.
“Oleh itu, kami berharap untuk melihat pembukaan sempadan antarabangsa tidak lama lagi. Kami akan terus mengkaji pasaran baharu untuk beroperasi pada masa akan datang, seperti Kemboja, apabila dapat kembali menghubungkan ASEAN dengan tambang nilai dan tawaran gaya hidup terbaik," jelasnya.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Oct 15 2021

Perubahan struktur ini membantu memacu pertumbuhan kumpulan yang semakin kukuh dalam kedua-dua perniagaan syarikat penerbangan dan digital. -Gambar fail
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

Arab Saudi dilapor mungkin melabur pada AirAsia
Langkah ini juga selari dengan peralihan Arab Saudi dalam menarik lebih ramai pelancong ke negara mereka kebelakangan ini.

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
Ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.