Syarikat-syarikat Malaysia digesa menumpukan usaha penawaran produk atau jenama khusus di China biarpun negara besar itu menjanjikan potensi perniagaan dan peluang yang lumayan.
Pesuruhjaya Perdagangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Beijing, Razida Hanim Abdul Razak berkata mereka juga perlu memberi tumpuan kepada bandar-bandar lain China yang pesat membangun dan bukan hanya di Beijing, Shanghai atau Guangzhou.
"Selain menawarkan produk dan perkhidmatan secara lebih khusus ini, syarikat-syarikat Malaysia juga perlu menitikberatkan aspek perkhidmatan pasca jualan.
"China sememangnya pasaran yang baik untuk diterokai syarikat tempatan dengan syarat mereka dapat menyediakan jenama, sistem dan penghantaran yang baik," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.
Malah, sejajar usaha membantu mempromosikan Malaysia sebagai satu jenama, pihak MATRADE menyediakan platform bagi syarikat-syarikat tempatan mengenal pasti rakan niaga untuk memperluaskan jenama francais di Ekspo Francais China (Beijing) Ke-18 (CFE) bermula 9 hingga 11 Julai ini.
Acara tiga hari itu akan membolehkan syarikat-syarikat Malaysia menarik pelabur yang bertapak di China untuk mengenali jenama francais bagi makanan dan minuman, restoran, sistem pendidikan serta penjagaan diri.
Menurut Razida Hanim, MATRADE Beijing menjangkakan tujuh syarikat Malaysia yang menyertai acara CFE itu mampu menjana jualan bernilai kira-kira RM2 juta.
Antara jenama francais Malaysia yang menyertai CFE bagi mencari rakan kongsi melebarkan sayap mereka ke China termasuk Coffeeland, Teh Tarik Place, Nyonyasuan, Daily Fresh, Brainchecker, Craft dan Meiko.
Selain pameran, MATRADE dengan kerjasama FranChina LLC iaitu persatuan francais terkemuka di China, akan turut mengatur mesyuarat perniagaan antara pembeli China dengan rakan niaga Malaysia yang berpotensi.
Mengulas pembabitan Malaysia dalam CFE, Razida Hanim berkata, ia bagi menyediakan platform untuk syarikat Malaysia serta China menjalin usaha sama, menubuhkan perusahaan milik penuh asing serta mendapatkan pemfrancaisan utama.
CFE adalah pameran utama bagi francais di China sejak 16 tahun lepas dan turut menjadi tapak bagi jenama antarabangsa mengembangkan perniagaan francais mereka di negara besar berkenaan.
Setakat ini, ia berjaya menarik ribuan francaisor dari seluruh China dan serata dunia untuk memaparkan konsep, produk dan perkhidmatan mereka kepada pelabur China.
Ia yang turut disertai kalangan francaisor Amerika, Eropah dan Asia, dihadiri 300,000 peserta serta pelabur yang meninjau peluang perniagaan dalam bidang francais.
Bernama
Sat Jul 09 2016
Shanghai merupakan salah satu bandar yang pesat membangun di China yang perlu diberi tumpuan oleh syarikat Malaysia. - Foto AFP
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.
China, Jepun adakan dialog politik peringkat tertinggi di Beijing
Diplomat tertinggi China dan Penasihat Khas kepada Kabinet Jepun mengadakan rundingan di bawah mekanisme dialog politik peringkat tertinggi.
China akan benarkan hospital milik asing sepenuhnya di kawasan tertentu
China merancang untuk membenarkan penubuhan hospital milik penuh warga asing di bandar dan wilayah tertentu di seluruh negara, menurut dokumen rasmi yang didedahkan pada Ahad.
Kumpulan Palestin tandatangani deklarasi 'tamatkan perpecahan' di Beijing
Kumpulan-kumpulan Palestin berikrar untuk menamatkan perpecahan semasa rundingan damai yang berlangsung di Beijing.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council.
Ahmad Zahid tiba di Beijing akhiri lawatan rasmi ke China
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di destinasi terakhir bagi rangka lawatan rasminya ke China, hari ini.
Perkasa EV: 32 pelajar TVET tempatan jalani latihan di Beijing
Seramai 32 belia berkemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dihantar ke Beijing, China untuk memperkasa kemahiran dalam Advanced Electric Vehicle (EV).
Lai Ching-te dari DPP menang Pilihan Raya Taiwan
Lai berdepan saingan tiga penjuru dengan Hou Yu-ih dari Kuomintang (KMT) dan Ko Wen-je dari Parti Rakyat Taiwan.
Pilihan Raya Taiwan: Rakyat mula jalankan tanggungjawab masing-masing
Pilihan raya tersebut menyusul ketika Beijing meningkatkan tekanan untuk mendapatkan pulau itu menerima kedaulatannya.