Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M) dengan pek permulaan serendah RM5.90 diperkenalkan bagi memberi pilihan terutama kepada golongan berpendapatan rendah, sederhana dan pelajar untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan telekomunikasi.
Dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek di sini hari ini, SR1M menawarkan perkhidmatan talian telekomunikasi, khidmat pesanan ringkas (SMS) serta akses internet.
Pada harga pek permulaan serendah RM5.90 itu, pengguna akan mendapat RM5 kredit percuma berserta 150 Megabait (MB) akses internet.
Dalam ucapan perasmiannya, Hasan berkata SR1M merupakan satu lagi inisiatif di bawah pelbagai produk Rakyat 1Malaysia yang bertujuan membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mengurangkan beban kos sara hidup.
"Kewujudan SR1M bukanlah untuk menambah persaingan kepada industri penyedia rangkaian telefon mudah alih tetapi sebagai alternatif bagi mereka yang memerlukan telefon bimbit sebagai alat perhubungan utama seperti golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta pelajar," katanya.
Hasan berkata SR1M menawarkan perkhidmatan telekomunikasi yang terkini pada harga rendah bersama-sama kualiti yang setara dengan pembekal perkhidmatan telekomunikasi lain.
"Kadar SR1M dapat menarik penguna telefon bimbit yang mahukan kesenangan dan kebebasan dalam penggunaan tanpa perlu terikat dengan bil telefon serta caj-caj tersembunyi yang dirungutkan," katanya, sambil menambah SR1M menyasarkan satu juta pengguna di seluruh negara pada tahun ini.
Caj yang dikenakan oleh SR1M adalah lapan sen bagi setiap 30 saat, lapan sen bagi setiap SMS manakala penggunaan internet akan dicaj lima sen bagi setiap MB data yang dimuat turun.
Hasan berkata SR1M merupakan inisiatif syarikat swasta sepenuhnya tanpa sebarang pembiayaan atau insentif berbentuk kewangan daripada kerajaan dan ia diusahakan oleh syarikat Optic Tech Sdn Bhd yang bekerjasama dengan U-Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia rangkaian mudah alih.
"Liputan SR1M adalah menyeluruh dan ia akan ditambah baik dari semasa ke semasa agar pengguna dapat menikmati perkhidmatan telekomunikasi berkualiti," katanya, sambil menambah kini terdapat sedikit gangguan di pedalaman Sabah dan ia akan ditambah baik dalam tempoh terdekat.
Hasan berkata SR1M kini menumpu kepada sistem prabayar namun perkhidmatannya akan diperluas bagi perkhidmatan pascabayar.
SR1M juga mewujudkan rangkaian kedai milik Bumiputera di dalam bidang telekomunikasi sejajar dengan dasar kerajaan dalam pemerkasaan ekonomi Bumiputera, katanya.
Sementara itu, Hasan menyeru lebih banyak pihak dan syarikat swasta tampil untuk bekerjasama dengan kerajaan mewujudkan inisiatif berkonsepkan 1Malaysia agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati dan menggunakan barangan dan perkhidmatan murah dan berkualiti.
Bernama
Tue Mar 17 2015
![SR1M bantu kurang perbelanjaan servis telekomunikasi SR1M bantu kurang perbelanjaan servis telekomunikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/61388196495_295x200.jpg)
Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M) dengan pek permulaan serendah RM5.90 diperkenalkan.
![Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie' Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723720409_TBmaut.jpg)
Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.
![PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723451938_TBMohdAzizi.jpg)
PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan
Mohd Azizi menarik balik rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan injunksi sementara bagi menghentikan PRK Nenggiri.
![Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723720349_Kebumi.jpg)
Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Puncak Alam jam 6.30 petang tadi.
![Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi
Proses libat urus Kementerian Kewangan dengan pihak pemegang taruh bagi tujuan penyiapan dokumen Belanjawan 2025 berjalan lancar.
![Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717543_tbAhmadRamli.jpg)
Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri
Mahkamah Sesyen mengarahkan bekas Pengarah Urusan BNS Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, dirujuk ke bahagian psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723717873_BadrAbdelatty.jpg)
Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza
Pendekatan itu adalah satu-satunya cara menghentikan peningkatan ketegangan serantau dan membendung percubaan untuk meluaskan konflik.
Berita Terkini Kita: Hero Kita: Kisah wira negara yang tidak didendang
Irfan Faruqi menjelajah Johor membawakan kisah-kisah wira tidak didendang yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara bersempena bukan kemerdekaan.
![1MDB: Wang haram RM100,000 daripada Hasan Malek dilucut 1MDB: Wang haram RM100,000 daripada Hasan Malek dilucut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/81557207470_ONEMDB.jpg)
1MDB: Wang haram RM100,000 daripada Hasan Malek dilucut
Wang RM100,000 yang dibekukan daripada akaun bank bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek berhubung penyiasatan 1MDB kini menjadi harta Kerajaan Malaysia.
![Selamat tinggal Isa Samad, selamat berjuang Syamsul Debat Selamat tinggal Isa Samad, selamat berjuang Syamsul Debat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61524489660_SyamsulDebat.jpg)
Selamat tinggal Isa Samad, selamat berjuang Syamsul Debat
Beliau merupakan salah seorang daripada 19 muka baharu di DUN yang dicalonkan BN pada PRU14.
![Mohamad Hasan dan KJ kekal bertanding di kerusi sama, Isa Samad gugur Mohamad Hasan dan KJ kekal bertanding di kerusi sama, Isa Samad gugur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71524487521_BarisanNasional.jpg)
Mohamad Hasan dan KJ kekal bertanding di kerusi sama, Isa Samad gugur
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya selama tiga penggal sejak 2004 pada PRU14.
![Kombinasi calon lama dan baru jadi formula kemenangan BN Kombinasi calon lama dan baru jadi formula kemenangan BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/71435669017_HasanMalek.jpg)
Kombinasi calon lama dan baru jadi formula kemenangan BN
Formula keseimbangan itulah yang membuatkan BN mendapat sokongan daripada masyarakat di Kuala Pilah.
![Kurang, hapus bayaran faedah kad kredit tidak bawa manfaat Kurang, hapus bayaran faedah kad kredit tidak bawa manfaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61519801051_OthmanAziz.jpg)
Kurang, hapus bayaran faedah kad kredit tidak bawa manfaat
Pengurangan atau penghapusan bayaran faedah akan menggalakkan tabiat perbelanjaan tidak berhemat dan kurang disiplin dalam kalangan pemegang kad kredit.
![314 kes jenayah seksual kanak-kanak selesai kurang daripada 1 tahun 314 kes jenayah seksual kanak-kanak selesai kurang daripada 1 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/41519015861_BoyAbuse.jpg)
314 kes jenayah seksual kanak-kanak selesai kurang daripada 1 tahun
Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak telah menyelesaikan 314 kes sepanjang ia ditubuhkan pada Jun tahu lalu hingga Februari tahu ini.
![Tiada alasan abaikan bahasa Melayu dalam program UMNO - Hasan Tiada alasan abaikan bahasa Melayu dalam program UMNO - Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61514283371_Sumbangansekolah.jpg)
Tiada alasan abaikan bahasa Melayu dalam program UMNO - Hasan
Pemimpin UMNO disaran memperkasa bahasa Melayu terutama dalam program bersama akar umbi termasuk 'Kembali ke sekolah'.
![Bajet 2018 langkah teroka masa depan negara - Hasan Bajet 2018 langkah teroka masa depan negara - Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/71435669017_HasanMalek.jpg)
Bajet 2018 langkah teroka masa depan negara - Hasan
Pengumuman Bajet 2018 adalah langkah meneroka masa depan Malaysia dengan mengutamakan perpaduan nasional yang melangkaui kaum, agama dan bangsa.
![Najib dan isteri hadiri persandingan anak Hasan Malek Najib dan isteri hadiri persandingan anak Hasan Malek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61452414411_Najib.jpg)
Najib dan isteri hadiri persandingan anak Hasan Malek
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini menghadiri majlis persandingan anak lelaki anggota Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek.
![Hanya satu aduan skim kawalan harga Aidilfitri - Hasan Malek Hanya satu aduan skim kawalan harga Aidilfitri - Hasan Malek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51437218163_HASANMALEK.jpg)
Hanya satu aduan skim kawalan harga Aidilfitri - Hasan Malek
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) hanya menerima satu aduan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri tahun ini, berbanding 10 tahun lalu.