KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd bekerjasama dengan Porsche AG untuk mengoperasikan kilang pemasangan pertama pengeluar kereta sport Jerman itu di luar Eropah.
Menurut Sime Darby, kerjasama tersebut akan membolehkan syarikat itu memasang kereta sport tersebut untuk pasaran Malaysia dengan pengeluaran dijadualkan bermula pada tahun 2022.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, kerjasama dengan Porsche itu menandakan kematangan dalam hubungannya dengan jenama tersebut.
"Kepercayaan yang diberikan untuk memasang salah satu daripada jenama kereta sport paling dikagumi di dunia ini membuktikan tenaga kerja cekap dan berkemahiran tinggi yang kami miliki di Sime Darby dan keupayaa kami untuk memberikan nilai yang bermakna kepada rakan kami," kata beliau dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, setiap kereta Porsche yang dipasang oleh Sime Darby akan melalui standard dan proses yang sama ketat dengan rakan sejawatnya di Eropah.
"Kami akan meneruskan libat urus yang rapat dengan Porsche AG bagi memastikan kami memenuhi standard Porsche bagi setiap langkah yang diambil," katanya.
Sementara itu, Ahli Lembaga Eksekutif Porsche bagi Jualan dan Pemasaran, Detlev von Platen berkata, Malaysia dan seluruh ASEAN adalah rantau yang berpotensi besar dan syarikat kereta itu menantikan model pemasangan tempatan pertama yang akan menemui pelanggannya di Malaysia tahun depan.
"Ketika Porsche bergerak ke era mobilisasi baharu, Malaysia dan rantau ASEAN menjadi bertambah penting. Langkah ini sekarang adalah sebahagian daripada inisiatif jangka panjang untuk bergerak seiring dengan permintaan pelanggan dan pasaran yang berkembang dengan pesat,” tambahnya.
Artikel asal disiarkan di DagangNews.
Dagang News
Wed Sep 01 2021

Pengeluaran dijadualkan bermula pada tahun 2022. - Gambar hiasan

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Kembara sebuah impian jadi kenyataan di Weissach bagi pemuda Malaysia
Krithin menempuh perjalanan hampir 10,000 kilometer bersama ibu bapa dan pengasuhnya untuk bertemu dengan pereka automotif jenama itu.

Porsche musnah terbakar berhampiran Kellie's Castle
Sebuah kereta mewah jenis Porsche musnah terbakar dalam kejadian berhampiran Kellie's Castle, malam ini.

Seorang maut, empat parah nahas tiga kenderaan
Kesemua mangsa parah dihantar ke PPUKM dan HKL manakala mayat mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pemuda maut Porsche terbabas
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM dan mayat diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.

Malaysia jadi lokasi pengeluaran pertama Porsche di luar Eropah
Pengeluar kereta Jerman, Porsche AG memilih Malaysia sebagai lokasi pengeluaran pertamanya di luar Eropah.

Kilang pemasangan di Kedah, Porsche lebih mampu milik selepas ini?
Kemunculan Porsche AG di Malaysia pastinya memberikan kita jangkaan bahawa jenama tersebut akan menjadi lebih mampu milik.

Shell, Porsche umum permulaan operasi stesen pengecas berprestasi tinggi di Tangkak
Ini merupakan rangkaian HPC pertama di Asia Tenggara dan infrastruktur EV merentas negara pertama Shell di rantau ini.

Porsche pasang model sport di Malaysia, buka peluang kepada bakat tempatan
Ia bakal direalisasikan dengan kerjasama antara Sime Darby Bhd. dan Porsche AG yang akan mendirikan kilang pemasangan di Kulim, Kedah.

Saham Sime Darby meningkat susulan kerjasama dengan Porsche AG
Saham-saham Sime Darby Bhd di Bursa Malaysia meningkat pada awal dagangan Rabu susulan pengumuman syarikat itu menjalin kerjasama dengan Porsche AG.

Sime Darby pasang Porsche - kilang pertama di luar Eropah
Kerjasama tersebut akan membolehkan syarikat itu memasang kereta sport tersebut untuk pasaran Malaysia.