KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah (BOD) Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) hari ini memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan penggulungan syarikat itu dan tiga anak syarikatnya.
Dalam satu kenyataan, SDHB berkata ia juga memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang tidak membenarkan permohonan syarikat itu untuk menangguhkan pendengaran penggulungan itu.
BOD ingin memaklumkan selanjutnya bahawa anak syarikat milik penuhnya, Serba Dinamik International Ltd (SDIL) akan memohon bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi untuk menggulung SDIL. BOD telah menerima nasihat bahawa perintah untuk menggulung SDIL adalah ultra vires," kata syarikat itu.
Sementara itu, SDHB berkata BOD telah mengarahkan peguamnya untuk memfailkan permohonan bagi menangguhkan perintah penggulungan syarikat itu dalam memastikan operasi perniagaannya terus berjalan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.
"Lembaga Pengarah juga mengarahkan peguam memfailkan permohonan bagi menangguhkan penggulungan SDIL sementara pendengaran permohonan untuk mengetepikan perintah penggulungan ke atas SDIL," kata syarikat itu.
Menurut SDHB, BOD ingin memaklumkan bahawa syarikat itu telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan penangguhan pendengaran petisyen penggulungan itu di Mahkamah Tinggi semalam dengan antara faktornya ialah syarikat itu telah dimaklumkan bahawa Syarikat Bersekutu kumpulan itu sedang melakukan persiapan untuk menjual kepentingannya atau aset di dalam Syarikat Bersekutu itu dengan anggaran hasil bersih US$700 juta.
Syarikat itu berkata, hasil daripada penjualan saham SDIL boleh digunakan untuk membayar hutang kumpulan itu.
"Terdapat rundingan aktif dengan prospek cadangan penjualan itu. BOD SDHB berpendirian bahawa penangguhan pendengaran itu akan membenarkan pihak-pihak termasuk Pelikuidasi Interim (IL) untuk mempertimbangkan cadangan penjualan itu.
"Pihak Lembaga Pengarah berharap jualan aset syarikat dan kumpulannya secara teratur akan memaksimumkan pulangan kepada pemiutang kumpulan itu.
Sebagaimana dimaklumkan sebelum ini, pihak lembaga pengarah akan melaksanakan kuasa yang tinggal untuk merayu terhadap keengganan Mahkamah Tinggi untuk menangguhkan pendengaran, kata SDHB.
Semalam, Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Murad Abdul Aziz membenarkan satu petisyen yang difailkan enam institusi kewangan untuk menggulung SDHB dan subsidiarinya SDIL, Serba Dinamik Group Berhad (SDGB) dan Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB).
Enam institusi kewangan selaku pempetisyen saman itu adalah Standard Chartered Saadiq Berhad, HSBC Amanah Malaysia Berhad, AmBank Islamic Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Berhad, United Overseas Bank (Malaysia) Bhd dan Bank Islam Malaysia Berhad.
Empat syarikat itu dikatakan mempunyai hutang berjumlah hampir RM5 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023

Lembaga Pengarah (BOD) Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) hari ini memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan penggulungan syarikat itu dan tiga anak syarikatnya.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Serba Dinamik akan fail rayuan atas perintah penggulungan
Lembaga Pengarah (BOD) Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) hari ini memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan penggulungan syarikat itu dan tiga anak syarikatnya.

Tindakan kompaun Serba Dinamik, 4 pengurusan tertinggi sesuai, wajar - Peguam Negara
Keputusan mengkompaun kesalahan SDHB adalah merupakan satu bentuk hukuman yang memadai untuk kesalahan yang dikatakan telah berlaku setelah mengambil kira hal keadaan kes terbabit.

Mahkamah lepas, bebaskan Serba Dinamik, pengurusan tertinggi
Serba Dinamik Holdings Berhad, pengurusan tertingginya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad.

Serba Dinamik catat hasil RM799.3 juta pada Q1FY22
Serba Dinamik catat hasil RM799.3 juta pada Q1FY22 | Dagang News