BELUM sampai sebulan melangkah ke tahun baharu, topik keselamatan siber dengan pantasnya menjadi aspek keutamaan buat banyak organisasi.
Pada tahun lalu, diburukkan dengan krisis COVID-19, rata-rata syarikat berdepan dengan cabaran teknologi yang amat besar dan tidak kebal dari terdedah kepada ancaman serangan siber.
Selain itu, banyak organisasi turut mengalami masalah pencerobohan keselamatan siber dan bergelut untuk mencari jalan penyelesaian yang paling sesuai untuk melindungi maklumat sulit mereka daripada dibocorkan.
Ketua Perunding Risiko Keselamatan Siber Asia Pasifik EY, Richard J. Watson dalam satu kenyataan berkata dengan kakitangan syarikat yang bekerja dari rumah, tempat kerja yang berasingan dan peningkatan penggunaan peranti yang tidak terjamin, aspek keselamatan siber kini menjadi keutamaan.
Watson berkata bagi melindungi maklumat sulit daripada dibocorkan, syarikat-syarikat amat perlu menyusun strategi Teknologi Maklumat (IT) dan struktur kerja hibrid mereka.
Berikut adalah lima ramalan teratas beliau berkaitan keselamatan siber yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang ketua keselamatan mahupun pemimpin perniagaan pada 2021:
1) Ancaman serangan keselamatan siber yang kompleks akan berterusan
Syarikat-syarikat perlu menjangkakan peningkatan mendadak dalam aktiviti serangan seperti ‘ransomware’, ‘phishing’, penyalahgunaan kelayakan akses istimewa dan serangan keselamatan ‘endpoint’.
64 peratus daripada pelanggan menerusi tinjauan EY didapati berharap dapat meningkatkan pelaburan mereka dalam aspek keselamatan siber susulan kemungkinan meningkatnya ancaman berkenaan.
BACA: Tahap keselamatan siber berisiko, penggodam 'Anonymous' beri amaran
BACA: Siapa penggodam 'Anonymous Malaysia'? Ini ringkasan Trend Micro Malaysia
BACA: Bagaimana mengelak serangan siber penggodam? Ini yang anda perlu tahu
2) Kebimbangan kesinambungan perniagaan mengatasi kegusaran pencerobohan
Peningkatan gangguan (terhadap operasi perniagaan) yang diakibatkan oleh serangan siber dan hacktivisme sosial dijangka akan berterusan yang bermaksud kebimbangan terhadap kesinambungan perniagaan akan mengatasi kebimbangan berhubung privasi dan pencurian data syarikat pada 2021.
Sebanyak 59 peratus pelanggan EY menerusi tinjauan Keselamatan Maklumat Global mengalami peningkatan serangan yang mengganggu operasi mereka pada tahun lalu.
3) Pemudahan dan penambahbaikan tindak balas kepada insiden serangan siber menjadi keutamaan
Pengorganisasian strategi siber 2021 syarikat akan memberikan tumpuan kepada ciri-ciri pemudahan dan automasi aktiviti siber utama, memperbaiki masa yang diambil untuk mengesan dan memberi tindak balas kepada insiden serangan siber.
Selain itu, timbul keperluan untuk syarikat memastikan keselamatan pihak ketiga yang diamanahkan menjadi keutamaan seiring dengan usaha melidungi sistem dan data syarikat sendiri.
4) Keperluan untuk mematuhi peraturan berkaitan standard minimum keselamatan siber akan menelan perbelanjaan yang paling tinggi
Penggubal undang-undang yang masih belum berbuat demikian akan mula mewajibkan standard keselamatan siber yang minimum, bermula dengan infrastruktur nasional yang kritikal dan kemudiannya meluaskannya dengan pematuhan peraturan.
Ini akan terus menjadi pemacu utama dalam perbelanjaan keselamatan siber sesebuah organisasi.
5) Kawalan keselamatan siber perlu disesuaikan semula selaras dengan semua perubahan digital yang dibuat sebagai tindak balas kepada pandemik
Organisasi akan terus memberikan fokus kepada pengubahsuaian semula kawalan keselamatan siber susulan tindak balas digital terhadap wabak (COVID-19) tersebut dengan 45 peratus pelanggan yang terlibat dalam kajian EY pasca COVID-19 berkata mereka telah mengadaptasi teknologi baharu kerana bekerja secara jarak jauh dan 60 peratus daripada mereka telahpun melangkau penilaian keselamatan sewaktu berbuat demikian.
Watson berkata disebabkan peningkatan kompleksiti dan semakin kerapnya berlaku serangan siber ditambahkan lagi dengan cara bekerja jarak jauh kini menjadi sesuatu yang kekal, maka aspek keselamatan siber seharusnya menjadi ciri sedia terbina dalam sesuatu perniagaan untuk berjaya.
Isabelle Leong
Fri Jan 29 2021

Bagi melindungi maklumat sulit daripada dibocorkan, syarikat-syarikat perlu menyusun strategi IT dan struktur kerja hibrid. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

PADU perlu lalui audit keselamatan berkala
Dengan mengambil kira risiko ancaman serangan siber dan kemunculan teknologi baharu, kerajaan perlu melaksanakan audit keselamatan berkala terhadap Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Serangan akan berterusan, ini lima ramalan keselamatan siber buat syarikat tahun ini
Disebabkan krisis COVID-19, syarikat berdepan dengan cabaran teknologi yang amat besar dan tidak kebal daripada ancaman serangan siber.