PUTRAJAYA: Dengan mengambil kira risiko ancaman serangan siber dan kemunculan teknologi baharu, kerajaan perlu melaksanakan audit keselamatan berkala terhadap Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM) Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.
"Semakin luas rangkaian kita, maka semakin mudah kita terdedah. Kalau kita kata sekarang selamat, tak semestinya lima atau enam bulan akan datang ia masih selamat.
"Sebab itu, kita perlukan audit untuk pastikan keselamatan pangkalan data tersebut," katanya ketika menjadi panel pada Forum 'Memacu Peralihan Melalui PADU' yang diadakan sempena Majlis Pelancaran PADU di sini hari ini.
Ahli panel lain dalam forum tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah (ICT) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Dr Fazidah Abu Bakar dan Pengarah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya Prof Datuk Dr Norma Mansor.
Amirudin berkata CSM akan memainkan peranan strategik untuk melaksanakan penilaian keselamatan terhadap PADU, sama ada pada rangkaian pangkalan data dan hos PADU.
"Teknologi telah mengubah cara pengguna menjalankan perniagaan dan menawarkan peluang kepada capaian berterusan pada aplikasi baharu, bagaimanapun fleksibiliti berkenaan memperkenalkan risiko dan ancaman keselamatan siber," katanya.
Sementara itu, Norma berkata PADU bakal menjadi 'pengubah keadaan' dalam negara, justeru data di dalamnya perlu dikemas kini secara berkala untuk mengelakkan ia menjadi data statik.
Beliau berkata pengemaskinian berkala akan menjadikan integrasi data lebih berkesan pada masa sama dapat mengelak pertindihan maklumat daripada pelbagai jabatan.
"Kita tidak mahu lagi orang yang telah meninggal dunia masih ada dalam data PADU dan mendapat bantuan, atau kita tidak mahu seorang mendapat bantuan kerusi roda daripada tiga entiti yang berlainan," katanya.
Norma berkata keberkesanan PADU bergantung kepada tindakan proaktif setiap pemilik program seperti Jabatan Pendaftaran Negara, jabatan agama, dan lembaga zakat bagi terus menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.
"Jika tidak, PADU adalah perpustakaan data semata-mata dan rakyat yang perlu dibantu akan terus tercicir," katanya.
PADU adalah pangkalan data komprehensif yang mengandungi data mikro yang diintegrasikan daripada pelbagai sumber agensi kerajaan. Ia dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam daripada tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan (DOSM) dan MAMPU serta turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024
![PADU perlu lalui audit keselamatan berkala PADU perlu lalui audit keselamatan berkala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704182305_TBPADUjpg.jpg)
Ahli panel, Timbalan Ketua Pengarah ICT MAMPU, Dr Fazidah Abu Abu Bakar, CEO CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab dan Prof Datuk Norma Mansor dari Social Wellbieng Reseach Center UM hadir pada sesi forum PADU hari ini. - Foto Bernama
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![LUAS laksanakan mitigasi, siasatan pencemaran minyak di Sungai Gong LUAS laksanakan mitigasi, siasatan pencemaran minyak di Sungai Gong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728468772_TBLUAS.jpg)
LUAS laksanakan mitigasi, siasatan pencemaran minyak di Sungai Gong
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah melaksanakan langkah pencegahan awal dengan meletakkan 'boom minyak' di Sungai Gong bagi memerangkap kesan minyak.
![Pengeluaran minyak mentah dan kondensat meningkat semula 1.3 peratus pada suku kedua Pengeluaran minyak mentah dan kondensat meningkat semula 1.3 peratus pada suku kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725360699_PengeluaranMinyakm.jpg)
Pengeluaran minyak mentah dan kondensat meningkat semula 1.3 peratus pada suku kedua
Pengeluaran minyak mentah dan kondensat Malaysia meningkat semula kepada pertumbuhan 1.3 peratus, mencatatkan 46.1 juta tong pada suku kedua 2024.
![Rakyat diseru sahut inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang - Saarani Rakyat diseru sahut inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681651081_TBSaaraniMohamad.jpg)
Rakyat diseru sahut inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang - Saarani
Rakyat Perak diminta menyahut inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang bagi mengembangkan semangat jati diri dan cintakan negara.
![PRK DUN Nenggiri: Mohd Azmawi FIkri calon tepat rampas semula kerusi PRK DUN Nenggiri: Mohd Azmawi FIkri calon tepat rampas semula kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691134639_BNKelantan.jpg)
PRK DUN Nenggiri: Mohd Azmawi FIkri calon tepat rampas semula kerusi
Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang ditampilkan UMNO-BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, berkemampuan untuk merampas kembali DUN berkenaan.
![Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658464666_MIDF.jpg)
Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah
Di bawah NETR, Malaysia sasar tubuhkan tiga hab CCUS menjelang 2030 dengan kapasiti penyimpanan bersama sehingga 15 juta tan metrik setahun.
![Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677974_RafiziRamli.jpg)
Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi
Kerajaan akan menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi pelbagai keperluan fungsian yang dibangunkan oleh pelbagai agensi.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi Bursa Malaysia dibuka tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.62 mata kepada 1,607.75 daripada 1,606.13 pada Selasa.
![HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713350425_AnthonyLoke.jpg)
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
![Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703242677_TBRafiziRamli.jpg)
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
![PADU tingkatkan pemahaman kerajaan terhadap kesejahteraan isi rumah - Penyelidikan MIDF PADU tingkatkan pemahaman kerajaan terhadap kesejahteraan isi rumah - Penyelidikan MIDF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710301512_TBpadujpg.jpg)
PADU tingkatkan pemahaman kerajaan terhadap kesejahteraan isi rumah - Penyelidikan MIDF
Pengumpulan data menerusi Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu kerajaan lebih memahami kesejahteraan isi rumah