KUALA LUMPUR: Selangor meneruskan fokus untuk mengekalkan prestasi sebagai negeri penyumbang pelaburan terbesar di negara ini menerusi penganjuran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata bagi suku pertama tahun ini, Selangor berada di kedudukan ketiga dengan pelaburan sebanyak RM12 bilion, manakala di tempat kedua dengan pelaburan RM55 bilion bagi keseluruhan tahun lepas.
"Oleh itu, sasaran kali ini untuk mengekalkan jumlah pelaburan besar dan mencipta peluang ekonomi yang signifikan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas perasmian SIBS 2024 edisi kelapan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Khamis.
Amirudin berkata kerajaan negeri akan berkerjasama dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta kementerian lain untuk melibatkan negeri itu dalam program yang akan membawa manfaat kepada ekonomi Selangor.
"Berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi Asean pada 2025, Selangor bersedia untuk menyokong kerajaan dan MITI melalui apa-apa pendekatan sesuai," katanya.
Sehubungan itu, Amirudin berkata, negara Asean harus membina kepercayaan dan komited menerusi perkongsian matlamat teknologi untuk mengukuhkan kerjasama antara negara berkenaan.
"Asean seharusnya tidak lagi menjadi rantau, dengan pemain utama yang melihat di luar daripada hab pembuatan mereka untuk mengurangkan kos, tetapi sebagai peneraju inovasi dan mencipta teknologi sendiri untuk menangani cabaran besar pada masa ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024
Amirudin berkata bagi suku pertama tahun ini, Selangor berada di kedudukan ketiga dengan pelaburan sebanyak RM12 bilion, manakala di tempat kedua dengan pelaburan RM55 bilion bagi keseluruhan tahun lepas. - Foto fail/BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
China sokong permohonan negara selatan global sertai BRICS
Xi Jinping berkata, gelombang pemodenan negara selatan global yang sedang berlaku sekarang adalah satu fenomena.
Konflik Asia Barat: BRICS pelawa semua negara jayakan agenda keamanannya
Xi Jinping berkata, adalah penting untuk memajukan agenda keamanan BRICS demi mempertahankan keselamatan bersama.
Mesir seru penyelesaian mata wang tempatan dalam kalangan negara BRICS
Mesir menegaskan kepentingan memajukan kerangka kerjasama dalam bidang penyelesaian kewangan menggunakan mata wang tempatan.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan 45 buka tirai
Acara bermula dengan PM Laos dan isteri sambut kedatangan ketua-ketua negara ASEAN di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC).
Pasaran modal penting dalam peralihan dan penyesuaian iklim - SC
Pasaran modal boleh menjadi pemangkin utama peralihan dalam peralihan dan penyesuaian iklim dengan menyalurkan pelaburan ke dalam sektor utama seperti tenaga boleh baharu.
Senantiasa waspada, beradaptasi dan inovatif lindungi aset kritikal - Julaihi
Sarawak perlu senantiasa berwaspada, beradaptasi dan inovatif dalam pendekatan melindungi aset kritikal negeri ini, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi negeri Datuk Seri Julaihi Narawi.
Pemerkasaan generasi akan datang penting bagi pertumbuhan ekonomi - Tengku Mahkota Pahang
Usaha memperkasakan generasi akan datang merupakan langkah penting untuk mengekalkan momentum ekonomi Malaysia, titah Putera Mahkota Pahang hari ini.
Belia perlu berani bersuara, perjuangkan isu negara - PM Anwar
Anwar Ibrahim mahu belia berani bersuara dalam pelbagai isu negara seperti kemanusiaan, rasuah, jurang kemiskinan dan alam sekitar berdasarkan prinsip dan nilai yang kukuh.
Kumpulan pertama durian segar Malaysia masuk ke China penghujung Ogos
Susulan kelulusan daripada Kerajaan China, penghantaran sulung durian segar Malaysia beserta kulitnya dijangka memasuki pasaran China menjelang akhir bulan ini.
Malaysia sasar jadi kuasa AI global - Wilson
Kerajaan merebut peluang yang dibawakan oleh pertumbuhan kecerdasan buatan (AI) dengan berusaha lebih giat untuk menjadikan negara sebagai kuasa AI global.