KUALA LUMPUR: Pandemik yang tidak dapat diramal dan kelewatan pertumbuhan ekonomi menyumbang kepada pelaburan langsung asing (FDI) ke Selangor yang lebih rendah pada 2021, menurut Invest Selangor Bhd.
Cabang pelaburan kerajaan negeri Selangor itu berkata, FDI yang lebih rendah turut disebabkan ketiadaan misi promosi dan sesi libat urus negeri berkenaan di luar negara berikutan penutupan sempadan antarabangsa.
"Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Selangor menerima sebanyak RM7.5 bilion nilai pelaburan dalam sektor pembuatan pada 2021, disumbangkan terutamanya oleh pelaburan langsung domestik (DDI) dengan nilai pelaburan RM6.1 bilion.
"Projek pelaburan dalam sektor getah, kimia, elektrik dan elektronik, dan kelengkapan pengangkutan merupakan antara industri utama dengan sumbangan 71 peratus bernilai RM5.36 bilion kepada jumlah nilai pelaburan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Invest Selangor berkata kluster industri tumpuan kekal sebagai penyumbang terbesar kepada nilai pelaburan yang diluluskan.
Agensi itu berkata, di sebalik prestasi pelaburan yang lebih rendah, Selangor terus menerima jumlah projek pembuatan tertinggi dan mencipta peluang pekerjaan tertinggi di Malaysia iaitu 247 projek pelaburan dan 14,393 peluang pekerjaan untuk pekerja pelbagai bakat dan berbilang kemahiran.
Menurut kenyataan itu, Selangor telah berada di hadapan pada setiap tahun sejak 2017 dan menerima sebanyak 1,329 projek pelaburan dengan jumlah pelaburan modal RM67.5 bilion.
Projek-projek ini melahirkan sebanyak 83,934 peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan di Selangor, katanya.
"DDI kekal sebagai sumber kukuh pelaburan bagi Selangor. Sejak 2017, negeri ini menerima RM31.1 bilion (46 peratus daripada jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan untuk 2017-2021), di samping mempertahankan DDI dengan purata RM6 bilion pada setiap tahun.
"Selangor akan terus menumpukan untuk menarik projek bernilai tinggi dan memberi impak kepada pelabur domestik dan asing berpotensi serta mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti tinggi kepada lebih 6.5 juta penduduknya," kata Invest Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 13 2022
Di sebalik prestasi pelaburan yang lebih rendah, Selangor terus menerima jumlah projek pembuatan tertinggi dan mencipta peluang pekerjaan tertinggi di Malaysia. - Gambar fail/www.selangor.gov.my
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
SIBS 2024 Siri 2 catat 44,000 pengunjung, RM1.66 bilion transaksi perniagaan berpotensi
Siri Kedua ini mengukuhkan lagi SIBS sebagai acara antarabangsa untuk perniagaan, inovasi, dan pertumbuhan lestari di ASEAN, dengan meletakkan Selangor sebagai gerbang ke rantau ini.
Sentuhan Tengku Permaisuri Selangor warnai hari ketiga SIBS 2024 siri dua
Tengku Permaisuri Norashikin, mencuri perhatian pada hari ketiga Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 siri kedua apabila berkenan menyempurnakan demonstrasi masakan.
Invest Selangor lancar Program Perkongsian Makmal, sasar penyertaaan 10 syarikat awal
Invest Selangor Berhad telah mengumumkan pelancaran Program Perkongsian Makmal Selangor yang menyasarkan penyertaan 10 syarikat berasaskan sains hayat menjelang akhir tahun.
SAS 2024 jangka 25,000 pelawat, potensi transaksi RM1.3 bilion
Invest Selangor Berhad menjangkakan potensi transaksi bernilai RM1.3 bilion pada penganjuran SAS 2024 yang akan berlangsung di RAC, Skypark pada 12 hingga 14 September ini.
Selangor perlu manfaatkan pemboleh daya dasar kerajaan untuk capai RM500 bilion KDNK
Dengan itu Selangor dapat mengangkat kedudukan ASEAN sebagai destinasi kegemaran untuk pelaburan terutamanya dalam bidang pembuatan.
Berlangsung dalam dua siri, SIBS 2024 sasar nilai transaksi sebanyak RM7 bilion
Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 menyasarkan potensi nilai transaksi sebanyak RM7 bilion pada tahun ini, meningkat daripada RM6.12 bilion pada tahun sebelumnya.
Invest Selangor sasar nilai transaksi RM7 bilion melalui SIBS 2024
Invest Selangor Bhd menyasarkan nilai transaksi berpotensi sehingga RM7 bilion daripada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) tahun ini.
Invest Selangor sasar potensi transaksi RM1.3 bilion daripada SAS 2024
Sasaran itu dijangka dapat dicapai disokong dengan saiz acara yang lebih besar dan 30 memorandum persefahaman yang akan dimeterai tahun ini.
Etika, nilai baik bentuk masa depan AI - Forum
Pendidikan awal mengenai etika dan nilai juga penting untuk membentuk masa depan AI.
SIBS 2023 tarik 30,000 pengunjung, catat nilai transaksi RM4 bilion dalam tiga hari
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 yang memasuki hari ketiga berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung.